Adsense

Jumaat, 19 Oktober 2012

Zon Artis

Zon Artis


Scha Al Yahya Tertekan & Kecewa Dituduh Mencuri

Posted: 19 Oct 2012 06:18 AM PDT

SCHA AL YAHYA CURI PAKAIAN

Berita high value hari ini! Scha Al Yahya mengakui yang dia sangat tertekan apabila namanya menjadi sebutan dan bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir berkata, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya termasuk suaminya, Awal walaupun dia tidak melakukan perkara itu. Seperti kata Scha kepada mStar:-

"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu. Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin. Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar,"

Sebagai flashback (imbas semula), pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.

SCHA AL YAHYA CURI PAKAIAN

Selepas pelbagai spekulasi timbul, nama Scha dan Awal menjadi sebutan apabila dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.

Ekoran terpalit dengan gosip yang nyata mencemarkan nama mereka sebagai selebriti yang dikenali, Scha telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu untuk bertanya mengenai kes kecurian yang diperkatakan. Ini kata Scha:-

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada."

Daripada jawapan yang diberikan oleh pihak pengurusan gedung pakaian tersebut, Scha menyatakan yang dia ada meminta supaya mereka dapat membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar. Namun gagal.

"Saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian."

Psstt: Adakah anda mampu membuat lukisan seperti ini?

Related Posts with Thumbnails

Gagal Bercerai Secara Baik, A Aida Mohon Fasakh

Posted: 19 Oct 2012 12:00 AM PDT

A AIDA BERCERAI

Selepas gagal mencapai persetujuan bercerai secara baik dengan suaminya, pelakon dan penerbit drama, A Aida akan memfailkan permohonan untuk menamatkan ikatan perkahwinan melalui fasakh minggu depan.

A Aida dan suaminya, yang merupakan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Suffian Sulaiman, gagal mencapai persetujuan untuk bercerai secara baik.

Peguam syarie yang mewakili A Aida iaitu Zulkifli Che Yong ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur berkata, pihaknya menarik balik permohonan bercerai secara baik dalam kes berkenaan.

"Beberapa perbincangan telah dibuat melalui peguam dan beberapa draf cadangan, namun kedua-dua pihak masih tidak dapat mencapai persetujuan secara baik,"

Sementara itu, A Aida pula berkata, keputusan membuat permohonan fasakh itu dibuat setelah suaminya mengemukakan beberapa cadangan bersyarat yang tidak masuk akal serta banyak memihak kepada suaminya itu.

Psstt: Awesome habis lukisan akrilik pada badan manusia ni~ Jom tengok!

Related Posts with Thumbnails