Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Peraduan Jemputan Majlis Sepetang Santai Safi Balqis Shila Amzah Posted: 01 Nov 2012 05:14 PM PDT Salam semua, Anda peminat setia penyanyi Shila Amzah? Anda #Shilalas? Anda mahu bertemu dengan Shila Amzah? Oowww, ini mungkin antara peluang baik untuk anda bertemu dan beramah mesra bersama juara Asian Wave 2012 ini. Budiey mahu menjemput dua orang pembaca ke Majlis Sepetang Santai Safi Balqis bersama Shila Amzah. Pasti ramai peminat Shila Amzah mahu hadir, tapi Budiey hanya ada 2 tempat duduk eksklusif sahaja dan perlu putuskan melalui satu peraduan. Untuk info pembaca, Majlis Sepetang Santai Safi Balqis bersama Shila Amzah bakal berlangsung pada 6 November 2012 (Selasa) di sebuah lokasi yang terletak di Bangsar jam 2 petang. Jika anda mahu, apa kata join peraduan ini. BAGAIMANA CARANYA? Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan berdasarkan gambar Shila Amzah di atas: Saya idamkan kulit cantik seperti Shila Amzah kerana… (tidak lebih dari 15 patah perkataan) Sertakan juga maklumat peribadi: Hantarkan jawapan anda kepada: Tarikh tutup peraduan: 4 November 2012 Tajuk Email: Peraduan Jemputan Majlis Sepetang Santai Safi Balqis Shila Amzah SYARAT & PERATURAN:
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Commentscomments Powered by Facebook Comments No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Kad Jemputan Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle Posted: 01 Nov 2012 04:33 PM PDT Semalam, Budiey telah menerima sekeping kad jemputan Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil yang akan berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang jam 8 pagi esok, 3 November 2012. Cantik dan sweet kan kad berwarna merah jambu ni. Sesuai dengan majlis sederhana dengan warna yang lembut, dua keping kad dalam sampul berwarna putih yang mengandungi peta ke lokasi majlis dan info tentang majlis nikah. Wow klasiknya gambar pra-perkahwinan Farid & Diana ni, Dee nampak persis primadona Saloma, kan? Jangan pula terkejut ya dengan masa majlis ini berlangsung iaitu pada jam 8 pagi. Bagi sesetengah orang agak pelik, tapi Diana Danielle ada alasannya sendiri mengapa dia memilih jam 8 pagi untuk dilangsungkan.
Malam Khamis lalu, khabarnya Diana Danielle telah mandi bunga bersama ibunya, Mama Norsiah. Menjelang majlis nikah, Diana Danielle meminta semua pihak agar tidak "merosakkan" majlis perkahwinannya dengan melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak baik dan tak munasabah. Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan terima kasih buat Farid Kamil & Diana Danielle kerana sudi melayangkan kad dan menjemput budiey.com ke Majlis Nikah kalian. Apa yang Budiey harapkan, semoga majlis nikah anda berdua nanti berjalan lancar ya. Mudah-mudahan masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Pastinya majlis ini berlangsung dalam suasana yang romantis memandangkan ia berlangsung di sebuah tasik berdekatan dengan hotel. Gambar Kad Jemputan Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle Commentscomments Powered by Facebook Comments No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |