Adsense

Khamis, 13 September 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Lisa Surihani Tinggalkan MIG Selepas Lima Tahun

Posted: 12 Sep 2012 10:17 AM PDT

Lisa Surihani Tinggalkan MIG Selepas Lima Tahun
Setelah lima tahun Lisa Surihani berada dibawah naugan Metrowealth (MIG), Akhirnya pada 10 Ogos yang lalu Lisa mengambil keputusan untuk meninggalkan MIG bagi mengembangkan sayapnya dan mengukuhkan kerjaya dan jenama yang sedia ada dengan usaha sendiri. Keputusan meningalkan MIG yang telah difikirkan sejak dua tahun yang lalu telah membuatkan Lisa lebih berdikari dalam bidang lakonan..

"Saya menandatangani kontrak pengurusan artis di bawah MIG selama lima tahun dan ia berakhir pada 10 Ogos lalu. Perkara ini sudah saya pertimbangkan sejak dua tahun lalu lagi tetapi saya berpegang pada janji untuk terus bersama mereka sehingga kontrak tamat."

"Maka, selepas kontrak itu berakhir, kini saya sudah bersedia untuk berdiri sepenuhnya di atas kaki sendiri. Sepanjang tempoh itu, saya amat hargai pengalaman, ilmu dan kerjasama yang terjalin antara kami dalam membantu saya pada aspek kerjaya dan peribadi," (Mstar)

Tambah Lisa Surihani lagi, keputusan yang dibuat tidak mengugat kerjaya seninya malah ia lebih memberi kebebasan dan kematangan untuk dia menerima sesuatu tawaran kerja. Lisa percaya rezeki adalah ketentuan Tuhan dan kita perlu terus berusaha untuk mengecapinya..

Kereta Zed Zaidi Hilang Dipercayai Dicuri

Posted: 12 Sep 2012 01:44 AM PDT

Kereta Zed Zaidi Hilang Dipercayai Dicuri
Petang semalam, kereta kedua Zed Zaidi dilaporkan hilang dipercayai dicuri dalam kejadian di Kondominium Perdana View, Damansara Perdana.. Perkara ini disedari oleh Zed Zaidi ketika pulang daripada sebuah pusat membeli-belah dan ingin melihat kereta nya yang diletakan diluar kondominium sebelum mendapati kereta nya itu sudah hilang..

"Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya.

"Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal," (Mstar)

Zed Zaidi turut kecewa kerana alarm kereta yang dipasangnya tidak berfungsi dan beranggapan pencuri berkenaan mempunyai kepakaran dalam mencuri kenderaan.. Beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meletakkan kenderaan agar kejadian sepertinya tidak berlaku.

Untuk pengetahuan anda, ini kali kedua kereta Zed Zaidi di curi selepas kehilangan sebuah kereta Toyota pada tahun 2007..