Adsense

Selasa, 6 November 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Rozita Che Wan Nafi Bercuti Bersama Bekas Menteri

Posted: 05 Nov 2012 07:41 PM PST

Rozita Che Wan Nafi Bercuti Bersama Bekas Menteri
Belum pun reda isu gambar separuh bogel mirip Rozita Che Wan timbul pula gosip yang mengatakan Rozita Che Wan telah bercuti ke London bersama seorang bekas menteri.. Malah Kehadiran Ayu Raudhah yang menemani Rozita Che Wan ke London baru baru ini dikatakan hanyalah sebagai coverline.. Dikuatkan lagi gosip tersebut apabila nombor tempahan tiket mereka sama malah ada krew penerbangan yang ternampak kemesraan Rozita Che Wan bersama bekas menteri tersebut…

Walaupun Rozita Che Wan kini berada di Jepun untuk menjalani penggambaran musim terbaru, Kiah Pekasam, berjudul, Kiah Spy Jepun, Sinar Harian telah berjaya mendapatkan penjelasan sebenar daripada pelakon yang penuh kontroversi ni…

"Bekas menteri mana pula ni? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tak faham lah dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul ni.

"Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya dah lali dengan situasi seperti ini,"

Sementara itu, bercakap mengenai gambar separuh bogel miripnya itu, Rozita Che Wan telah nekad untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman wartawan hiburan yang cuba mengeruhkan lagi keadaan..