Adsense

Selasa, 20 November 2012

Sensasi

Sensasi


Pasangan Selebriti Hollywood terkaya

Posted: 20 Nov 2012 07:56 AM PST



Secara individu, mereka ini sudah cukup kaya dan berjaya dalam karier masing. Namun apabila mereka saling bertemu dan menjadi pasangan, harta kekayaan mereka bertambah dengan berlipat ganda.

Menurut majalah perniagaan Forbes, berikut adalah lima pasangan paling kaya untuk tahun 2012 (Mei 2011 – 2012).

1. Beyonce Knowles & Jay-Z


Pasangan muzik paling terkenal di dunia ini mempunyai pendapatan bersama sejumlah AS$78 juta (RM238.5 juta) iaitu AS$40 (RM122.3 juta) juta milik Beyonce melalui koleksi Dereon, iklan L'Oreal, DirecTV dan banyak lagi, manakala baki AS$38 juta (RM116.2 juta) milik Jay-Z yang dijana daripada konsert jelajah "Watch The Throne" dan pelaburannya).

Bagaimana mereka membelanjakannya? Menyewa rumah di Hamptons bernilai AS$400,000 (RM1.22 juta) selama sebulan atau mungkin juga membeli hadiah sesama sendiri, seperti hadiah Beyonce kepada suami tercinta pada tahun 2010 - sebuah kereta Bugatti Veyron Fbg par Hermes untuk harijadi ke-41 Jay-Z yang bernilai AS$2.4 juta (RM7.33 juta).

2. Gisele Bundchen & Tom Brady


Bintang quarterback futbol New England Patriots, Tom Brady dan isterinya, supermodel Gisele Bundchen memiliki pendapatan bersama AS$72 juta(RM235.45 juta) iaitu AS$45 juta (RM137.6 juta) milik Bundchen dan AS$27 juta (RM82.56 juta) milik Brady melalui kontrak dengan NEP selama empat tahun, juga sebagai model jenama UGG Boots dan Under Armour.

Mereka mungkin memerlukan jumlah itu untuk menguruskan rumah agam mereka di Brentwood yang memakan kos sebanyak AS$20 juta (RM61.15 juta).

3. David Beckham & Victoria Beckham


Bintang bola sepak dan fashionista ini mempunyai gabungan pendapatan berjumlah AS$54 juta (RM165.1 juta) dengan sebahagian besarnya dijana oleh David sendiri selepas menandatangani semula kontrak bersama LA Galaxy selain menjadi model Burger King, Sainsbury's dan Samsung iaitu AS$46 juta (RM140.66 juta) manakala Victoria pula memiliki nilai kekayaan AS$8 juta (RM24.4 juta) yang dihasilkan melalui jenama fesyennya dan royalti daripada album Spice Girls. Memiliki beberapa rumah agam seperti Beckingham di UK, rumah agam mereka di Beverly Hills dan ladang wain Victoria di Lembah Napa, pasangan ini memang pandai berbelanja besar dan mencari jalan untuk membayar semuanya!

4. Brad Pitt & Angelina Jolie


Pasangan terkenal Hollywood ini berada di tempat keempat dengan gabungan pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM137.6 juta). Pitt mendapatkan hasil sebanyak AS$25 juta (RM76.44 juta) daripada filemnya, "Moneyball" dan "Tree Of Life", sementara Jolie pula menjana pendapatan melalui filem dan juga menjadi jurucakap jenama seperti Louis Vuitton.

5. Will Smith & Jada Pinkett Smith


Antara pasangan yang paling lama bertahan di Hollywood, mereka memiliki pendapatan bersama 2012 sebanyak AS$40 juta (RM122.3 juta), iaitu AS$30 juta (RM91.73 juta) datang daripada Will Smith yang kembali ke layar perak melalui "Men In Black 3" dan "After Earth".

Sementara itu, Jada pula mengaut hasil daripada lakonan suaranya melalui animasi "Madagascar 3: Europe's Most Wanted" dan pelaburannya dalam Carol's Daughter, produk kecantikan yang dihasilkan oleh Lisa Price, di mana Jada juga bertanggungjawab sebagai jurucakapnya.

Liyana Jasmay tak sabar pulang bertemu Cinta

Posted: 20 Nov 2012 07:53 AM PST



"Pack nak balik! Yayy nak balik rumah ku! Rindu cinta!!"



Sensasi pun kurang pasti Liyana pergi ke mana nie..maklumlah dah lama tak baca gossip,saje je kongsikan gambar gelagat Liyana Jasmay yang teruja nak balik untuk bertemu tunang tersayang..

Breaking Dawn part 2- Malam pembukaan tayangan terbesar dalam sejarah filem Twilight

Posted: 20 Nov 2012 07:41 AM PST

Siapa peminat filem Twilight?? i ammm... Filem Breaking Dawn bakal ditayangkan pada 22 November 2012 di seluruh pawagam tanah air.. Di US,Filem ini telah ditayangkan dan mencatat kutipan tertinggi di malam pertama tayangannya dalam sejarah Filem Twilight dimana kutipan untuk malam tayangan berjumlah USD30.4 million,manakala tayangan tertinggi filem Twilight di malam tayangannya adalah USD30.3 million. Menurut boxoffice,Kutipan tertinggi malam tayangan filem setakat ini dipegang oleh Filem Harry Potter and The Deathly Hallows yang berjumlah USD43.5 million.. Sensasi tengok watak Bella yang dah jadi vampire nie makin cantik apabila warna rambut dan warna mata diubah dan wajah dimekapkan...sebab dulu Bella tak brapa mekap so wajah nampak sugul je.. Untuk pengetahuan korang,Filem Twilight ini adalah yang terakhir atau Finale dalam siri Filem Twilight...oh sedihh.. Ape lagi jum tengok..

Pierre Andre berhijrah, ikut kumpulan tabligh untuk dekati agama

Posted: 20 Nov 2012 07:08 AM PST

"Anugerah yang paling hebat adalah kalimah "La ila ha illallah" yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita. Jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan sebenar. Allahu akbar! Peace, love Allah, love Muhammad," begitulah ucapan Pierre Andre yang masih diingati oleh kita pada Anugerah Skrin 2012 yang lalu. Alhamdulillah,seorang lagi selebriti tanah air yang telah berhijrah dan mendekati agama.Pierre kini mengikuti kumpulan tabligh. Pierre sebelum ini pernah menyuarakan kekosongan hati dan jiwa lebih-lebih lagi tanpa pasangan..Dan seorang sahabat telah mengajak Pierre untuk menyertainya.Piere menemui kebahagiaan rohani apabila berhijrah.








Pierre ketika di Anugerah Skrin 2012...

Video: Farid Kamil gembira ,Diana Danielle hamil anak sulung mereka

Posted: 20 Nov 2012 07:02 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEJh8SIWaHG_TC6oolB89Ddk7ZkW_ylFQuQRN2xShhmGG9swjYdQN6PzhPN2L2jyoBm4RXZ1eikNXwKKK7OYgO68VXX0DaJP_OOTqr1SXLjTJbMvVpUsCqe_Sc2lN3GVPdS5cd8XftthI/s320/305589_557763100916483_39191651_n.jpg Tahniah sangat-sangat buat pasangan pengantin baru yang cukup sweet dan cute bersama..Baru dua minggu bernikah,Diana Danielle berkongsi kegembiraan apabila mendapati dirinya hamil melalui ujian kehamilan. Farid, 31, pada mulanya seperti tidak percaya bagaimanapun bersyukur apabila berita isterinya Diana, 21, disahkan sendiri oleh empunya diri. "Syukur kepada Allah s.w.t apabila mendapat berita gembira itu. Saya rasa gembira sangat dan bersyukur,"kata Farid. Terdahulu, Diana Danielle berkongsi kegembiraan itu menerusi laman twitternya dengan menulis – "The most precious birthday present, thanks Allah SWT" dan disertakan sekeping gambar alat uji kehamilan yang menandakan dia kini hamil. Pemilik nama sebenar Farid Kamil Datuk Dr Zahari dan Diana Danielle Danny Beeson selamat dijabkabul pada 3 November lalu dalam sebuah majlis ringkas di tepi tasik Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur.

Gambar Liuney mengenakan gaun kahwin dengan disaluti 3,000 Mutiara

Posted: 20 Nov 2012 06:50 AM PST