Adsense

Selasa, 6 November 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Itu Bukan Masalah Bagi Saya – Zizan Komen Isu Penyebaran Gambar Juliana Evans

Posted: 06 Nov 2012 10:17 PM PST

Zizan Razak akui tidak terkejut dengan penyebaran gambar intim Juliana Evans bersama lelaki yang didakwa sebagai kekasih baru aktres itu, di internet, sejak Jumaat lalu.

Menurut Zizan, sejak tersebarnya gambar tersebut dirinya telah dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada perminat dan rata-ratanya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan hubungannya bersama pelakon wanita tersebut.

"Saya tidak tahu hendak jawab apa. Jadi saya memilih untuk mendiamkan diri saja.

"Saya juga tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa-apa. Kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya.

"Memang saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan sebaik saja dia ke luar negara. Saya kurang percaya pada hubungan jarak jauh. Jadi biarlah dia jalani hidupnya sendiri," komen Zizan mengenai hubungannya bersama Juliana Evans.

Pelakon dan pengacara ini akui pelakon wanita tersebut memiliki ciri-ciri gadis pilihannya, akan tetapi menafikan yang mereka pernah bercinta.

"Dia memiliki ciri-ciri wanita yang saya mahukan – cantik dan gila-gila. Karakter dia sesuai dengan saya, tetapi secara jujur kami tidak pernah serius.

"Saya akui, kami pernah melafazkan kata-kata sayang, tetapi ia tidak lebih daripada ungkapan untuk seorang sahabat baik. Walaupun saya pernah menangis sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang pada Januari lalu, tetapi itu bukanlah petanda yang kami bercinta.

"Saya menangis ketika itu sebab bakal kehilangan seorang sahabat baik," kata pelakon Hantu Kapcai ini.

Sumber : Berita Harian

Dato’ Jalaludin Hassan Kesal Masalah ‘Dubbing’ Di Malaysia

Posted: 06 Nov 2012 08:17 PM PST

Bertempat di The Gardens, Kuala Lumpur semalam telah berlangsungnya tayangan media untuk program dokumentari 'Mankind The Story Of All Of Us.'

Dokumentari ini mengisahkan tentang kehidupan manusia di zaman primitif dan menceritakan bagaimana populasi manusia meningkat dari semasa ke semasa.

Menerusi program ini, pihak HISTORY telah memilih pelakon tersohor tanah air, Dato' Jalaludin Hassan sebagai pencerita, di mana beliau akan sampaikan dokumentari tersebut dalam versi Bahasa Malaysia.

Untuk program ini, Dato' Jalaludin akan terlibat untuk siri epik bahagian 6 'Mankind The Story Of All Of Us' yang akan ditayangkan di Saluran History (Astro 555) mulai 14 November ini pada jam 9 malam.

Mengulas lebih lanjut mengenai penglibatan Dato' Jalaludin Hassan dalam dokumentari ini, beliau menyifatkan ia sebagai satu pengalaman baru dan akui pada mulanya merasa sedikit putus asa untuk meneruskan proses 'dubbing' kerana ia memerlukan masa yang agak lama.

"Ini adalah pengalaman baru bagi saya. Untuk jadi pencerita program dukumentari ini tak semudah seperti kita berlakon. Awak bayangkan, bila kali pertama masuk studio, saya terkejut tengok skrip dia yang tebal dan satu hari saya kena buat sampai 2 episod. Sampaikan satu ketika saya rasa putus asa untuk teruskannya."

"Untuk hari pertama saya ambil masa sampai 5 jam untuk siapkan satu episod. Hari berikutnya pula tak sampai tiga jam dah boleh siap. Akhirnya saya belajar satu perkara yang baru, di mana saya kena belajar bersabar dan menjaga kesihatan diri sendiri terutama suara. Untuk kekalkan suara yang baik saya kena jumpa doktor dan banyak minum air mineral," ujar Dato' Jalaludin kepada pihak media.

Aktor ini turut akui proses yang perlu dilaluinya adalah sesuatu yang mencabar dan merasa sedikit kesal dengan masalah 'dubbing' di Malaysia.

"Saya rasa proses yang perlu saya lakukan ini adalah sesuatu yang mencabar diri saya sendiri. Tapi setelah melakukan beberapa rakaman, keyakinan diri dah mula timbul dan jika lepas ni ada tawaran lain saya akan dapat lakukan dengan 'kacang' je.

"Tapi apa yang saya rasa sedikit kesal adalah masalah 'dubbing' di Malaysia yang sedikit lemah dan saya tak tahu kenapa perkara macam ni masih berlarutan. Kadang-kadang ia nampak macam kelakar dan tak sesuai dengan perwatakan yang ingin dibawa."

"Perkara macam ni boleh merosakkan industri 'dubbing' di negara kita. Sepatutnya individu yang terlibat harus sampaikannya secara bersahaja dan bukannya terlalu ekspresikan perasaan. Pihak tertentu juga harus memilih suara yang sesuai untuk watak yang ingin dimainkan," ujar Dato' Jalaludin penuh kesal.

Merujuk perkembangan terbaru, Dato' Jalaludin bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul 'Darah Panas.' Beliau juga merancang untuk bercuti bersama keluarga di beberapa tempat menarik seperti Moroko, Sepanyol dan Abu Darbi pada bulan Disember akan datang.