Adsense

Sabtu, 1 September 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Hanya kawan

Posted: 31 Aug 2012 04:10 PM PDT

Digosipkan dengan Randy Pangalila, Mikha Tambayong belum fikir soal cinta

Dikaitkan memiliki hubungan istimewa dengan aktor popular, Randy Pangalila, Mikha Tambayong menafikan sedang dilamun cinta sebaliknya menegaskan keakraban mereka terbatas sekadar teman.

Keakraban mereka mula dihidu apabila dilihat begitu rapat sama ada ketika atau di luar penggambaran hingga ramai membuat spekulasi gadis berusia 18 tahun itu sedang menjalin cinta dengan Randy.

"KAMI MEMANG DEKAT, MALAH PERSAHABATAN KAMI JUGA DIKETAHUI ORANG TUA SAYA.MEREKA TIDAK MEMBANTAH

"Kami berdua memang rapat tetapi tiada sebarang jalinan istimewa," pantas Mikha memintas apabila diminta kepastian mengenai hubungan mereka yang sedang hangat diperkatakan.

Mikha bagaimanapun tidak menafikan Randy yang popular menerusi sinetron, Nada Cinta dan Putih Merah selain Biar Mimpi Sampai Ke Bintang memiliki ciri jejaka yang menjadi idamannya.

Namun gadis yang membolosi dunia lakonan selepas menjadi finalis Gadis Sampul 2008 itu berkata, Randy sekadar tempat untuk dia menumpahkan seluruh isi hatinya.

"Memang kami keluar bersama dan saling berkongsi isi hati atas dasar teman. Rasanya itu bukan sesuatu yang aneh. Tetapi jika menyentuh soal peribadi, keinginan untuk berpacaran belum sampai," katanya.
Agak malu ketika menjawab soalan yang diajukan, Mikha yang mendaki populariti selepas membintangi sinetron, Kepompong dan Nada Cinta berkata, dia dan Randy sudah lama berkenalan.

"Kami memang dekat, malah persahabatan kami juga diketahui orang tua saya. Mereka tidak membantah kerana kebetulan mama memang kenal Randy kerana selalu bertemu ketika menemani saya di lokasi.

"Hati saya belum terbuka untuk berpacaran, cukup sekadar berteman dulu kerana saya masih muda. Saya juga baru lulus sekolah menengah, jadi fokus ketika ini cuma karier dan menyambung pelajaran," katanya.

Hubungan pasangan ini mula dihidu selepas mereka dipertemukan dalam sebuah sinetron, namun kedua-duanya menafikan mereka dilamun cinta.

Bukan prioriti

Sibuk dengan dunia lakonan dan nyanyian, Mikha berkata, dia belum bersedia untuk meletakkan cinta sebagai perkara utama dalam hidupnya.

Memikirkan perjalanan hidupnya yang masih mentah, pemain watak utama filem Gerimis Mengundang itu berkata, orang tuanya lebih selesa jika dia mengutamakan pendidikan.

"Saya mahu menyambung pelajaran. Waktu yang ada ini lebih baik diisi dengan penggambaran dan pelajaran kerana saya punya tanggungjawab untuk diri sendiri dan keluarga," katanya.

Mengakui sedang menggeluti kariernya yang semakin memuncak, Mikha berkata, dia berminat untuk mendalami pengajian undang-undang kerana bercita-cita mahu bergelar peguam.

"Entah kenapa saya tertarik dengan dunia guaman, malah menyimpan angan untuk menangani kes besar apabila ia menjadi kenyataan nanti," katanya.
Mikha yang baru saja menyelesaikan penggambaran filem terbarunya, Falling In Love berkata, ketika ini dia mahu memberi fokus terlebih dulu kepada lakonan dan nyanyian.

"Saya mencintai kedua-dua bidang ini, jadi perlu berusaha keras untuk kekal bertahan. Mujur keluarga tidak mendesak tetapi apabila tiba masanya, saya pasti menyambung semula pelajaran," kata gadis kelahiran Jakarta itu.

Bengkel skrip filem, drama TV

Posted: 31 Aug 2012 04:02 PM PDT

Sejajar perkembangan industri perfileman dan penerbitan drama televisyen, keperluan skrip juga menjadi keperluan mendesak di kalangan syarikat produksi dan produser, hingga ada ketikanya ia menjadi masalah kerana kebanyakan skrip yang sampai di tangan mereka tidak menepati kehendak dan piawaian sebagai sebuah naskhah skrip yang sebenar.

Sehubungan itu, atas kesedaran untuk meneruskan kefahaman dan pendedahan kepada mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam penulisan skrip filem dan drama televisyen, kursus tiga hari mengenainya diadakan menerusi Bengkel Penulisan Skrip Asas Filem & TV yang akan diadakan pada 15-17 September ini.

Kursus berkenaan akan dikendalikan penulis skrip terkenal yang juga pengarah drama dan filem, Kamal Ishak. Bengkel berkenaan akan berlangsung di Takar Emas, No. 6-1, Jalan 5/4C, Desa Melawati, Klang Gate, Ulu Klang, Kuala Lumpur.
Kamal berkata, meskipun beberapa kali kursus atau bengkel skrip dianjurkan pihaknya, ia masih terus mendapat permintaan, maka diadakan lagi untuk penulisan asas skrip filem untuk mereka yang mula mahu berjinak dengan penulisan skrip.

"Bengkel ini terbuka kepada mereka yang benar-benar serius untuk menjadi penulis skrip. Yuran dikenakan ialah RM1,000, iaitu termasuk kos pemberian nota, latihan, tayangan dan sijil. Untuk pengesahan pendaftaran, hendaklah disertakan bersama bayaran pendahuluan 30 peratus. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 013-4160980.

"Kita tidak mensasarkan ramai penyertaan, malah minum lima peserta pun memadai asalkan mereka ini benar-benar berminat dan fokus. Teknik pitching skrip juga akan diajarkan kepada peserta nanti sebagai tambahan. Bengkel skrip ini akan diadakan selama tiga hari, dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Saya akan menjadi tenaga pengajar utama bengkel ini nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, satu lagi bengkel penulisan skrip membabitkan adaptasi novel ke skrip akan turut diadakan di tempat yang sama pada 18-19 September ini. Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi penganjur.
Kamal juga akan mengemudikan bengkel skrip drama TV anjuran IPTAR, Angkasapuri pada 10-14 September ini.