Adsense

Sabtu, 22 September 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Pelancaran Drama Dendam Sarakit

Posted: 22 Sep 2012 10:23 PM PDT

Pengarah iaitu Fairuz Loy menolak dakwaan kononnya konsep drama itu mempunyai persamaan dengan Thailand berjudul Nang Nak (1999).

Fairuz berkata, dakwaan berkenaan timbul berdasarkan tafsiran dan pandangan peribadi pihak tertentu dan ia bukan gambaran sebenar tema dan plot drama sebanyak 13 episod tersebut.

"Kalau ada yang anggap drama ini mempunyai persamaan dengan Nang Nak, ia mungkin berlaku secara kebetulan. Sukar untuk saya menjelaskan secara terperinci kerana karya ini ditulis oleh orang lain, di mana saya hanya bertindak sebagai pengarah sahaja.

"Namun, apa yang saya tekankan dalam drama ini adalah mengenai aspek roh, "qarin" dan isu agama. Plot drama ini sebenarnya berasaskan hubungan cinta antara suami isteri dan bekas kekasih.

"Kalau dinilai secara kasar pun, kita boleh melihat perbezaan pada konsep dan tema di antara drama ini dan filem yang dimaksudkan itu."

Drama yang dibintangi antaranya , Zain Hamid (Ruffedge), , , dan itu menjalani penggambaran di , Thailand dan Kuala Lumpur selama 32 hari.

Ia akan ditayangkan bermula 27 September ini pada setiap Khamis, pukul 10 malam dalam slot Seram di TV3.

Mengenai lokasi penggambaran di Betong, Fairuz berkata, pemilihan lokasi itu dibuat kerana mahu memberikan kelainan pada visual drama tersebut.

"Kami mahu memberikan visual latar belakang yang berbeza pada drama ini. Selama ini, kebanyakan drama atau filem yang berlatarkan suasana kampung atau pedalaman, pasti visualnya lebih kurang sama.

"Memandangkan kami mempunyai jaringan hubungan di sana, mengapa tidak drama ini dirakamkan di Betong. Malah, visual perkampungan Thailand itu lebih realistik dan relevan dengan tema drama ini," katanya.

Dendam Sarakit berkisar mengenai pasangan suami isteri iaitu Sarakit lakonan Fouziah Gous dan Rafiq (Zain Hamid) yang berjanji untuk sehidup semati walau apa pun halangan mendatang.Namun, cinta Sarakit tidak kesampaian apabila dia ditimpa musibah kerana dirogol dan dibunuh ketika sedang hamil.

Apabila "qarin" Sarakit dipuja oleh Dina (Sharifah Sakinah) bagi tujuan menambat hati Rafiq, dia kembali membalas dendam terhadap orang-orang yang menyebabkan kematiannya.

Zain Hamid & Fouziah Gous

Zain Hamid & Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous sebagai Sarakit

Fouziah Gous sebagai Sarakit

Datin Noniswara

Datin Noniswara

Datin Noniswara sebagai Puan Mariam

Datin Noniswara sebagai Puan Mariam

Saiful Nizen

Saiful Nizen

Jobot, Adam Shah, Saiful Nizen

Jobot, Adam Shah, Saiful Nizen

Zain Hamid

Zain Hamid

Zain Hamid sebagai Rafiq

Zain Hamid sebagai Rafiq

Pengarah Dendam Sarakit - Fairuz Loy

Pengarah Dendam Sarakit – Fairuz Loy

Jobot

Adam Shah sebagai Ramdi

Adam Shah sebagai Ramdi

Adam Shah (1)

Adam Shah

Fouziah Gous & Zain Hamid

Fouziah Gous & Zain Hamid

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Sinopsis Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Posted: 22 Sep 2012 08:58 PM PDT

Syarikat Penerbit : Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd. & Skop Production Sdn. Bhd.
Penerbit Eksekutif: Mohd Atlas
Penerbit: Ismaliza Ismail
Pengarah: Isma & Tauke Jambu
Penulis Skrip: Mohd Atlas & Tauke
Pengarah Fotografi: Acai
Pengarah Seni: Rustam
Penyunting: Lutfi
Pengarah Muzik: Zimi Sofazr
Penolong Pengarah: Lutfi
Pengurus Produksi: Zulkefli Majid
Proses Penyuntingan: Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd.
Proses Makmal: Filem Negara Malaysia
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 27 September 2012
Durasi : 89 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

TRAILER FILEM

FILEM SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU
Filem ini memaparkan kisah komedi yang berlaku di sebuah pusat pemulihan mental. Mengikut pengarah filem ini, mesej yang hendak disampaikan kepada penonton ialah sebagai masyarakat kita hendaklah bersikap tidak memandang rendah terhadap orang yang kurang upaya, dan berilah layanan yang sama terhadap mereka. Sebagai masyarakat kita hendaklah berhati-hati sekiranya ingin membeli ubat yang dijual di pasaran, kerana khuatir akan risiko yang dihadapi.

Terdapat banyak unsur humor dan lawak jenaka yang memberi mesej tersirat kepada penonton, dan juga dihiasi lagu-lagu dari band sofazr yang menghiasi latar filem ini.

Sofazr The Movie Jiwa Kacau mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofazr, mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul2by2) bahawa mereka kepenatan dan zack telah membeli ubat trtadisional dari Pak Mastur (Hamdan Senario) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka, tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat Pemulihan yang diberi nama "Pusat pemulihan jiwa kacau" di sinilah mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke jambu), Bob (Jepp Sepahtu), Ar Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha) Attendan Kulai (Mamat Sepah), Attendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi, bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini, Zack dan Wangi (Leez Af) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua berjaya dipulihkan?

Poster Filem Sofaz The Movie Jiwa Kacau

Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini yang tidak siuman di pawagam seluruh negara yang bakal di tayangkan serentak di seluruh negara pada 27 September 2012.

Filem ini arahan sepenuhnya oleh Isma dan Tauke Jambu.

Filem yang berunsurkan komedi ini menampilkan barisan-barisan pelakon seperti Ameer Sofazr, Zimi Sofazr, Fairuz Sofazr, Syah Sofazr, One Sofazr, Rody Sofazr, Zul 2by2 (Zack), Yassin Senario (Kudin), Tauke jambu (Remy), Jepp Sepahtu (Bob), Ar Badul (Dr Bada), Hamid Gurkha (Pak Abu), Adda Butterfly (Jururawat cantik) Leez Af (Wangi).

Filem ini mengambil masa 22 hari penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan bermula pada Mac 2011. Buat pengetahuan pembaca, bajet untuk filem ini, tidak mencecah RM 1 juta.

Pada 17 September lalu, Nusanbakti Corporation Syarikat telah mengadakan sesi previu filem pertama mereka yang berjudul Sofaz The Movie – Jiwa Kacau.

Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: