Adsense

Isnin, 5 November 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Armin Van Buuren & Psy Bakal Hangatkan “Future Music Festival Asia 2013″!

Posted: 05 Nov 2012 10:13 PM PST

Mungkin kedengaran agak pelik atau mungkin juga berita gembira bagi peminat-peminat Psy, penyanyi yang popular dengan tarian kuda (horse dance) didalam muzik video "Oppa Gangnam Style" ini disahkan akan turut datang memeriahkan "Future Music Festival Asia 2013″ (FMFA 2013) pada 16 Mac 2013.

Sidang akhbar yang diadakan sebentar tadi di Fresca Mexican Kitchen & Bar, The Gardens menyaksikan pengumuman pertama barisan artis FMFA 2013 yang akan membuat persembahan di pesta muzik terbesar di Asia Tenggara ini. FMFA 2013 juga akan diadakan selama 2 hari berturut-turut dimana hari pertama akan dikhaskan untuk sebuah acara muzik trance terbesar di dunia, "A State Of Trance 600: The Expedition World Tour"(#ASOT600KUL) yang akan menyaksikan Armin Van Buuren turun, pemegang 5 kali tempat pertama sebagai dj nombor satu dunia dalam DJ Mag Top 100.

"Ini adalah sesuatu yang sangat besar, kami masih tak percaya kami berjaya membawa Armin Van Buuren dan "A State Of Trance". Dengan kerjasama bersama Future Entertainment Australia, kami habiskan berbulan masa untuk membawa lagenda ASOT 600 kesini, dan kami akhirnya boleh katakan, ia sesuatu yang menggembirakan," Iqbal Ameer, pengarah Livescape Asia.

Masih belum dimaklumkan siapakah dj-dj lain yang akan turut serta dalam "A State Of Trance: The Expedition World Tour", pihak FMFA 2013 walau bagaimanapun hanya mengumumkan barisan artis FMFA 2013. Antaranya ialah PSY sendiri, Rita Ora, Fun., Bloc Party, Temper Trap, Rudimental, Stafford Brothers, Timmy Trumpet dan juga Tenzin.

Lain pula di pentas kedua FMFA 2013 (The Prodigy presenting Warrior's Dance Arena), para peminat dubstep akan digegarkan dengan kemunculan Feed Me, Kill The Noise, Zeds Dead dan Borgore bersama dengan The Prodigy sendiri.

Future Music Festival Asia 2013 (FMFA 2013) akan diadakan pada 16 Mac 2013, sehari selepas "A State Of Trance 600: The Expedition World Tour". Anda boleh mula dapatkan tiket bermula 16 November ini di kedai-kedai terpilih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Future Music Festival Asia.

Future Music Festival – Asia from Future TV on Vimeo.

Bila Dah Kahwin, Tak Semuanya Manis – Ana Dahlia Enggan Komen Lanjut Isu Perkahwinan

Posted: 05 Nov 2012 04:05 PM PST

Isu pergolakan rumah tangga antara Ana Dahlia dan Chef Riz bukanlah suatu perkara yang baru. Ana Dahlia ketika ditemui di majlis sesi ramah mesra drama 'Cinta Itu Milikku' semalam, turut mengaku perkara tersebut dan menganggap segalanya adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

"Jujur memang Ana ada masalah, tapi rasanya tak perlulah untuk diceritakan lebih lanjut. Masing-masing ada masalah sendiri dan semestinya kalau ada masalah kita tak nak cerita dekat orang. Takut nanti mengaibkan diri sendiri. Lagipun masalah tersebut adalah terlalu peribadi."

"Bukannya Ana nak menafikan, cuma buat masa sekarang Ana tak nak ceritakan apa-apa. Lagipun Ana nak kena jaga nama semua orang. Nama papa (Chef Wan), nama Chef Riz dan juga nama keluarga Ana sendiri."

Dalam pada itu, Ana Dahlia turut menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan menyifatkan segalanya adalah ujian untuk menguji ketabahan dirinya.

"Apa pun yang terjadi selepas ini Ana akan terima dengan redha."

"Ana harapkan yang terbaik untuk semua dan akan sentiasa berdoa. Panduan daripada pihak keluarga serta kekuatan diri sendiri membuatkan Ana tabah untuk hadapi semuanya."

Meskipun begitu, pelakon ini enggan memberi sebarang komen berhubung status terkini rumahtangganya dan menegaskan dirinya tidak pernah berlaku curang.

"Ana tak nak komen soal status sekarang. Perkara tinggal sebumbung ataupun tidak adalah soalan peribadi dan Ana tak nak jawab soalan itu."

"Tapi di sini Ana nak tegaskan Ana tak pernah curang atau menjalinkan sebarang hubungan dengan sesiapa. Ana tak nak aibkan sesiapa dan Riz sendiri tahu apa sebenarnya yang berlaku," ujarnya kepada pihak media.

Mengulas lebih lanjut berhubung masalah rumah tangganya, pelakon ini mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak membuat andaian sendiri dan menuduh dirinya yang bukan-bukan.

"Janganlah buat andaian sendiri. Kita tak tahu apa yang terjadi disebaliknya. Insyallah, suatu hari nanti semua orang akan tahu perkara sebenar."

"Sekarang ni Ana nak tumpukan sepenuhnya pada kerja dan berserah sahaja. Setiap orang ada masalah masing-masing. Bila dah kahwin, tak semuanya manis."

"Memanglah kalau diikutkan ibu bapa tak boleh masuk campur dalam masalah macam ni, tapi kadang kala pandangan mereka juga penting untuk selesaikan sesuatu masalah," komen Ana Dahlia mengenai pergolakan rumah tangganya.