Adsense

Rabu, 17 Oktober 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Farid Kamil Dan Diana Danielle Bakal Nikah 3 November Ini

Posted: 15 Oct 2012 06:27 PM PDT

Farid Kamil Dan Diana Danielle Bakal Nikah
Farid Kamil yang telah bertunang dengan Diana Danielle dalam diam pada 1 September yang lalu, akhirnya mengumumkan yang mereka berdua akan bernikah pada 3 November ini.. Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid Kamil pada malam pra tonton filem Petiga arahan dan lakonan terbarunya, di Bandar Sunway malam Isnin yang lepas. Farid Kamil dan Diana Danielle dikatakan telah sepakat memilih bulan November kerana ia merupakan bulan kelahiran Diana Danielle…

"Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, saya mengumumkan bahawa saya dan Diana akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini.

"Saya berharap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami,"

"Buat peminat, saya harap mereka tidak terkejut dengan pengumuman ini. Memang saya berniat untuk umumkan hari ini kerana semua media ada dan saya mahu bertindak adil pada semua,"

Dengarnya, majlis pernikahan mereka berdua akan diadakan di Hotel Flamingo pada sebelah pagi manakala majlis resepsi pula akan dilangsungkan pada 21 November, sehari sebelum birthday Diana Danielle dan resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan pada bulan Disember.

Bagaimanapun, difahamkan mereka berdua belum lagi mengambil khursus perkahwinan dan akan dilakukan dalam masa terdekat..