Adsense

Selasa, 28 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Posted: 28 Aug 2012 10:22 PM PDT

REMAJA EKSTREM DI AUSTRALIA
Black & Juliana Evans menyahut cabaran aksi ekstrem

Siapa sangka melihat luaran Black yang sasa dan mempunyai lontaran vokal tinggi ini rupanya seorang yang takut dan gayat di tempat yang tinggi? Tidak kurang juga si gadis jelita, Juliana Evans yang rupa-rupanya takut pada tempat yang sempit dan gelap ataupun lebih dikenali sebagai claustrophobia. Pelbagai telatah menarik dapat dilihat apabila Black dan Juliana Evans dicabar oleh pengacara Remaja Ekstrem iaitu Tengku Naharuddin atau Deqwan untuk mengatasi rasa takut dan fobia mereka di bumi Kangaroo iaitu Sydney, Australia. Semuanya akan dapat anda saksikan dalam rancangan Remaja Ekstrem edisi Australia selama tiga minggu berturut-turut mulai 27 Ogos, setiap Isnin jam 10.30 malam melalui slot 9X, eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Remaja Ekstrem edisi Australia ini akan melihat sisi lain Black dan Juliana Evans yang pasti tidak dapat anda saksikan di mana-mana. Lebih mencuit hati apabila Black sempat mengucap panjang sebelum melakukan percubaannya untuk menyudahkan terjunan tinggi di sekitar pantai Wollongong. Keseronokan mereka tidak hanya terhenti di situ sahaja, Black, Juliana Evans dan Deqwan turut berpeluang berlayar di lautan luas dengan kapal layar di Sydney Harbour. Lebih menarik lagi apabila penonton Remaja Ekstrem juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang dibeli sendiri oleh Black dan Juliana Evans di Australia dengan hanya menjawab soalan di dalam program.

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Selain dapat merasai pengalaman berbeza, mereka dapat juga menikmati keindahan dan pemandangan menarik di Sydney, Australia dengan kerjasama Tourism Australia dan Destination New South Wales.

Menurut Puan Maggie White, Pengurus Besar Rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan Tourism Australia, "Jika anda berminat untuk mengalami percutian 'adventure', sememangnya tiada yang seumpama Australia kerana ia adalah salah satu tempat terbaik untuk menikmati percutian sebegini. Dengan kawasan 'outback' yang menakjubkan serta kombinasi kawasan belantara, pergunungan dan perairan yang menarik menjadikannya sebuah destinasi penuh keseronokan.

Pemilihan Australia sebagai destinasi luar negara pertama siri Remaja Ekstrem ini adalah bukti keunikan aktiviti 'adventure' di sini – Tourism Australia amat gembira kerana selebriti popular Black, Juliana Evans dan hos rancangan, Deq Wan, berpeluang menikmati aktiviti-aktiviti lasak ketika di Sydney baru-baru ini. Kami berharap para penonton akan berasa seronok melihat pengalaman mereka dan akan melawat Australia untuk percutian 'adventure' mereka tersendiri'.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination New South Wales, Puan Sandra Chipchase pula berkata, "Rancangan ini akan memaparkan antara pengalaman terbaik di Sydney dan New South Wales termasuklah aktiviti 'adventure' seperti berlayar di pelabuhan Sydney, terjun udara dan menaiki motosikal berkuasa besar di perairan selatan New South Wales serta 'abseiling' dan meneroka gua-gua di Blue Mountains, kawasan yang diiktiraf sebagai 'World Heritage Area'."

"Sydney menerima 4000 pengunjung tambahan dari Malaysia pada tahun berakhir March 2012 – pertumbuhan 10 peratus dari tahun sebelumnya. Dalam jangkamasa ini juga, jumlah perbelanjaan pelawat dari Malaysia mencapai $147 juta," katanya lagi.

"Kami berharap dengan pendedahan bandar raya dan negeri kami melalui rancangan ini akan menarik pelancong Malaysia yang inginkan 'adventure' untuk memilih Sydney dan persekitarannya sebagai destinasi percutian mereka yang seterusnya," tambah Pn Chipchase.

Pastikan temujanji anda bersama Black dan Juliana Evans hanya di Remaja Esktrem dibawakan khas oleh TV9. Untuk maklumat lanjut layari www.tv9.com.my/remajaekstrem. Untuk info lanjut mengenai percutian di Australia, layari www.australia.com atau ikuti Tourism Australia di www.facebook.com/SeeAustralia atau laman twitter mereka @SeeAustralia. Untuk maklumat lanjut mengenai Sydney dan New South Wales, layari www.sydney.com atau ikuti Destination New South Wales di www.facebook.com/SeeSydney atau laman twitter @sydney_sider.

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

Black & Juliana Evans di Remaja Ekstrem Di Australia

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Shila Amzah Jawab Tuduhan Mempersendakan Hijab

Posted: 28 Aug 2012 09:39 PM PDT

Atas desakan peminat, pelantun lagu 'Patah Seribu' Shila Amzah kembali mengaktifkan semula akuan Twitternya selepas mengambil keputusan untuk menutup akaun laman sosial tersebut, minggu lalu.

Ucapan Salam Aidilfitri 2012 dari Sharnaaz & Shila Amzah

Tidak menafikan timbul rasa bersalah terhadap peminat berhubung keputusan yang dibuatnya, Shila memberikan alasan kesibukkan hingga menyebabkan dia tidak sempat untuk melayan peminat di laman sosial ini.

Selain itu, Shila juga tidak menafikan keputusan yang dibuat berikutan cemuhan daripada penonton berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya yang disiarkan sempena musim perayaan ini.

"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

"Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," katanya yang akan berangkat ke Shanghai pada 31 Ogos ini bagi mewakili negara dalam pertandingan Asian Wave.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: