Adsense

Sabtu, 27 Oktober 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Dugaan Oki

Posted: 26 Oct 2012 03:50 PM PDT

Deretan prestasi yang diraihnya pada usia muda menyerlahkan kekaguman ramai kepada Oki Setiana Dewi. Pada usia 23 tahun, gadis kelahiran Batam, Indonesia pada 13 Januari 1989 itu mengecap himpunan kemanisan hasil penerokaan seninya sebagai aktres, penulis juga bintang komersial.

Di sebalik segala kemanisan itu, Oki pernah dijamah dugaan yang menguji kekuatan imannya. Cemuhan diterima hanya kerana mengambil keputusan bertudung tidak mengubah pendiriannya untuk membuktikan wanita sepertinya mampu bernafas di layar lebar.

Kejayaan filem mega, Ketika Cinta Bertasbih, tiga tahun lalu adalah jawapan Allah terhadap keengganannya tunduk kepada cemuhan sutradara dengan mempertahankan prinsip keimanannya.
"Allah akhirnya memberikan saya jawapan kenapa dulu saya bertegas untuk tidak mendedahkan aurat ketika diminta pengarah. Saya tidak harus mengorbankan aurat kerana saya masih mendapat tempat istimewa terutama dalam karya berteraskan keagamaan," katanya.

Dunia hiburan bukan sesuatu yang asing bagi graduan Fakulti Ilmu Budaya, Universitas Indonesia itu kerana sejak di bangku sekolah lagi, pelbagai pertandingan lakonan pernah disertainya.

Laluannya bermula dengan kegagalan hingga Oki memutuskan untuk beralih kepada dunia peragaan yang menghadiahkan pelbagai kemenangan.

Popularitinya menjalar di Batam, malah kejayaan demi kejayaan yang diraih membuatkan peserta lain memprotes kerana tidak berpeluang muncul juara.
Enggan kemampuannya hanya terbatas di situ, ana k su lung pasanga n Suliyanto dan Yunifah Lismawati itu merantau sendirian ke Jakarta untuk melanjutkan mimpinya.

"Ternyata Jakarta tidak seperti yang saya mimpikan.

Saya tidak hanya bersaing dengan diri, sebaliknya ramai lagi yang memiliki bakat jauh lebih tinggi. Saya dikenali di Batam, tetapi saya bukan siapa-siapa di Jakarta. Saya terpaksa berusaha keras, mendaki satu demi satu tangga rumah produksi untuk menjual bakat," imbas Oki akan perjalanan awal yang dilaluinya.

Di tengah usahanya itu, Oki menerima cubaan berat apabila ibu kesayangan menderita penyakit berbahaya. Ketika itu, Oki yang hanya memiliki sehelai baju lengan panjang dan tudung duduk bersimpuh memanjatkan doa kepada Allah.

Saat itu juga hatinya nekad untuk berhijab, tanpa mengharapkan balasan besar Allah kecuali menyembuhkan penderitaan ibunya.

"Bermula dari detik itu, jerih payah saya mula menampakkan hasil. Beberapa rumah produksi menghubungi tetapi sebaik mengetahui saya bertudung, mereka mencebik dan mengeluarkan pelbagai kata pedas," kata Oki mengimbas kenangan tujuh tahun lalu.

Isu Rozita Che Wan lagi

Posted: 26 Oct 2012 03:48 PM PDT

Lagi lagi kontroversi pasal Rozita Che Wan. Nampak gayanya, kontroversi bagaikan tak boleh berenggang dengan pelakon yang baru saja pulang bercuti ke London dan Paris, awal bulan ini.

Selain kisah peribadi mengaitkan dirinya dengan artis muda, dikaitkan dengan VIP dan masuk wad hospital gara-gara sakit, terbaru kisah mengenai penyebaran kononnya gambar bogel seorang wanita yang tersebar di internet dikatakan menyerupai dirinya.

Gambar erotik berkenaan difahamkan diambil menerusi perbualan rakaman video. Namun, pengacara program bual bicara Primadona di Astro Prima itu menafikan sekeras-kerasnya individu berkenaan adalah dirinya. Hakikatnya, Rozita seperti kenyataannya dalam portal murai.com.my menjelaskan dia sendiri tidak tahu menggunakan aplikasi video chat atau rakaman video.
Lebih lucu dalam kenyataannya, Rozita berkata, ramai wanita dan golongan lembut teringin memiliki wajah sepertinya. Gambar yang tersebar itu dikatakan sudah disiarkan di sebuah laman blog awal tahun ini dan wanita dalam gambar itu juga dikatakan digilai ramai kerana memiliki wajah seperti Rozita.