Adsense

Isnin, 5 November 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Ana Dahlia Dapat Sokongan Chef Wan

Posted: 05 Nov 2012 07:13 PM PST

Ana enggan mengulas mengenai laporan kononnya dia dan Riz hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai baru-baru ini.
PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia tidak berasa bimbang dengan konflik rumah tangganya dengan Chef Riz kerana masalah itu mendapat sokongan daripada keluarga mertuanya iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.
Mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang kenyataan, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, menjelaskan suaminya lebih mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangga mereka.
"Saya bersyukur kerana dalam keadaan sekarang saya mendapat sokongan penuh daripada keluarga saya dan mertua terutama Papa (Chef Wan) yang sentiasa berada di belakang saya.
"Malah hubungan saya dengan Papa masih rapat dan sentiasa mendapatkan nasihat daripadanya.
"Dalam hal ini, Riz lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangga kami," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama slot Akasia berjudul Cinta Itu Milikku di sini pada petang Isnin.
Gosip terbaru mengenai perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Chef Wan itu kembali diperkatakan apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.
Bagaimanapun pelakon itu menafikan tuduhan tersebut termasuklah kononnya dia berlaku curang.
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.
Dalam pada itu, Ana enggan mengulas mengenai laporan kononnya dia dan Riz hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.
Menurut Ana, dia percaya cerita sebenar di sebalik gosip rumah tangga mereka akan dapat dihidu sendiri oleh pihak media suatu hari nanti.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu dan rasanya pihak media sendiri akan tahu sama ada perkara itu benar atau pun tidak," jelasnya.
Bagaimanapun kata Ana, dia mengakui kesal apabila mengambil keputusan terburu-buru berkahwin dengan Riz selepas tiga bulan berkenalan tanpa berfikir panjang.
"Saya akui tempoh perkenalan kami singkat dan terlalu terburu-buru mengambil keputusan untuk berkahwin tetapi apa yang membuatkan saya bersetuju adalah kerana keluarganya cukup baik dengan saya," jelasnya.
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember 2011.
Sementara itu, Ana berkata, dia sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan terhadap rumah tangganya yang dibina tidak sampai setahun itu.
Dia juga yakin telah melakukan yang terbaik sebagai isteri namun masih menyimpan hasrat agar ia akan berakhir dengan baik.
"Saya mohon jangan menilai diri saya hanya dengan penyebaran cerita yang tidak benar kerana itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah.
"Bagaimanapun saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan namun saya berharap ia akan dapat diselesaikan dengan baik.
Berikut adalah beberapa soalan yang diutarakan oleh pihak media kepada Ana mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya:
1. Sejauh mana kebenaran kononnya rumah tangga Ana dan Riz dikatakan sedang bermasalah?
Saya mengakui rumah tangga kami mempunyai masalah tetapi rasanya saya tidak perlu memberikan butiran mengenainya kerana ingin menjaga aib diri saya dan suami.
2. Sejauh mana kebenaran Ana dikatakan curang?
Saya tidak pernah mendekati mana-mana lelaki atau pun curang terhadap suami saya. Riz lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.
3. Benarkah Ana dan Riz ada ke mahkamah untuk mengambil borang permohonan cerai?
Saya tiada komen mengenai perkara itu dan rasanya pihak media akan mengetahui sendiri sama ada cerita itu benar atau pun tidak.
4. Apa kata bapa mertua Ana iaitu Chef Wan mengenai pergolakan rumah tangga anda berdua?
Papa (Chef Wan) adalah seorang yang cukup bijak dan pemikirannya sangat tajam walaupun dia kadang-kadang agak lantang bersuara.Mengenai masalah kami berdua, saya boleh katakan Papa berada di belakang saya dalam menghadapi kemelut ini dan saya sangat bersyukur keluarga berada di sisi saya.
5. Apakah status Ana dengan Riz buat masa ini? Masih suami isteri?
Saya tiada komen mengenai perkara itu. Ia adalah peribadi.
6. Ana sudah bersedia sekiranya masalah ini akan terbongkar kelak?
Ya saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan namun saya berharap ia akan dapat diselesaikan dengan baik.
- ---

Awie Tukar Bidang

Posted: 04 Nov 2012 10:48 PM PST

Awie
PETALING JAYA: Selepas lebih 20 tahun mengecapi kejayaan dalam seni muzik dan lakonan, vokalis kumpulan Wings, Awie, bakal muncul di bidang baru pula iaitu sebagai pengacara pula.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44, akan menghiburkan peminat-peminat menerusi program pertama kendaliannya iaitu Tunggu Sekejap.
Disiarkan bermula 11 November ini merupakan program bual bicara yang sarat dengan aksi yang mencuit hati dan mendebarkan serta diselitkan elemen-elemen hiburan.
Bagaimanapun, Awie tidak akan keseorangan kerana dia turut ditemani oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, ahli sukan dan ahli perniagaan.
Antara tetamu undangan Tunggu Sekejap ialah Shuib Sepah, Ifa Radziah, Zalif Sidek, Sofi Jikan, Didie Alias, Eby Yus, Monoloque, Almy Nadia, Nabil, Dina Nadzir, Aiman Hakim Ridza, Angah Raja Lawak, Abon, Syanie, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Menerusi segmen pertama iaitu 'Babak Ke Babak', penonton akan melihat lakonan semula atau kesinambungan babak dari filem-filem popular, antaranya Kabhi Khushi Kabhi Gham, Gila-Gila Remaja dan Sembilu oleh tetamu undangan.
Diselang-seli dengan segmen 'Babak Ke Babak' pada setiap episod, segmen 'Lawak Lawak' juga mengehendaki tetamu undangan berlakon, berdasar tajuk yang diberi.
Segmen seterusnya ialah 'Aksi di mana mereka yang tersenarai di dalam Malaysian Book Of Records akan melakukan aksi-aksi yang menggerun dan mendebarkan seperti tinggal bersama 150 ekor ular, memakan kaca, bawa kereta reverse, ditetak tangan dengan parang, berdiri di atas motor paling lama dan banyak lagi.
Segmen 'Tiru Gaya Artis' kemudian menyusul di mana mereka yang berbakat untuk meniru suara, gaya dan rupa seiris artis akan dijemput ke studio.
Segmen terakhir pula iaitu 'Karaoke Ligat', penonton akan dihiburkan dengan persembahan oleh tetamu undangan yang menyanyikan lagu-lagu kerakyatan atau lagu-lagu popular dalam versi loghat negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, Awie juga bakal menyanyikan beberapa buah lagunya dan lagu popular lain pada setiap episod.
Bersiaran pada setiap Ahad, pukul 11 malam, ia disiarkan sebanyak 13 episod menerusi saluran TV3.
- ---

Nabil Ahmad Tolak Kerja Luar Kuala Lumpur

Posted: 04 Nov 2012 10:25 PM PST

Nabil Ahmad
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad (Nabil) sanggup menolak semua tawaran kerja di luar Kuala Lumpur bermula hujung bulan ini untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya.
Nabil, 29, berkata, keputusan itu dilakukan semata-mata ingin berada di sisi isterinya Nazirah Ayub, 24, yang dijangka bersalin pada bila-bila masa pada bulan depan.
"Saya akan tolak semua tawaran kerja di luar Kuala Lumpur bermula hujung bulan ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk isteri saya yang akan bersalin pada bila-bila masa bulan depan.
"Dia (isteri) mahu saya ada ketika bersalin nanti. Jadi tidak mengapalah jika saya terpaksa tolak kerja demi isteri," katanya.
Hos program hiburan MeleTop itu berkata, walaupun dia terpaksa menolak tawaran kerja luar dia masih aktif memenuhi komitmen pengacaraan dan berlakon di sekitar Lembah Klang.
"Kalau ikutkan, banyak juga tawaran mengacara majlis korporat dan makan malam di luar Kuala Lumpur pada bulan ini dan Disember tetapi isteri mahu saya tidak jauh daripadanya pada saat-saat begini.
"Demi isteri, saya ambil saja tawaran kerja yang berdekatan. Tapi saya sempat bergurau kepadanya, keadaan ini hanya untuk anak pertama sahaja," jelasnya.
Mengenai persiapan bergelar bapa, Nabil berkata, dia semakin teruja melayankan ragam isterinya yang sering membeli barangan bayi setiap kali mereka keluar bersama.
"Asalkan keluar sahaja, dia pasti beli barang dan pakaian bayi sedangkan semua keperluan itu sudah dibeli awal-awal lagi.
"Lagi pun, ini adalah pengalaman pertama kami menyambut kelahiran anak, tentulah kami berdua berasa teruja," kongsinya yang berdebar untuk menyesuaikan diri dengan status bapa kelak.
Nabil dan Nazirah bernikah pada 30 September 2011 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.
- ---

Black Tidak Serik

Posted: 04 Nov 2012 10:19 PM PST

Black berkata sepanjang bergelar artis rakaman pengalaman bekerjasama dengan Malique menerusi lagu Teman Pengganti adalah antara paling berharga buatnya.
PETALING JAYA: Penyanyi Black tidak serik untuk menjalinkan kolaborasi dengan penyanyi rap dan komposer, Malique pada masa akan datang meskipun bekas ahli kumpulan Too Phat itu enggan mengadakan apa-apa persembahan dengannya.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 25, berkata, pengalaman bekerjasama dengan Malique menerusi lagu Teman Pengganti adalah antara paling berharga buatnya.
"Seperti mana kita tahu Malique mempunyai sentuhan magis terhadap lagu-lagu ciptaannya dan peluang bekerjasama dengan beliau adalah sesuatu saya impikan.
"Walaupun beliau enggan mengadakan persembahan dengan saya untuk lagu tersebut saya menghormati keputusannya dan ingin bekerjasama lagi pada masa akan datang," ujarnya .
Teman Pengganti yang popular ketika ini adalah ilham melodi pembukaan lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.
Black dan RJ ketika mempersembahkan lagu Teman Pengganti semasa pelancaran Shout! Awards di Kuala Lumpur minggu lalu.
Lagu tersebut turut layak bertanding di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke 27 yang bakal berlangsung pada 25 November 2012 (Separuh Akhir 3).
Dalam pada itu, Black berkata, penampilan pengurusnya iaitu Helmy Hamdan sebagai pengganti tempat Malique untuk persembahan lagu tersebut secara "live" adalah tepat.
Black berkata, dia tidak menyangka Helmy mempunyai bakat besar sebagai penyanyi rap malah Malique sendiri menyukai cara Helmy membawakan lagu tersebut.
"Sebenarnya sebelum mengambil Helmy pihak syarikat rakaman telah terlebih dahulu merujuk kepada Malique dan beliau bersetuju selepas berpuas hati dengan gaya persembahan Helmy yang baik," jelasnya.
Tambah Black, dia juga telah memberi nama baru kepada Helmy iaitu RJ (Rapper Jambang) berikutan imejnya yang berjambang.
Sementara itu, Black berkata, album terbarunya akan berada di pasaran pada tahun hadapan dan mengakui mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan kerana mahu hasilnya memuaskan hati peminat.
- ---