Adsense

Jumaat, 23 November 2012

Sensasi

Sensasi


Azhar Sulaiman mengaku sudah murtad kerana ??

Posted: 23 Nov 2012 07:56 PM PST


Azhar Sulaiman mencetuskan kontroversi apabila mengaku dirinya sudah Murtad kerana memilih parti politik Umno yang dikatakan Murtad oleh Datuk Nik Aziz.

Bagi Sensasi perkara Murtad nie bukan boleh buat main-main..Janganlah mengaku Murtad untuk menyindir atau sinis,sangat boleh "Memurtadkan" diri..

Maunye dibuat nyawa ditarik sebelum sempat mengucap kan dah mati dalam Kafir,Nauzubillah...

Murtad nie ada 3 cara, melalui Lisan,melalui hati dan melalui Lambang atau apa-apa yang kita pakai tapi melambangkan agama lain contohnya mcm rantai "cross" .

Kalau konon2 nak berfesyen,pakai la lambang "cross" secara sedar atau tak sedar sebenarnya jatuh Murtad,sebab tu kalau ada baju yang korang beli ada lambang agama lain,silaaaa ubah...kalau ada "cross",lukis atau jahit bagi berubah bentuk salib tu...Dibuatnya accident ka,sakit jantung sebelum mengucap atau masa pakai baju tu,kemungkinan mati dalam kafir...mintak dijauhkan lah kan..
Lambang pun boleh dikaitkan dengan sikap,kalau kita pergi ke tokong dan menyembah walaupun sekadar lakonan memang itu melambangkan kita nie murtad..so lambang nie, bila menjurus kepada agama lain,atau menjurus kepada sikap tak percayakan tuhan.

Melalui hati,apabila hati mula meragui Islam,hati mula mempercayai agama lain,mula menidakkan agama dalam hati..tak percayakan nabi...kenelah bawak beristighfar dan mengucap,dan jauhkan hati dari keraguan,caranya? dalami lah ilmu dan Islam,rujuk kepada lebih dari seorang Ulamak,baca banyak sumber2 lain..Insyaallah hati menjadi kukuh dan hilang ragu..

Dan Melalui kata-kata,kalau bergurau cakap aku nie kristian...jatuh Murtad,so jangan nak pandai2 mengaku...biarlah kalau orang lain nak kata kau ni dah murtad sebab kau pilih warna biru bukan hijau,biarkan,janji dalam hati kita yakin kita Islam,kita tak pakai lambang2 yang memurtadkan,kita tak keluarkan kenyataan murtad...

Isu Nik Aziz menjatuhkan Murtad kepada penyokong Umno,Sensasi malas nak komen lebih..kalau kita yakin kita tak Murtad ,dan tak buat benda-benda yang memurtadkan,kenapa kita nak mengaku murtad pulak..biarlah apa orang nak kata..Tuhan lebih mengetahi niat menyokong sesuatu tu adakah sebab menidakkan agama??

Sensasi sokong je hudud,tapi Sensasi tak sokong PKR,sebab sensasi malas lah nak sokong parti yang banyak putar belit dan masalah sefahaman..So Murtad ke?noo..tuhan lebih mengetahui hati kita..betul tak..bukan manusia lain..Wallahualam..




Gambar Menarik: Lembu yang menganggap dirinya seekor kuda

Posted: 23 Nov 2012 06:06 PM PST

Seekor Lembu betina yang menetap di German ini mempunyai sikap luar biasa apabila menganggap dirinya seekor kuda.

Luna,lembu betina milik Regina Mayer yang dibesarkan di ladang Laufen,German.

Apabila kedua ibu bapa Regina tidak mampu membeli seekor kuda untuknya seperti peladang lain,Regina tidak risau kerana ada Luna yang begitu tangkas seperti kuda. Regina melatih Luna seperti seekor kuda... Kelakar kan..tp menarik..




Pelakon Maimon Mutalib hidap Kanser Payudara

Posted: 23 Nov 2012 05:33 PM PST

Aktres veteran Maimon Mutalib dikhabarkan kini berada di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Selasa lalu kerana disahkan menderita kanser payudara.



Menurut sebuah laporan akhbar tempatan, Maimon atau lebih dikenali sebagai Kak Mon dikatakan tidak mampu bergerak kerana di pangkal pehanya seolah-oleh kejang (cramp).

Sejak mengetahui penyakit yang dihidapinya itu, Kak Mon berasa takut dan risau kerana tidak dapat bekerja lagi sebagai pelakon kerana bidang lakonan merupakan punca utama rezekinya.


Kak Mon merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat kerana setiap lakonannya sering membuatkan penonton dapat merasai watak lakonannya.





Antara filem yang pernah dibintanginya antaranya "Budak Pailang", "Sumpahan Kum-Kum", "Semerah Cinta Stilleto", "Pensil", "Cuci", dan banyak lagi.