Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Perbankan Online Kelebihan Gaya Hidup Moden Posted: 13 Sep 2012 01:36 AM PDT Perbankan Online: Kelebihan Gaya Hidup Moden Bagi kebanyakan kita, menjalani kehidupan serba pantas mungkin memberi tekanan serta keletihan. Kemajuan teknologi yang pesat membangun serta melengkapi setiap aspek kehidupan kita tidak menjadikan hidup kita selesa dan memuaskan. Dalam gaya hidup dengan kemodenan serba pantas telah menjadi satu kebiasaan, seseorang itu haruslah menjangkakan gaya hidup yang maju. Namun, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Dengan pelbagai tanggungjawab memenuhi kehidupan seharian kita, ramai individu mendapati menyeimbangkan kerjaya serta menjalankan tugas seharian amat mencabar, terutama sekali bagi mereka yang berasal dari kawasan bandar. Pada mereka, masa adalah sesuatu yang berharga dan tidak boleh dibeli, lalu ia membawa maksud baharu kepada pepatah "Masa itu Emas" kerana ia telah mengubah taraf kehidupan seseorang. Senario ringkas seperti tersangkut di dalam kesesakan jalan raya atau berbaris dalam barisan yang tidak bergerak pasti merupakan pengalaman yang pahit kepada sesiapa saja. Malah, perjalanan 10 minit ke bank juga boleh menjadi perjalanan yang pahit dengan menempuh kesesakan jalan dan mencari tempat letak kereta sebelum berlari mendapatkan nombor giliran di kaunter. Dengan pelbagai had kepada gaya hidup serba pantas terutama sekali di dalam konteks perdagangan dan perbankan, pasti ramai yang mengimpikan supaya setiap urusan serta tugas dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Bukankah elok jika segalanya semudah satu klik dan ia dapat menjimatkan masa dan tenaga? Perbankan internet dan e-dagang telah berkembang pesat sejak kali pertama ia diperkenalkan. Walaupun sudah kurang menjadi sebutan berbanding 10 tahun lalu ketika konsep ini diperkenalkan, kemajuannya selama ini telah memberi kesan kepada jutaan insan, malah memberi kemudahan serta meringkaskan hidup. Menurut beberapa penyelidikan tentang pandangan pelanggan terhadap perbankan online, ramai yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini bagi menyelesaikan keperluan kewangan mereka disebabkan kelebihannya yang mudah dan fleksibel. Sehingga kini, masa telah menjadi faktor penyumbang utama kepada keperluan penggunaan perbankan online. Sistem perbankan digital memberikan pelbagai kelebihan dan aplikasi yang dapat diperoleh dengan serta merta dan mudah. Transaksi, pembayaran pinjaman serta urusan kewangan yang lain boleh diselesaikan tanpa menggunakan sebarang tenaga fizikal mahu pun mental. Ia menjimatkan masa dan tenaga! Tidak disangkal lagi perbankan online adalah kaedah yang datang bersama kelebihan istimewa. Pakar dalam bidang perbankan dan perdagangan menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang dianggap sebagai faktor sekatan kepada perkembangan perbankan online, misalnya seperti kepercayaan, keselamatan online, jantina dan pendidikan. Namun, semakin kita berhadapan dengan kesan positif teknologi baru, kemunculan internet sebagai medium maklumat dan perkhidmatan utama juga memberi kesan membangun terhadap gaya hidup kita. Kesannya, daya tarikan terhadap perbankan internet kini bertambah positif lalu menjadikan perbankan online sebagai kaedah yang digemari dan relevan untuk menyelesaikan urusan kewangan. Kini rakyat Malaysia juga menyedari kelebihan perbankan online. Dalam gaya hidup mereka pada masa kini, media sosial secara online telah menjadi kemestian kepada generasi muda lantas menyaksikan peningkatan dalam penggunaan perbankan online berbanding sebelum ini. Ternyata mereka semakin menerima ciri-ciri perbankan online kerana kemudahan yang ditawarkan untuk menyelesaikan urusan kewangan secara serentak, walaupun untuk melakukan transaksi, penyata laporan atau membeli-belah secara online. Memberikan pandangan peribadinya tentang perbankan digital, Daniel Tok adalah pengguna utama perbankan digital yang telah menerima sistem ini sepenuhnya. Dia merasakan ia telah mengubah gaya hidupnya menjadi lebih baik. "Saya berpendapat perbankan digital telah mengalami evolusi dan berkembang mengikut keperluan pengguna," jelas pengurus sokongan IT berusia 33 tahun. "Bukan saja ia memberi perkhidmatan serta merta dan pantas, tetapi ia merupakan penyelesaian mudah untuk saya kerana saya perlu sentiasa berada di pejabat untuk bekerja. Ia memberikan saya kemudahan tanpa batasan dan menjimatkan masa saya, kerana saya tak perlu membazir masa memandu di dalam kesesakan atau mencari tempat letak kereta