Adsense

Ahad, 4 November 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Elly berdiam diri

Posted: 03 Nov 2012 03:49 PM PDT

Enggan ulas gosip putus tunang

Berbeza dirinya dulu yang mudah larut dalam emosi ketika soalan berbaur provokasi diajukan, Elly Mazlein lebih matang dan tenang menangani setiap pertanyaan yang menjurus kepada kehidupan peribadinya.

Lebih 15 tahun mengabdikan diri sebagai insan seni, pengalaman banyak mengubah pemilik nama lengkap, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang bakal menganjak usia 32 tahun, bulan depan.

Saya harus pandang setiap cacat dan cela kehidupan sebagai dugaan yang mematangkan. Apabila kita matang, kita akan lebih bersedia menerima kenyataan hidup meskipun pahit untuk ditelan," Elly Mazlein


"Tiada guna saya berahsia kerana lambat-laun kebenaran akan terbongkar. Cuma untuk ketika ini, saya selesa berdiam diri dan membiarkan masa yang menentukan," itu pendirian Elly ketika soalan mengenai ikatan pertunangan yang dijalin bersama pengarah, Azmi Md Hatta dikatakan terlerai diajukan.

Doakan yang terbaik

Turut menolak daripada mengulas ketika ditanya ke arah mana aliran hubungan mereka sedang bergerak, Elly akui, dia sama seperti manusia lain yang juga mendoakan sesuatu baik akan berlaku dalam kehidupannya. Atas alasan itu, Elly enggan menyatakan ikatan yang diikat sejak Mei tahun lalu sudah berakhir kerana tidak mahu melangkaui perkara yang belum terjadi.

"Sesuatu perkara jika sering diluahkan akan menjadi doa. Lebih baik saya mengunci mulut kerana tidak mahu, kenyataan saya melangkaui takdir Allah. Banyak hati yang perlu saya jaga. Percayalah, sama ada baik atau sebaliknya, saya tidak akan berahsia. Apabila tiba masanya, saya akan berlaku adil kepada semua dengan berterus terang mengenai status diri," katanya lagi.
Pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Februari lalu tetapi ditunda sehingga Disember kerana kesibukannya dan Azmi, namun ketika 2012 makin mendekati penghujung semua itu kekal menjadi tanda tanya.

Elly bagaimanapun percaya, setiap kepincangan yang berlaku akan membentuk dirinya menjadi manusia yang lebih baik.

Ada hikmah

Tidak kesal jika percintaannya ditakdirkan melewati laluan berdarah, Elly yakin, semua itu mempunyai hikmah yang tersembunyi.

"Saya harus pandang setiap cacat dan cela kehidupan sebagai dugaan yang mematangkan. Apabila kita matang, kita akan lebih bersedia menerima kenyataan hidup meskipun pahit untuk ditelan," katanya.

Apakah suratan atau kebetulan, ramai membuat andaian single terbaru Elly yang menanti masa untuk diputarkan stesen radio adalah luahan hatinya terhadap apa yang dilalui ketika ini.

Sabarlah Hati ciptaan Manusia Putih yang diterbitkan EM Entertainment dan edaran Warner Music juga membuktikan kelangsungan Elly sebagai penyanyi, selepas kali terakhir merakamkan album penuh pada 2003 menerusi Atas Nama Cinta.

Bakal muncul dengan filem Awan Dania The Movie yang menemui peminat bulan depan, pemain watak Tania ini berkata, kerinduannya untuk beraksi di layar lebar terubat menerusi produksi arahan Rashid Sibir ini.

Filem keempat lakonannya itu kata Elly, turut menguji apabila dia diserahkan karakter yang jauh berbeza daripada personalitinya yang sebenar.

"Saya akui pada mulanya agak segan kerana Tania digambarkan sebagai seorang pramugari yang mementingkan diri, terlalu yakin serta hidup dalam dunia tersendiri. Perasaan itu hadir mungkin kerana selama ini saya sudah terbiasa membawakan watak baik. Namun sebagai seorang yang dahagakan cabaran, saya kikis perasaan itu.

"Lakonan umpama menduduki peperiksaan. Saya tidak mahu gagal dalam ujian itu, lantas saya sahut cabaran dengan memberikan apa yang dimahukan pengarah. Saya tidak sabar menanti reaksi penonton. Barangkali karakter Tania itu akan membuat mereka
menyampah dengan dirinya yang mengadaada," katanya.

Sudah siap rakam lagu baru

Elly Mazlein menyifatkan dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian meskipun ketika ini peminat lebih mengenalinya sebagai pelakon.

"Niat untuk merakamkan single baru t ida k perna h padam tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan penggambaran drama, fokus saya lebih terarah kepada undangan makan malam. Mungkin ketika itu saya baru jatuh cinta dengan lakonan, membuatkan saya lupa keinginan untuk memiliki single terbaru. Biarpun penat, saya tetap ingin berlakon.

"Tetapi apabila bertemu penyanyi lain dan melihat mereka memperkenalkan lagu terbaru sedangkan saya asyik membawakan lagu lama, terdetik di hati sampai bila saya harus membiarkan diri hanyut dibawa kesibukan.

"Ramadan lalu, saya kosongkan jadual untuk menyiapkan semua urusan berkaitan penerbitan single ini. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan menanti masa untuk diperdengarkan kepada semua," katanya.

Menerusi lagu itu juga, Elly berkata, peminat akan menemui sesuatu yang berbeza terutama pada gaya nyanyian dan penyampaiannya.

"Saya tidak boleh selesa di takuk lama. Masa ber uba h, kemahuan peminat muzik juga berbeza jadi saya cuba penuhi keinginan mereka dengan memberikan lagu bernuansa kontemporari," katanya.

Aksi Mohram memukau

Posted: 03 Nov 2012 03:28 PM PDT

Jika sebelum ini, kumpulan Mohram dianggotai Muhardiman Ismail atau lebih dikenali sebagai Mohar dan Ramli Abdul Hamid mengadakan persembahan ke seluruh pelosok dunia dengan hanya menggunakan instrumen seruling dan rebana, tetapi satu kelainan berlaku apabila mereka juga mampu mendendangkan lagu sama seperti artis berkumpulan serta individu.

Keupayaan Mohram men4 dendangkan lagu sambil bermain alat muzik terserlah dan memukau lebih 5,000 penonton apabila mengadakan Konsert Amanat Musikhat sempena Terengganu International Islamis Art Festival 2012, di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, barubaru ini.

Perlu rebana

Pada persembahan turut disaksikan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Dagang itu, Mohar dan Ramli sambil memalu rebana dan meniup berpadu suara menyampaikan lagu Pusaka, Kisah Si Anak Penyu, Alam yang Sirna dan Wira Lautan. Lagu disampaikan pada konsert itu turut dimuatkan dalam album ketiga bertajuk Alam Mohram yang dilancarkan di Kuala Lumpur, awal bulan lalu.

Alam Mohram adalah album ketiga kumpulan itu berikutan kejayaan album terdahulu, Sakti dan Antarssukha. Akan tetapi, ini adalah album pertama mereka yang menampilkan persembahan vokal Mohar dan Ramli.

Bagi memantapkan konsert yang turut disaksikan Pengurus Besar TTI Management Sdn Bhd, Engku Md Azmi Engku Abdul Rahman, Mohram tidak keseorangan, sebaliknya mengundang beberapa pemuzik kumpulan SUKTRA dan seorang pemuzik kaligrafer kelahiran Iran, Bahman Panahi yang bermain alat muzik tradisional Arab.

Cabar diri
Mengulas mengenai album selepas berakhirnya konsert selama tiga jam itu, Mohar melahirkan perasaan puas hati kerana konsert yang diadakan mendapat sambutan luar dugaan peminat seni suara di Terengganu.

"Kami mencabar diri kami sendiri dalam penerbitan album ini. Selain penambahan vokal, lagu dalam album terbaru kami memuatkan jenis rentak dan irama berbeza, ini permulaan baru bagi kami untuk menghadapi persaingan akan datang.

Kami juga mengehadkan bilangan instrumen. Bagi kami, ini adalah satu cara menggalakkan pemuzik tempatan kita menjadi lebih berhatihati, kerana apabila mereka memilih untuk memainkan lagu kami, mereka perlu lebih peka dalam prestasi mereka," katanya menjelaskan album Alam Mohram adalah kesinambungan perjalanan muzik kumpulan itu, evolusi personaliti muzik yang unik.

Mohram memperoleh inspirasi untuk album terbaru mereka hasil lawatan ke Kuala Terengganu, di mana Mohar dan Ramli kagum dengan usaha kerajaan Terengganu dalam usaha mengimbangi pembangunan serta berusaha pemuliharaan alam sekitar.

Mohram secara rasmi dilantik sebagai duta TTI juga mahu memberi tumpuan kepada usaha kerajaan negeri memartabatkan penulisan seni khat.