Adsense

Khamis, 9 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Variasi Kasut Menjelang Lebaran

Posted: 09 Aug 2012 11:39 PM PDT

Sambutan Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi. Pastinya ketika ini ramai individu sedang membuat persediaan yang rapi untuk menyambut perayaan tersebut.

Selain persediaan dari segi pakaian, padanan aksesori turut penting bagi menonjolkan lagi penampilan si gadis di pagi lebaran. Oleh itu, pihak OHBULAN! ingin berkongsi beberapa variasi kasut yang menarik bagi dijadikan pilihan si gadis di pagi lebaran nanti.

Kasut wedges ini kelihatan sungguh unik dengan corak bermotifkan nota-nota muzik di bahagian tumitnya. Padanan rona hitam dan coklet cerah merupakan paduan rona asas yang ideal. Kasut ini amat sesuai bagi individu yang ingin tampil cantik dan anggun di pagi lebaran.

Kasut berupa but ini kelihatan sangat elegan dan menarik. Bahagian atasnya yang diperbuat daripada kulit mampu menyuntik eleman mewah buat si pemakai. Kasut ini amat sesuai bagi individu yang ingin tampil berbeza dengan gaya yang lebih fashionable.

Kasut rona biru baldu ini kelihatan sungguh cantik dan mempesonakan. Ronanya yang menarik, mampu memikat hati sesiapa sahaja yang ingin tampil bergaya di pagi lebaran. Kasut ini amat sesuai bagi individu yang ingin tampil ranggi tetapi tetap kelihatan sopan.

Kasut wedges yang bermotifkan ular sawa ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Kombinasi rona biru metalik dan coklat mampu menonjolkan lagi personaliti si pemakai.

Kasut wedges daripada rona 'baldu grey' ini kelihatan sangat menarik dengan padanan highlight garisan hijau. Walaupun kasut ini kelihatan ringkas, tetapi ia tetap menarik dengan padanan highlight hijau yang mampu menonjolkan eleman anggun dan pesona si pemakai.

Kredit Foto : Style.com

Kesederhanaan Leona Lewis!

Posted: 09 Aug 2012 10:44 PM PDT

Si hitam manis yang bertubuh molek ini sering menampilkan imej yang mempersonakan peminat-peminatnya.

Mempunyai kekayaan yang dianggarkan melebihi 12 million dan mempunyai platinium hasil jualan album-album di seluruh dunia bukanlah faktor untuk Leona Lewis menonjolkan sifat kemewahan dalam kehidupan seharian.

Penyanyi berumur 27 tahun ini menjalankan rutin hariannya dengan cara berdikari sendiri walaupun beliau mempunyai pekerja-pekerja yang ditugaskan terhadap tugas-tugas sedemikian.

Ini membuktikan Leona Lewis seorang yang tidak mementingkan status dan simbol kemewahan apabila baru-baru ini beliau dilihat berpakaian ringkas di satu stesen minyak di Los Angeles, California.

Leona Lewis yang popular dengan lagu 'bleeding love' itu tampil dengan gaya bersahaja dimana beliau memakai seluar hitam, sehelai 'cardigan' berjalur longgar dan sepatu bercorak kulit harimau bersertakan topi mengkuang berperincian busur comel.

Dengan rambutnya yang panjang berjurai di sekitar bahu dan mekap yang tipis jelas terpancar fesyen yang diperagakan amat sesuai dengan diri beliau walupun ringkas.