untuk melakukan urusan di bank." "Rasanya penggunaan perbankan online semakin tersebar kerana ia kekal relevan kepada pengguna," ujar Mervin Dass, seorang eksekutif akaun. "Dalam bidang yang saya ceburi, saya dapati perkhidmatan online ini amat mudah dan ia sesuai dengan gaya hidup saya, terutama sekali ia memudahkan saya membayar pinjaman, menyemak laporan penyata dan memindahkan wang." Tambahnya lagi, "Hari ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan daripada membayar bil dan cukai, sehinggalah kepada membeli barang dan tiket wayang serta penerbangan. Prosesnya mesra-pengguna dan segala urusan perbankan saya selesai dengan menekan butan tetikus sahaja! Tak perlu beratur lagi!" Vasenta Selvanayagam, seorang penulis online memang percayakan perbankan digital. "Perbankan online adalah kelebihan yang praktikal buat saya, keluarga dan rakan-rakan. Ia mengurangkan tekanan hidup saya kerana saya tahu saya boleh bergantung kepada kemudahan ini untuk menguruskan hidup saya. Saya rasa seperti berhubung dengan seluruh dunia melalui sistem ini," katanya. Daniel menegaskan bahawa, walaupun perbankan digital dan e-dagang semakin popular, masih ramai lagi yang tidak sedar akan kemudahan serta kesannya kepada hidup mereka. Antara contoh yang disebutnya adalah orang ramai masih tidak sedar betapa mudahnya e-filing untuk cukai pendapatan, tanpa mengetahui mereka boleh membayar jumlah berlebihan yang tertunggak melalui system ini. "Terdapat banyak ciri-ciri yang disediakan oleh perbankan digital untuk pengguna supaya mereka boleh bersenang-lenang menjalankan urusan lain," katanya. "Beratur di bank adalah isu masa silam. Kenapa ada yang ingin bersusah-payah untuk berada di 10 buah tempat berbeza bagi melakukan 10 perkara berbeza, sedangkan mereka boleh mengakses apa yang diperlukan dengan satu klik!" jelasnya lagi. Perbincangan perbankan internet berdasarkan perwatakan dan penerimaan pengguna menunjukkan perbankan internet mencerminkan keperluan pengguna untuk menguruskan kewangan dengan pantas, mudah dan lebih penting selamat. Apa yang menarik adalah ia juga mencerminkan budaya kemajuan teknologi dan gaya hidup kita. Kita harus akui bahawa perbankan online adalah revolusi untuk kita maju ke hadapan bagi meningkatkan taraf hidup kita. Alami kemudahan perbankan digital hari ini! Kunjungi cawangan Maybank berhampiran anda dan aktifkan akaun Maybank2u anda sekarang. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.maybank2u.com No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Posted: 13 Sep 2012 01:25 AM PDT Ini berita terbaru yang Budiey terima, Ning Baizura telah mengesahkan dirinya hamil anak pertama. Patutlah badan Ning budiey tengok semakin berisi sikit. Tahniah Budiey ucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura. Akhirnya akan dapat baby jugalah nantil. Berita ini dipetik dari Portal Murai di mana Ning Baizura telah mengakui diri telah hamil 3 bulan dan satu sidang media akan dibuat tak lama lagi bagi mengumumkan berita ini. Ning nyata tidak berselindung apabila ditanya tentang berita kehamilannya ini. Namun, Ning masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut tentang perkhabaran ini. Ning dan suami, Omar Sharif telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 31 Januari 2008. Tindakan diva soul, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan persembahan di acara "Guinness Arthur's Day" yang bakal berlangsung pada 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara telah pun mendapat pujian daripada pelbagai pihak, khususnya di kalangan fans dan peminat dunia seni hiburan yang selama ini telah menyokong serta mengikuti perkembangan seni nyanyian dan lakonannya selama ini. Terharu dengan pelbagai pujian serta maklum balas yang positif, Ning Baizura berkata, dia amat bersyukur kerana peminat telah menyokong 100 peratus tindakannya itu. "Terima kasih yang tidak terhingga. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Saya juga amat berdiri teguh dengan pendrian saya untuk tidak mahu mempromosikan sesuatu yang menyalahi agama. "Sekali lai, terima kasih peminat kerana menyokong serta menghormati keputusan saya," katanya kepada murai.com.my. Ning Baizura yang baru saja tampil di Malam Gala filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki di GSC Pavilion malam tadi turut beraksi dengan memperdengarkan lagu tema Lagenda Budak Setan 2, Dia Sejati. Dia juga bakal mengadakan sidang media tentang kehamilannya pada minggu depan. Sumber: Portal Murai No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |