Utusan Online - Hiburan |
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel Posted: 16 May 2013 04:08 AM PDT Oleh KHADIJAH IBRAHIM LUNA MAYA KUALA LUMPUR 16 Mei - Aktres dari negara jiran Luna Maya, 30, mengakui masih berhubungan dengan bekas vokalis kumpulan Noah, Ariel tetapi bukan sebagai pasangan kekasih, sebaliknya sekadar rakan perniagaan. Luna dan Ariel sebelum ini dikaitkan dengan rakaman video lucah yang tersebar di internet pada 2010 sehingga menyebabkan bekas anggota kumpulan Peterpan itu merengkok di penjara. "Masih berhubungan sebagai rakan bisnes kerana kami sama-sama menjalankan perniagaan kasut sejak tahun lalu. Bercakap soal hati, saya tidak mahu berkata apa-apa kerana tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. "Kalau hari ini saya berkata tidak, mana tahu akan datang bersama pula. Mesti saya malu nanti. Biarlah takdir yang menentukan. Apa yang pasti sekarang ini saya belum berpunya," katanya berterus terang. Luna yang sebelum ini merupakan kekasih Ariel itu ditemui majlis promosi filem Pintu Harmonika arahannya bersama Ilya Sigma dan Sigi Wimala di sini hari ini. Filem pertama arahan Luna itu diterbitkan oleh Malka Pictures dan bakal disiarkan secara serentak di pawagam seluruh Indonesia dan di saluran Astro First pada 23 Mei ini. Jelas pengarah, penerbit, pelakon dan juga model kelahiran Bali itu, buat masa sekarang dia lebih senang memberi tumpuan pada kerjaya. "Saya tidak akan terburu-buru mendirikan rumah tangga sehingga sudah bertemu dengan calon yang benar-benar memahami diri saya. Untuk apa saya berkahwin semata-mata menurut kehendak orang, sedangkan yang menderita nanti saya. "Biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya kerana buat masa sekarang saya lebih teruja mengarah, seperti anak kecil yang baharu mendapat permainan," katanya yang sebelum ini pernah mengarah filem pendek, Suci and the City. - UTUSAN ONLINE |
Ning Baizura lancar lagu terbaharu Posted: 16 May 2013 02:42 AM PDT Oleh GARRET DAWUM KUALA LUMPUR 16 Mei - Setelah tiga bulan bergelar ibu, Ning Baizura kembali ke pentas hiburan apabila melancarkan muzik video dan lagu pertamanya berjudul, Pelangi Untukmu daripada album terbaharunya. Menurut Ning, album tersebut merupakan kerjasama dengan Universal Music Malaysia yang didedikasi untuk kanak-kanak. "Saya berbangga kerana dapat melancarkan lagu ini setelah melahirnya anak saya, Ryan Sky Dalton. "Apa yang saya hendak katakan, terima kasih kepada Universal kerana memberi peluang untuk saya menjadi ahli baru mereka dan saya sedia untuk mengembangkan sayap sebagai artis rakaman serta tampil dengan konsep yang berbeza," katanya ketika ditemui dalam majlis Blue Skies and Lullabies di sini hari ini. Pada majlis itu, Ning turut memperkenalkan anaknya yang dilahirkan pada 31 Januari lalu kepada pihak media. Selain itu, Ning juga kini sedang menulis sebuah buku kanak-kanak bersama-sama album tersebut berinspirasikan pengalaman peribadinya menjadi seorang ibu. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |