Berita Harian: Hip |
Posted: 04 Jan 2013 03:28 PM PST Sering yang disorot mengenai Acha Septriasa hanya hal peribadi yang remeh hingga mengaburi kemampuan dirinya sebagai insan seni. Hanya selepas tujuh tahun menggeluti dunia lakonan, gadis kelahiran Jakarta, Indonesia berusia 23 tahun ini berjaya menutup mulut yang pernah sangsi dengan keampuhan bakat dimilikinya.
Doa panjang Acha menjadi kenyataan apabila dia meraih Piala Citra sebagai Aktres Terbaik pada Festival Filem Indonesia (FFI) di Vredeburg Fortress, Yogyakarta. Sejak 2009, menggenggam Piala Citra menjadi azam utama setiap kali tahun baru menjelma. Saya menerima dua tawaran filem, paling banyak tiga produksi setiap tahun dengan meletakkan harapan untuk menjulang kemenangan.
Tahun ini bakal memberikan cabaran lebih besar kerana saya akan muncul dengan tiga filem, satu daripadanya adalah percubaan pertama sebagai pengarah, katanya.
Dalam filem yang menemukannya dengan aktor muda, Reza Rahadian, Acha memainkan watak sebagai isteri yang berdepan tekanan untuk mendapatkan cahaya mata.
Pencapaian filem itu luar biasa membuatkan saya kesal menolaknya. Filem itu mencatat kutipan hebat dengan ditonton lima juta penonton, katanya. Pernah dicalonkan dalam kategori yang sama pada FFI 2007 menerusi filem arahan Hanny R Saputra, Love Is Cinta, kemenangan itu kata Acha, menjadi manifestasi cintanya terhadap lakonan. Saya mengimpikan kemenangan ini sejak hari pertama berlakon. Namun jujurnya, saya berlakon bukan untuk mengejar anugerah. Selepas beberapa tahun dan berpeluang membintangi pelbagai filem, saya mula menaruh harapan untuk melihat bakat saya dihargai di tanah kelahiran. Segala penat lelah, kesulitan dan cabaran yang terpaksa dilalui ketika berada di lokasi terbayar dengan kemenangan ini. Ia membuat saya lebih jatuh cinta kepada lakonan, katanya. Dilahirkan dengan nama lengkap, Jelita Septriasa, Acha menggambarkan dirinya sebagai seorang yang gemar beraksi di khalayak. Cinta pertamanya adalah nyanyian kerana sejak kanak-kanak, Acha sering diminta untuk menyanyi ketika majlis keramaian anjuran keluarganya. Pada usia 14 tahun, Acha menyertai pertandingan Gadis Sampul yang membantunya melancarkan karier sebagai model. Bagaimanapun, nasibnya berubah pada 2005 apabila peminat Natalie Portman dan Jake Gyllenhaal ini mencuba nasib dengan menyertai uji bakat filem romantis, Apa Artinya Cinta?. Acha memperoleh watak pembantu di samping pelakon utama, Shandy Aulia dan Samuel Rizal. Meskipun filem itu tidak mendapat sambutan, namun kemunculan Acha mula meraih perhatian. Hanya pada 2006, namanya menjadi sebutan selepas membintangi filem Heart bersama bekas kekasihnya, Irwansyah dan Nirina Zubir. Filem itu mendapat sambutan hebat penonton, malah menerima enam pencalonan untuk FFI 2006. Bagaimanapun, Acha gagal meraih sebarang pencalonan untuk watak yang dijayakannya. Populariti Acha sebaliknya, mengharum menyeberang sempadan. Selepas enam tahun, populariti Acha tidak merosot malah kekal sebagai antara pelakon yang mampu memacu khalayak ke pawagam. Baru menamatkan penggambaran, Rectoverso yang diadaptasi daripada koleksi cerpen karya penulis prolifik, Dewi Lestari, 2013 juga menyaksikan Acha bakal menduduki kerusi pengarah. Bakat saya sudah diiktiraf dan tiba masa, saya mengarahkan filem pula. Skripnya sudah siap iaitu mengenai wanita yang berkahwin muda tanpa mempunyai idea jelas peranan mereka sebagai isteri dan ibu, katanya. Tawaran demi tawaran yang diterima tidak membuat Acha gelap mata. Selain Rectoverso yang dijadualkan menemui penonton pada Februari depan, Acha juga sedang menyempurnakan filem, Lupus selain bakal beraksi dalam Soekarno. Sejak dulu saya berhati-hati dalam pemilihan filem untuk dibintangi. Jika produksi itu meyakinkan, saya tidak teragak-agak menjayakannya. Cita-cita saya dalam lakonan terlalu besar. Saya ingin mencuba lebih banyak karakter, malah mahu terbabit dengan kerja di balik tabir. Disebabkan itu, saya belum bersedia untuk memikirkan soal peribadi. Saya belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga walaupun sudah mempunyai teman lelaki, katanya yang kini menjalin cinta dengan DJ,
Mengulas sambutan tahun baru, Acha berkata, dia akan melawat adiknya yang menetap di Kuala Lumpur seterusnya ke Hong Kong untuk bercuti. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |