Berita Harian: Hip |
Posted: 25 Sep 2012 03:43 PM PDT Ditimpa bermacam musibah sejak menelusuri langkah sebagai anak seni, tidak pernah mematahkan semangat Alyah untuk meneruskan cita-cita yang lama terpendam. Penyanyi dari Johor ini tidak sekali melihat peristiwa yang menimpanya dari sudut negatif, sebaliknya dia percaya setiap dugaan yang tiba pasti ada hikmah tersirat. Tiga hari dua malam menjalani rawatan di Pusat Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas cedera dihempap tiang lampu di majlis rumah terbuka yang dihadirinya baru-baru ini, Alyah mendapat berita gembira apabila single terbarunya, Kau Yang Terindah dicalonkan dalam Muzik-Muzik.Biar bukan berita yang besar, namun penyanyi berusia 32 tahun ini sudah cukup gembira dengan perkhabaran itu. Dalam keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya, Alyah juga menunjukkan semangat anak seni sejati apabila sudah mula memenuhi pelbagai undangan persembahan. Tiga bulan elak kasut tinggi Menurut pengurusnya, Shuib Ismail, beberapa hari selepas dibenarkan keluar dari wad, Alyah sudah kembali memenuhi undangan nyanyian. Namun, katanya, langkahnya masih perlahan kerana otot serta tisu yang tercedera masih belum pulih sepenuhnya. Alyah juga perlu menjalani dua lagi sesi fisioterapi malah dinasihat doktor supaya tidak memakai kasut tinggi selama tiga bulan. "Walaupun doktor menasihatkan supaya berehat, Alyah tidak boleh duduk diam sebab dia sangat mementingkan kerjaya. Kebetulan pula Alyah sudah terikat dengan beberapa persembahan, jadi kalau boleh dia tidak mahu menghampakan harapan penganjur," katanya. Shuib berkata, doktor juga menasihatkan Alyah supaya tidak memakai kasut terlalu nipis sebaliknya berketinggian seinci bagi mengelak hentakan ketika berjalan. Biarpun terikat dengan pelbagai persembahan, mujur kata Shuib, jadual Alyah tidak begitu padat. Jadi dapatlah penyanyi itu berehat. |
Posted: 25 Sep 2012 03:41 PM PDT Mesej tersebar di laman sosial termasuk Twitter semalam menyebut kononnya bekas anggota kumpulan hip hop terkenal Too Phat, Malique Ibrahim, 35, meninggal dunia akibat barah otak adalah palsu. Ketika dihubungi HIP, Pegawai Promosi Warner Music Malaysia, Anne Mukthar mengesahkan Malique berada dalan keadaan sihat. "Berita kematian Malique adalah tidak benar. Saya tidak tahu siapa yang menyebarkan berita itu."Saya sekarang (ketika dihubungi) berada di rumah Malique dan dia ada di sini. Tetapi dia tidak mahu diganggu. Malique dalam keadaan baik di sisi isterinya, Melissa Maureen," katanya. Sehubungan itu, Anne meminta individu yang menyebar berita palsu itu berhenti daripada melakukannya demi menghormati Malique dan keluarga. "Saya juga terdengar ada orang mengatakan Malique menghidap kanser, ia juga tidak benar," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |