My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia |
SENIMAN Buat Laporan Polis Terhadap Patrick Teoh Posted: 17 Jan 2013 08:56 PM PST Posted: 18 January 2013 at 12:56 pm Zed Zaidi yang mengatakan pihak Seniman akan membuat kejutan kepada Patrick Teoh semalam nampaknya sudah pun membuat kejutan tersebut.. Kejutan yang dimaksudkan adalah dengan membuat laporan polis berhubung penghinaan kesucian agama Islam oleh Patrick Teoh sebelum ini.. Zed Zaidi selaku presiden Seniman telah hadir ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 1.30 petang semalam bagi membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan Patrick Teoh.. Menurut Zed Zaidi, Pihak Seniman tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli yang melakukan kesalahan, apatah lagi dengan kesalahan yang membabitkan soal agama.. Sehubungan dengan itu pihak Seniman juga sedang memikirkan hukuman setimpal yang akan dikenakan kepada Patrick Teoh kerana dia juga seorang ahli Seniman..
Difahamkan juga, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membuat laporan polis terhadap Patrick Teoh semalam.. Related: Patrick Teoh Hina Islam Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia Sumber:Metro |
Fara Fauzana Sudah Buat Persiapan Kahwin – Rela Hidup Bermadu Posted: 17 Jan 2013 07:06 PM PST Posted: 18 January 2013 at 11:06 am Fara Fauzana mengakui yang dia sudah pun membuat persiapan perkahwinanya nanti.. Buat masa ini Fara Fauzana sudah pun mereka kad perkahwinan malah barang-barang hantaran juga sudah disediakan.. Pasti ramai yang terkejut, tiada angin tiada ribut tau tau dah nak kahwin.. Untuk pengetahuan korang, Fara Fauzana masih lagi single dan masih mencari calon suami yang sesuai, cuma di usia 33 tahun ni Fara Fauzana mengambil langkah bersedia lebih awal kerana tidak mahu tergesa-gesa bila tiba masanya nanti..
Apa yang menariknya disini, Fara Fauzana juga dikatakan sudah bersedia untuk berkongsi suami.. Fara Fauzana sanggup hidup bermadu sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu..
Pasti tersenyum lebar suami-suami orang diluar sana kan.. Anda masih ada peluang untuk mengorat Fara Fauzana, Tapi sila minta izin isteri dulu ya… |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia Terkini | MyGosip .com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |