Berita Harian: Hip |
Posted: 27 Sep 2012 03:30 PM PDT Nabila belum mahu kahwin, Johan As'ari hanya teman karib Hampir setahun bergelar ibu tunggal, pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 28, kini berkeinginan mempunyai anak lagi selepas cahaya mata perempuannya, Keisha Laila, sudah menjangkau usia dua tahun lebih. Pada wajahnya, jelas terpancar keseronokan apabila bercerita mengenai hasra itu, dan jika diizinkan, Nabila atau lebih mesra disapa Abil, teringin memiliki cahaya mata lelaki.Bagaimanapun, katanya, keinginan berkenaan tidak bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat. Jodoh bukan perkara mudah Apatah lagi akui wanita cekal ini, jodoh sesuai dan menemui lelaki yang boleh menerima dirinya seadanya bukan perkara mudah. "Saya mahu ditemukan dengan lelaki yang boleh menjaga diri dan anak saya. Orang pun tahu saya sudah mempunyai anak dan bukan ramai yang boleh menerima keadaan saya seperti ini. Saya tahu ramai yang menganggap saya bercinta dengan Johan As'ari, tapi, sejujur hati saya nyatakan di sini, saya hanya sayang dia sebagai kawan baik. Seperti dulu, saya pernah rapat dengan Que Haidar, dan kini Johan pula. "Memang saya sangat inginkan anak lelaki, namun, saya tidak mahu berkahwin sekarang. Saya masih mahu menghabiskan masa dengan hobi mengembara. Nanti apabila sudah berkahwin, saya tidak boleh lagi mengembara kerana terikat dengan komitmen," ujarnya. Turut berkongsi pengalamannya di Kenya dan Korea ketika ditemui pada majlis sidang media drama Julia dan Darjat di Sri Pentas, Damansara, Nabila mengaku dia gembira hidup bebas. Bahkan dia sudah pun merancang untuk ke Itali, Jamaica, Thailand, Kemboja dan Laos pula selepas ini. "Nak atau tak nak, saya terpaksa terima keadaan saya sekarang sebab saya yang memilih untuk hidup sendiri. Saya perlu kuat dan saya rasa sangat gembira dengan hidup saya sekarang. "Selepas habis penggambaran, saya akan mengembara. Bila mengembara, saya berkomunikasi dan dapat ramai kawan. Pengalaman bertemu pelbagai jenis orang buat saya gembira. Bisikan Syaitan "November nanti saya merancang untuk ke Itali, dalam 10 hari. Tahun depan pula saya akan ke Jamaica. Saya tak bawa Keisha sebab dia masih kecil lagi. Sepanjang waktu itu, Keisha akan tinggal bersama papanya. Nasib baik dia pun faham minat saya," katanya yang kini masih terikat dengan penggambaran drama Julia, yang ke udara pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 petang. Menjayakan watak utama bergandingan dengan Fizo Omar, Nabila menggemari watak berat seperti itu. Dia juga teruja kerana sehingga kini, dia tidak pernah menghidupkan karakter sama. Di layar perak pula, pelakon ini akan muncul dalam filem Bisikan Syaitan arahan Faizul Rashid, terbitan Grand Brilliance, pada 25 Oktober ini. INFO: Nabila Huda Suhaimi
|
Kartina Dahari derita barah payudara Posted: 27 Sep 2012 03:22 PM PDT Beberapa hari lalu, Cik Normah mendapat perkhabaran kurang gembira daripada seorang teman di Singapura. Menurut rakan yang baik juga dengan artis veteran di sana, penyanyi yang cukup dikenali dengan irama keroncong dan popular sekitar tahun 1960an, Kartina Dahari, kini berperang dengan penyakit yang ditakuti ramai wanita, barah payudara. Kata teman Cik Normah tadi, penyanyi lagu Sayang Disayang itu sudah pun menjalani pembedahan membuang payudaranya dan kini menjalani rawatan kemoterapi. Kalau tidak silap Cik Normah, sebanyak 16 rawatan berkenaan harus dijalani artis veteran ini. Rahsiakan penyakitKartina dikatakan sudah lama menghidap penyakit terbabit, tetapi dia merahsiakannya daripada pengetahuan ramai. Mungkin dia berbuat demikian kerana tidak mahu merisaukan kenalannya. Menurut rakan Cik Normah juga, kini ramai rakan penyanyi itu yang sudah maklum mengenai musibah yang menimpa diri Kartina dan mereka juga menganjurkan majlis bacaan Yasin di masjid, memohon perlindungan Yang maha Esa supaya memanjangkan usia wanita berkenaan. Mungkin peminat dan kenalan Kartina di sini pun akan turut sama mendoakan kesejahteraan Kartina apabila mereka terbaca tulisan Cik Normah. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |