Adsense

Isnin, 15 Oktober 2012

Zon Artis

Zon Artis


Farid Kamil & Diana Danielle Nikah 3 November

Posted: 15 Oct 2012 09:41 AM PDT

Gambar Kahwin Farid Kamil Dan Diana Danielle

Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya terjawab bilamana Farid Kamil pada pra tonton filem Pe3 semalam mengesahkan yang mereka akan melangsungkan pernikahan pada 3 November depan namun tidak menyatakan lebih lanjut mengenainya.

Seperti kata Farid Kamil:-

"Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami,"

Bagi yang belum tahu, Farid Kamil dan Diana Danielle telah bertunang secara diam-diam pada 1 September lalu dan majlis tersebut diadakan di kediaman Diana Danielle di Damansara. Majlis tersebut dikhabarkan dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Zon Artis: Kami doakan semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. Amin~

Related Posts with Thumbnails