Zon Artis |
Fizz Fairuz Beli Banglo & Kondo Sebagai Persediaan Hari Tua Posted: 06 Aug 2012 12:28 PM PDT Fizz Fairuz yang pada kaca mata kami tidaklah popular seperti pelakon-pelakon yang mempunyai nama besar kat Malaysia ni yang pastinya job payment takdelah besar mana. Tapi serius kami tabik spring kat Fizz Fairuz bila dapat tahu yang dia sudah memiliki rumah bernilai jutaan ringgit yang dibeli menggunakan wangnya sendiri sebagai pelakon. Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 33, berkata, disebabkan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk bergelar artis yang dikenali ramai, dia sudah bersedia untuk memiliki harta sendiri sebagai persediaan supaya hidupnya tidak melarat pada hari tua nanti. Seperti kata Fizz kepada mStar Online:-
Menurut Fizz Fairuz, kerana perlu mengeluarkan wang yang agak banyak setiap bulan bagi membayar rumah berkenaan, dia sanggup "ikat perut" semata-mata untuk memastikan tidak mengalami kesusahan pada kemudian hari.
Fizz Fairuz turut memberitahu, pada mulanya pihak bank agak sukar untuk memberikannya pinjaman atas kedudukannya sebagai artis yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun dia mampu meyakinkan mereka apabila menerima pendapatan bulanan yang konsisten hasil tugasnya sebagai seorang pelakon. Oh ya, Fizz Fairuz telah membeli sebuah kondominium yang terletak di Mont Kiara, Damansara, Kuala Lumpur serta sebuah lagi rumah banglo yang sedang dalam pembikinan yang letaknya di Bukit Beruntung, Rawang. . Zon Artis: Apa yang dilakukan oleh Fizz Fairuz ini seharusnya dijadikan contoh oleh semua artis terutamanya artis baru agar pendapatan yang diterima tidak dihabiskan untuk perkara yang tidak berfaedah sebaliknya bijak menguruskan pendapatan tersebut untuk kegunaan jangka masa panjang. Bila dah tak laku nanti, takde la keluar kat paper si artis X perlukan bantuan kewangan dan sebagainya. Maaf! Ayat agak sedikit kurang ajar. |
Tauke Mengaku Perkahwinan Kedua Bergolak, Kahwin Kali Ketiga Posted: 06 Aug 2012 11:18 AM PDT Tauke (Raja Lawak) atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah bernikah buat kali ketiga dan pernikahan bersama isteri barunya itu telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan lagi. Manakala pernikahannya yang kedua pula sedang bergolak dan kini dalam proses penceraian. Seperti pengakuan yang dibuat oleh Tauke:-
Dalam pada itu, Tauke menafikan gosip berhubung perkahwinan kali ketiganya yang bocor kepada umum ini yang mengatakan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Namun Tauke tidak pula menafikan yang dia sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan. Ikuti penjelasan daripada Tauke kat bawah ni:-
+ Laporan asal: Murai |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |