Zon Artis |
Abby Abadi Akui Dapat Banyak Publisiti Juga Fitnah Selepas Berhijrah Posted: 13 Aug 2012 12:03 PM PDT Semenjak berhijrah dan menyertai Pas, Abby Abadi mengakui terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepadanya berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan. Abby Abadi turut menyatakan, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung adalah disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.
Abby Abadi juga berkata, perubahan imejnya (daripada tidak bertudung kepada bertudung) juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis terhadapnya malah tidak kurang juga ada yang menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan sahaja. Zon Artis: Sebagai pihak berkecuali, ini buat Abby Abadi… |
Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Daripada Aidil Kerana Melodi Posted: 12 Aug 2012 10:20 AM PDT Ini panas! Kerana kenyataan yang dibuat oleh Rita Rudaini dalam Melodi yang disiarkan pada Ahad lepas, dia telah menerima SMS berbaur ugutan daripada suaminya, siapa lagi kalau bukan Aidil Zafuan. Menurut Rita, menerusi SMS tersebut, suaminya mengugut untuk memalukan Rita menerusi rancangan Melodi juga sebaik sahaja dia pulang daripada latihan di luar negara. Jika anda terlepas menyaksikan siaran Melodi tersebut, ini sedikit highlight buat anda dimana Rita yang ditemu bual wartawan Azmi Jamsari mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga. Dalam pada itu, Rita juga memberitahu yang suaminya sudah termakan hasutan pihak ketiga sehingga menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, Rita tidak menyatakan siapakah pihak ketiga yang dimaksudkannya. Berikut kata Rita mengenai SMS ugutan yang diterimanya:-
Zon Artis: Hurm… Kalau macam ni la keadaannya, nampak gayanya kemelut rumah tangga Rita dan Aidil sudah berada di landasan yang sukar diselamatkan lagi. Jika penceraian adalah jalan terbaik supaya masing-masing boleh memulakan hidup baru, adalah baik jika ianya dipercepatkan. Selesai. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |