Blog Sensasi Ohbayu |
(4 Gambar Panas) Perisik Israel Dibunuh & Diseret Posted: 22 Nov 2012 02:59 AM PST
Teringatkan kisah Saidina Ali ra yang membatalkan hasrat untuk membunuh seorang musuh yang meludahnya kerana bimbang musuh itu akan dibunuhnya bukanlah kerana Allah tetapi kerana nafsunya. Islam tidak menuntut agar kita meniru dan melakukan kezaliman yang sama seperti musuh/kafir. Apatah lagi terhadap jasad yang sudah tidak bernyawa. Sumber Comments |
(Terkini) Lisa Surihani Mungkin Dapat Anak Kembar Posted: 22 Nov 2012 02:57 AM PST Saya tak menolak mungkin kami boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya. Lisa Surihani Mungkin Dapat Anak Kembar. LAPAN bulan menyemai cinta di alam rumahtangga, ternyata setiap momen bahagia itu dinikmati dan dihargai oleh pelakon yang cukup dekat di hati masyarakat. Tentu sekali kita sedang berbicara mengenai si cantik manis Lisa Surihani Mohamed, 26, dan pasangannya Yusry Abdul Halim, 39. Kemana-mana pun mereka pergi, kedua-duanya tidak pernah gagal meraih perhatian peminat yang begitu gembira dengan penyatuan dua jiwa itu sebagai suami isteri. Umpama romantiknya pasangan diraja Britain, Putera William dan permaisuri hatinya, Kate Middleton, begitulah juga Yusry dan Lisa yang dikatakan begitu secocok dan sepadan bersama. Sengaja menampilkan seri wajah Lisa berseorangan tanpa kehadiran Yusry untuk melengkapkan lagi potret muka depan Pancaindera kali ini, Lisa kelihatan cukup santai pada petang itu. Namun bagai ada kerisauan terukir di wajah Lisa tatkala tangannya mula menjamah nasi goreng kicap yang dipesannya di kafe Istana Budaya selepas sesi pengambaran selesai. "Sebenarnya Lisa rasa bersalah sangat, " katanya ringkas sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu penulis. "Lisa rasa bersalah sebab lepas kahwin ni berat badan makin naik. Nampak makanan yang sedap, mesti nak makan. "Cuba juga kawal, tapi kadang-kala tewas. Mungkin juga macam orang cakap, tengah bahagia agaknya. Tapi sekarang dah susut kembali," katanya dalam derai tawa. Sengaja mengusik pelakon filem Sekali Lagi dan Ombak Rindu ini yang seolah-olah menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Namun, Lisa cepat-cepat menepis usikan itu. "Tak adalah. Belum lagi. Sekarang ini pun kami sedang berusaha untuk dapatkan anak. Tentang berat badan, setakat ini tak ada pula doktor yang kami temui menyarankan saya untuk naikkan berat badan. "Iyalah, memandangkan saya ni kurus sangat dulu, ada juga yang kata begitu. Tapi alhamdulillah, doktor pun tak minta saya naikkan berat badan dan saya sihat," katanya. Lanjut bercerita mengenai anak, kata Lisa, dia tidak setuju jika ada yang mengatakan dia mahu merancang keluarga seperti sesetengah pasangan suami isteri lain yang baru berkahwin. Menyedari bahawa ada pasangan yang membuat keputusan begitu kerana mahu menikmati masa berdua dan enggan terbeban dengan anak, kata Lisa, perkara itu tidak berlaku pada dia dan Yusry. "Untuk kehamilan pertama, saya dan Yusry kalau boleh mahu anak cepat. Kami ambil kata-kata orang lama yang banyak menasihatkan agar usah merancang keluarga untuk kehamilan pertama. "Bagi kami, anak itu adalah rezeki. Tuhan nak beri kita terima. Tapi untuk anak kedua, saya dan Yusry dah bersetuju yang kemungkinan kami akan merancang. Itu baru cara yang betul kalau kita sebut pasal bab merancang keluarga. "Orang kita sekarang ni banyak yang dah salah faham. "Ramai ingat yang kehamilan pertama perlu dirancang, padahal yang disarankan adalah untuk kehamilan kedua. "Tapi nak merancang pun, kenalah berpada-pada. Banyak faktor kena ambil kira. Perkara ini pun dah diterangkan dalam kursus pra perkahwinan. "Biasanya, dari segi kewangan, kerjaya dan macam-macam lagi," katanya panjang lebar. Diminta jaga diriSemestinya, sebagai seorang wanita yang melalui fasa hidup sebagai seorang isteri, anak keempat daripada lima beradik ini juga mahu bergelar ibu sama seperti wanita lain. Mempunyai suami prihatin dan penyayang seperti Yusry tentu sekali menyebabkan Lisa dalam masa yang sama turut dicemburui ramai. Mungkin juga sebagai langkah dan usaha mereka untuk menimang cahaya mata, kongsi Lisa, suaminya itu kerap kali memintanya supaya sering menjaga diri. "Ada jugalah masa-masanya, Yusry minta supaya saya berhati-hati ketika melangkah kemana-mana. Macam-macamlah pesanan dia. "Jangan jalan laju-laju sangat, jangan selalu sangat pakai kasut tinggi, jaga pemakanan, pendek kata dia memang banyak berpesan pada saya," katanya. Bimbang dikatakan terlalu sibuk bekerja, jelas Lisa lagi, sebenarnya apa yang dilihat orang itu adalah tidak benar. Meski dilihat memiliki jadual yang padat, baginya, dia masih mempunyai masa untuk mencurah khidmatnya sebagai isteri kepada suami tersayang. Seronok dapat kembarIbarat satu soalan lazim untuk mana-mana pasangan yang baru berkahwin bila ditanya soal anak. Soalan susulan tentunya akan muncul dan ia biasanya berkisar tentang jantina anak pula. Sama seperti Lisa, dia juga mengaku tak pernah surut ditanya dengan soalan-soalan sedemikian. Namun tidak pernah sekali pun dia mengelak untuk menjawab. "Biasalah, orang akan tanya benda-benda begini. Tapi soal jantina sama ada saya atau Yusry, kami berdua tak pernah kisah pun. "Bagi kami anak itu rezeki. Cuma, kalau ditanya dan ikutkan rasa mahu tu, kalau boleh saya nak anak lelaki sebagai anak pertama. "Sebab nanti dia boleh jadi pembimbing pada adik-adiknya. Kalau Yusry pula, dia mahu anak perempuan. "Tapi lagi seronok kalau dapat anak kembar. Kebetulan, masa ibu mengandungkan saya, dia kata saya ada kembar. "Tapi kembar saya tu tak kuat. Saya tak menolak mungkin kami juga boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya. "Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami," katanya. Sebaliknya mengenai isu pementasan Teater Tun Siti Hasmah yang akan berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 9 hingga 19 November ini. Menurut Lisa, dia tahu masih ada pihak yang bercakap mengenai pengambilannya sebagai pelakon pilihan kedua bagi menggantikan Erra Fazira untuk watak Tun Dr. Siti Hasmah ketika muda. Ada yang bertanya, mengapa Lisa sanggup menerima tawaran tersebut memandangkan sebagai seorang pelakon kelas A dalam industri, menjadi pelakon pilihan kedua adalah sesuatu yang memalukan. "Itu pandangan sesetengah pelakon barangkali. Tapi bagi saya jadi yang pertama atau kedua atau ketiga sekalipun, itu bukan satu masalah. "Dalam industri, hal ini sentiasa berlaku. Saya pun bukannya tak pernah terima watak yang sebelumnya disahkan untuk orang lain. Tapi saya terima juga sebab saya faham kadangkala perkara begini akan berlaku "Sejujurnya, saya rasa Erra adalah orang yang tepat sebab dia pernah bawa watak Tun untuk pementasan teater Tun Dr. Mahathir. "Bagi saya ini peluang dan rezeki. Pihak produksi beri kepercayaan pada saya untuk watak ini maka saya akan buat yang terbaik, "katanya. Bercakap mengenai persediaan menjelang hari pementasan, kata Lisa, buat waktu ini, perasaan berdebar masih belum wujud dalam dirinya. "Mungkin juga kerana masa pementasan tu lambat lagi. Tapi itu tak bermakna saya boleh ambil sambil lewa. "Sekarang ni pun, saya banyak buat latihan menghafal skrip, " katanya. Selain itu, mengulas mengenai kritikan ramai yang memandang enteng terhadap penglibatannya buat kali pertama dalam teater, Lisa hadir dalam landskap fikiran yang optimis. Kata Lisa, dia tidak boleh menyuruh semua orang untuk menyukai setiap lakonannya. Malah, dia juga sedar, masih ada kekurangan dan kelemahannya dalam bab lakonan. "Saya selalu ingatkan diri apa yang saya buat dan lalui setiap hari termasuk dalam lakonan, adalah satu proses pembelajaran. "Saya tahu ramai yang kritik dan mula membandingkan saya dengan Erra untuk watak ini. Tapi apa salahnya beri saya peluang untuk mencuba. "Itu jugalah niat saya ketika pertama kali ditawarkan watak ini. Saya tak tolak sebab saya fikir ini adalah peluang dan bodohlah kalau saya tak ambil dan mencabar diri. "Jadi sebagai persediaan, saya sendiri cuba mendalami karakter Tun. Namun, ingin saya ingatkan, apa yang saya paparkan nanti, itu adalah menerusi kreativiti saya sebab saya tahu, sama ada saya atau sesiapa pun, Tun Dr. Siti Hasmah tidak mungkin akan ada penggantinya," katanya mengakhiri perbualan.@utusan |
You are subscribed to email updates from Gempaq Network To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |