Harian Metro: Rap |
Posted: 26 Oct 2012 07:34 AM PDT MUNGKIN namanya kurang menyerlah di kalangan peminat dunia seni tanah air. Perkembangan kariernya juga kurang diikuti ramai. Namun itu bukanlah alasan besar buat Keena Mentor menghentikan terus perjuangannya dalam bidang seni. Percaya kepada rezeki yang ditentukan Allah pada setiap hamba-Nya, gadis berusia 25 tahun yang bernama sebenar Suriana Abdul Wahab ini tidak pernah gentar menongkah arus yang datang. Hasilnya, selepas empat tahun meninggalkan Mentor 3 pada 2009, gadis kelahiran Kelantan yang pernah bergelar protege Awie ini masih bertahan dalam bidang yang diminatinya. Pelbagai perancangan dirangka untuk mengembangkan lagi kariernya. Bukan sekadar berbakat dalam nyanyian dan lakonan, bahkan Keena boleh dianggap anak seni versatil kerana berkebolehan menulis novel serta melukis.
Tambah Keena, single pertamanya, Cinta Luluh berjaya diterima baik oleh peminat. Untuk terus kekal bersaing, dia perlu produk terbaru dan sekarang dia tampil dengan single kedua berjudul Hitam Puteh. "Lagu ciptaan Sam/Kuman ini dinyanyikan secara duet dengan penyanyi Farhan Haidid. Saya yakin percubaan ini akan diterima baik kerana konsep begini sememangnya menjadi trend di kalangan peminat. "Bercakap mengenai lakonan pula, saya sebenarnya sudah lama berlakon dan kemunculan pertama adalah menerusi filem Cinta Fotokopi membawa watak tambahan. "Selepas itu, watak saya terus berkembang menerusi drama siri Nur, Akademi Polis, Hotel Mania, Cinta Liasari dan terbaru Abang Misi sebanyak 13 episod terbitan Juanridz Pictures Sdn Bhd. "Dalam pada sibuk menyanyi dan berlakon, novel berjudul Cinta Luluh juga sudah siap dan menunggu masa untuk dilancarkan. Malah saya turut berjaya siapkan lukisan berkonsep abstrak sebanyak 30 keping yang sedia dijual pada bila-bila masa. "Menambah lagi mungkin sudah rezeki, saya juga baru selesai berlakon teater pertama berjudul Nurnilamsari bersama kumpulan Anak Seni Warisan Selangor & Kuala Lumpur (Aswa). Saya pasti akan berlakon lagi sekiranya ada peluang selepas ini. "Selain itu, saya juga kerap buat iklan komersial dan bertambah menggembirakan, saya baru habis buat 'meminjam suara' untuk siri animasi The Almighty Dark dalam bahasa Melayu. "Sepanjang November, saya akan terbabit dengan sesi jelajah Aman College. Saya pernah menyanyi untuk mereka ketika majlis rumah terbuka dan selepas itu saya terus ditawarkan terbabit dalam program mereka. "Kebolehan saya tak berhenti di sini kerana saya juga buat pakej mengacara. Selepas ini saya akan mengacara sebuah program TV sebanyak 13 episod," katanya yang turut berlakon filem berjudul Aiman Tak Kisah dan Tokak terbitan Mar Energetic. Pengorbanan datang dalam pelbagai bentuk. Buat pertama kali dalam kariernya, Keena terpaksa berkorban meraikan ketibaan Aidiladha atau sinonim dengan panggilan Hari Raya Haji di perantauan. Tuah menyebelahinya apabila diundang menjayakan persembahan di Abu Dhabi, sempena sambutan Aidiladha untuk kakitangan kedutaan dan pelajar Malaysia di sana semalam (26 Oktober). Ditemani kakaknya, Suriani, Keena sudah berangkat meninggalkan Malaysia pada 23 Oktober (Selasa lalu) untuk menjalani latihan dengan band dan koir yang disediakan. Mereka dijadualkan pulang pada 28 Oktober. "Memang agak sedih juga kerana sebagai anak bongsu daripada lapan adik beradik, saya biasanya sambut Aidiladha bersama keluarga. Tapi kalau difikirkan, peluang ini bukannya selalu hadir. "Bahkan, ia ditunggu-tunggu oleh semua artis tanah air yang belum berkesempatan merasainya. Saya nak kejar sesuatu dalam karier. Sayanglah nak tolak kerana peluang begini sukar nak diperoleh lagi. "Biarlah saya rasa pengalaman sambut Aidiladha di tempat orang pula. Lagipun saya ditemani kakak. Sekurang-kurangnya tak terasa sunyi dan terasing sangat nanti. "Untuk persembahan ini, saya akan menyampaikan lagu Someone Like You nyanyian Adele, Aku Tak Biasa (Alda) dan lagu sendiri Cinta Luluh. Awalnya saya disuruh menyanyikan lagu Arab, tapi saya yang minta nak nyanyikan lagu sendiri. "Saya dikira mewakili negara, takkanlah saya nak menyanyikan lagu orang lain pula kerana persembahan ini akan turut ditonton oleh jemputan luar, sudah pasti saya akan buat yang terbaik," katanya yang menyediakan pakaian yang sesuai antaranya baju kurung. Mengulas mengenai pemilihannya, Keena berkata, segala-galanya ditetapkan oleh kedutaan Malaysia. Ia berdasarkan pengalamannya menyanyi di kelab dan pernah menyanyikan lagu-lagu Inggeris. "Ramai yang tak tahu saya sebenarnya bermula di kelab sebelum menyertai Mentor. "Selepas masuk Mentor, barulah saya bergerak menyanyi secara solo. Keakraban Keena dengan Wan Cromok, pemilik syarikat Juanridz Pictures Sdn Bhd menerbitkan persoalan apakah mereka sedang bercinta? Namun pantas dia menafikan dan menjelaskan hubungan mereka tidak ubah seperti adik dan abang. "Saya kenal dia sejak berlakon drama Nur lagi. Kebetulan pula dia berasal dari Kelantan, jadi hubungan kami terus rapat. Saya juga banyak belajar mengenai lakonan daripadanya. "Bagaimana kami boleh dikatakan kami bercinta kerana dia sudah ada kekasih. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/26 |
Posted: 26 Oct 2012 07:21 AM PDT AIDILADHA kali ini cukup bermakna buat pasangan personaliti RTM, Siti Murni Abdul Aziz, 26, dan Hisham Salleh. Anak tunggal mereka, Nur Irfan Wafiy, dua bulan 17 hari, kini sudah boleh dibawa berjalan jauh. Ketika ditemui di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, Siti Murni yang mudah senyum ini bagaikan tidak sabar membawa anak kesayangan meraikan Hari Raya Korban di rumah mentuanya di Miri, Sarawak. "Ikutkan sebagai orang Kelantan, Aidiladha diraikan cukup meriah di kampung halaman saya, Cuma sebagai isteri terpaksalah saya mengalah bila suami mengajak beraya di kampung halamannya. Maklum saja kehadiran Wafiy cukup bermakna pada keluarga Hisham kerana dia cucu pertama. "Bagi pihak saya pula, entah berapa puluh cucu emak dan ayah saya? Moga kehadiran kami di Sarawak nanti akan disambut mesra," katanya.
Siti Murni dan Hisham bernikah pada Mei tahun lalu dikurniakan bayi pertama pada 5 Ogos lalu. Kedua-duanya menganggap kehadiran Wafiy sebagai hadiah berharga daripada Tuhan pada detik umat Islam mahu meraikan Aidilfitri lalu "Baru saya tahu bagaimana risau hati seorang ayah apabila anak sakit, apatah lagi anak pertama. Ibu bapa saya dari Miri pun risau hingga sanggup terbang menjaga Wafiy, begitu juga keluarga isteri saya tidak lekang mendoakan agar Wafiy selamat. Syukur dia tidak ditahan lama," katanya. Selain keluarga, sokongan dari rakan taulan turut memberi semangat pada pasangan muda ini. Bagi Siti Murni, perasaannya cukup terharu bila kakitangan dan personaliti RTM lain termasuklah Hani Hamid, Shahril Sharafudin dan Normazalina Mohd Noor datang menjenguk mereka di rumah. "Saya rasa terhibur dan bersemangat menjadi ibu apabila rakan sekerja beri sokongan moral. Saya juga tidak sabar membawa Wafiy ke kampung halaman saya pula pada Hari Natal nanti kerana pada hari itu saya dan Hisham sudah memohon untuk bercuti lagi," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |