Adsense

Selasa, 20 November 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Nash Sedia Lepas Gelaran Duda

Posted: 20 Nov 2012 07:02 PM PST

Nash mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya dan memberitahu perkenalan mereka telah berlangsung selama dua tahun.
KUALA LUMPUR: Penyanyi versatil yang juga legenda rock, Nash (Lefthanded) sudah bersedia untuk mengakhiri zaman dudanya selepas mengalami dua kegagalan rumah tangga sebelum ini.
Nash atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 53, bagaimanapun berkata, pada usianya sekarang dia perlu berhati-hati dalam membuat pilihan mengenai teman hidup supaya tidak mengulangi kesilapan lampau.
"Sejujurnya saya mahu berkahwin lagi kerana selain usia semakin meningkat saya juga perlukan seseorang yang saya cintai agar dapat menemani saya.
"Saat ini saya sudah bersedia ke arah itu malah merancang untuk mengakhiri zaman duda jika diizinkan Allah S.W.T.," ujarnya .
Nash juga mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya. Perkenalan mereka telah berlangsung selama dua tahun.
"Insya-Allah jika ada jodoh di antara kami ia pasti akan terjadi suatu hari nanti," ujarnya ringkas.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kriteria yang dicari terhadap bakal isteri, Nash mengimpikan seorang wanita yang bukan sahaja mencintainya tetapi boleh menerima empat orang anaknya.
"Anak-anak adalah keutamaan saya dan berharap calon isteri saya nanti bukan sahaja boleh mencintai saya tetapi empat anak-anak saya," katanya.
Hasil perkahwinan terdahulu, Nash dikurniakan tiga cahaya mata, Fareena Nasha, 24, Najeeha Nasha, 22, Mohd Shameer Nasha, 16 dan seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 14.
Nash juga pernah berkahwin dengan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor sebelum bercerai pada 26 Mei 2009.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Nash merancang menghasilkan sebuah album solo untuk para peminatnya.
Nash berkata, dia akan menggunakan khidmat vokalis kumpulan Sweet Charity iaitu Ramli Sarip sebagai penerbit selain berduet dengan penyanyi legenda tersebut.
- ---

Usop Wilcha Tinggalkan Hot FM

Posted: 20 Nov 2012 07:00 PM PST

Shy8 atau lebih popular sebagai 'Ucop Wilcha'.
PETALING JAYA: Pelakon komedi Shy8 yang terkenal dengan gelaran Usop Wilcha berkata keputusan untuk berundur diri sebagai penyampai radio Hot FM pada hujung bulan ini bukan disebabkan popularitinya yang merudum.
Sebaliknya, Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohammed Asri Syed Osman Jamalulail, 47, berkata, perkara itu dilakukan kerana faktor pengurusan masa dan usia.
"Umur saya semakin meningkat, sudah 47 tahun. Saya sudah tidak larat untuk melakukan kerja lain pada waktu malam dan terpaksa bangun awal pagi untuk studio radio.
"Keputusan ini perlu saya ambil juga sama ada sekarang atau kemudian hari demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain," katanya.
Shy8 berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem terbaharu berjudul Kahwin 5arahan Nizam Zakaria di Cathay e @ Curve, Mutiara Damansara di sini, petang Selasa.
Dia yang memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi AM Krew pada 16 Jun tahun lalu mempunyai baki kontrak kira-kira enam bulan yang sepatutnya berakhir pada 16 Jun 2013.
Shy8 berkata, dia juga tidak kisah dengan apa jua persepsi yang bakal timbul ekoran pengundurannya secara mengejut itu.
"Saya tidak kisah dengan persepsi yang mendakwa kegagalan saya meningkatkan peratus pendengar radio menyebabkan saya berundur.
"Orang boleh cakap apa sahaja tetapi mereka tidak tahu keadaan sebenar yang saya lalui sejak setahun setengah bergelar penyampai radio.
"Masih ramai yang menyokong kerjaya seni saya walaupun ada yang tidak suka. Ia adalah perkara normal dalam meniti kejayaan," katanya.
Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) ini berkata, keputusan berundur diri sudah dibincangkan dengan pengurusan radio sejak dua bulan lalu.
"Sebenarnya sudah lama saya fikirkan untuk berundur. Dua atau tiga bulan lepas saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan radio.
"Mereka faham dan hormati keputusan saya. Mereka minta saya berhenti secara perlahan-lahan dan mula beralih kepada kerja-kerja belakang tabir kebelakangan ini," katanya.
Dalam filem Kahwin 5 terbitan Showbiz Productions itu, Shy8 menggalas watak utama sebagai Dr K yang mempunyai lima isteri.
Filem yang turut dibintangi antaranya Fizz Fairuz, Norish Karman, Dian P. Ramlee, Soffi Jikan, Anzalna, Marsha Londoh dan Adrea Abdullah itu bakal ditayangkan bermula 27 Disember depan.
- ---