Adsense

Ahad, 30 September 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Posted: 30 Sep 2012 05:44 PM PDT

Budiey nak ucapkan tahniah sekali lagi, walaupun dah ucap di Twitter, kat blog pun nak jugak cakap yang penyanyi bergelar Dato' ini memang layak menerima dari Bernama Radio 24. Nampaknya, bertambah lagi koleksi anugerah di rumah Siti. Tahniah, semoga anugerah ini akan membuka ruang rezeki untuk beliau di masa akan datang.

Budiey ada dengar yang Siti mahu kuruskan badan sehingga 50kg. Tapi lihat pada gambar sekarang, Budiey rasa Siti dah kurus pun. Kalau dapat kuruskan lagi, rasanya lagi bagus sebab Siti akan nampak cantik macam zaman gadis-gadis dulu. Katanya, dia mahu kurus sebab mahu nampak cantik di kaca TV. Biasalah, kat dalam TV memang nampak berisi dan lebar sikit, bukan sebab tv sekarang bersaiz lebar tapi memang macam tu la biasanya berat kita akan jadi dua kali ganda dengan saiz di luar kaca tv.

 

Penyanyi tersohor tanahair telah menerima Anugerah Ikon Hiburan dari BERNAMA Radio 24 dalam satu majlis khas bersempena ulangtahun kelima BERNAMA Radio 24 di Sticky Fingers Bistro, Pavilion yang diadakan pada hari Sabtu lalu tanggal 30 Oktober 2012.

Penglibatan Dato' Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian sejak sedekad yang lalu sehingga mengharumkan nama Malaysia dengan meraih ratusan kejayaan baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa menjadi sebab mengapa wanita kelahiran Kampung Awah, Temerloh ini dipilih merangkul anugerah tersebut.

Selain pelantun "Biarlah Rahsia" itu, empat lagi individu yang memiliki personaliti menarik turut menerima penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menerima anugerah bagi kategori Jabatan/Agensi Kerajaan; Pesuruhjaya SUHAKAM, Mohd Shaani Abdullah bagi kategori Institusi Kebangsaan; Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia, Datuk Naim Mohamed selaku dan bagi kategori Media.

BERNAMA Radio 24 yang mula beroperasi sejak 2007 membawakan saluan berita terpantas dan terkini dengan intipati menarik buat pendengar mereka. Boleh dilayari pada frekuensi FM 93.9 di Lembah Klang dan FM 107.5 di negeri Johor, BERNAMA Radio 24 terus memperkukuh peranannya selaku penyampai maklumat terkini yang tepat. Sumber Portal Gua & Photo dari Facebook Mistahery.

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Aliff Aziz Mengalami Sesak Dada Bukan Sakit Jantung

Posted: 30 Sep 2012 05:21 PM PDT

Penyanyi dari , Aliff Aziz yang baru sahaja putus cinta dengan pelakon dikhabarkan telah mengalami sakit dada dan sesak nafas, dipercayai kurang rehat dan tak cukup tidur. Ada spekulasi menyebut, segala berpunca gara-gara emosi beliau yang agak terganggu kebelakangan ini apabila berita tentang hubungan cinta dengan telah putus diperkatakan.

Dalam Melodi semalam, Budiey ada dengar yang Aliff Aziz akan mengadakan sidang media untuk memberikan kenyataan sebab-sebab mengapa hubungan cintanya putus. Dijangka sidang media akan berlangsung pada minggu ini. Namun, Budiey masih belum menerima apa-apa undangan untuk menghadiri mana-mana sidang media yang melihatkan Aliff Aziz. Namun, mungkin juga Aliff Aziz bakal ditemubual semasa sidang media Anugerah Industri Muzik 19 yang akan diadakan pada hari Rabu ini. Mungkin jugak.

Penyanyi tinggi lampai ini telah dikejarkan ke hospital pada pagi semalam selepas mengadu sakit dada dan kini sedang berehat di rumahnya setelah dilepaskan pihak doktor.

Menurut pengurusnya, Adlina dari syarikat rakaman Sony Music Malaysia yang dihubungi oleh wartawan , penyanyi muda itu dijadualkan membuat persembahan sempena 2012 anjuran apabila mengadu sakit dada.

"Masa saya ambil dia di rumah, dia okay. Boleh gelak-gelak. Tapi bila kami sampai di 'venue', dia mengadu sakit dada, tak boleh nafas," katanya.

Aliff dibawa ke sebelum dihantar ke untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar.

"Doktor kata dia sesak nafas bukannya diserang . Doktor mengesyaki mungkin dia tak cukup tidur. Dia kena buat rawatan susulan esok. Ini kali pertama ia berlaku. Doktor nasihatkan dia untuk banyak berehat."

Selepas persembahannya di PJ Half Marathon, Aliff sepatutnya terbang ke Singapura untuk menjalani sesi latihan di , Singapura untuk sebuah persembahan pada 12 Oktober ini.

Budiey doakan semoga Aliff Aziz cepat sembuh.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: