Adsense

Isnin, 20 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Keanggunan Si Putih!

Posted: 20 Aug 2012 07:00 PM PDT

Ringkas tetapi bergaya tatkala menggayakan fesyen daripada warna kesukaan memberi keselesaan kepada si cantik. Gabungan warna yang menarik dapat menyerlahkan personality yang menarik. Putih, sesuai dengan musim panas dimana dengan penggunaan warna putih dapat memantulkan cahaya yang juga melambangkan kesucian dan ketulenan. Penggunaan warna putih juga mempamerkan sikap kesederhanaan seseorang dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan pilihan warna putih daripada ohbulan :-

Putih memberikan imej kebersihan dan keanggunan bagi si cantik disampingdapat dipadankan dengan semua rona warna.

Si cantik pasti tampak menawan dengan baju 'dress' pendek yang menyerlahkan lagi sifat moral si pemakai. Dengan gabungan beg tangan coklat pastel dan kasut daripada rona warna yang menarik, si gadis pasti mampu menonjolkan aura luar biasanya.

Bagi si gadis yang ingin bergaya seperti ini, disarankan memakai aksesori sederhana untuk tampak lebih sempurna.

Kombinasi menarik daripada dress pendek paras lutut yang mampu mencipta emosi yang bersahaja.

Sesuai bagi si cantik yang mementingkan fesyen samada digayakan di pejabat ataupun pesta-pesta. Dress ini amat sesuai digayakan dengan aksesori tambahan  seperti tali pinggang, kasut, gelang, rantai dan beg bimbit daripada warna gelap.

Penggunaan warna gelap dapat menaikkan warna putih tersebut. Si jelita pasti tampak menarik jika bijak memainkan penggunaan warna.

Musim panas merupakan musim untuk si gadis tampil dengan pakaian yang menarik disamping dapat menyerlahkan aura keringkasan dalam penggayaan.

Bagi anda yang ingin tampil glamor, dress pendek ini amat sesuai digayakan di majlis-majlis tertentu dengan padanan aksesori yang memikat. Sepertimana yang kita ketahui, warna putih ini adalah warna melambangkan keberanian dalam kesopanan.

Jadi, bagi anda yang ingin tampil berani tetapi wujud dengan sifat kesopanan, gabungan dress pendek dengan aksesori beg tangan besar dan kasut tumit tinggi menjadi pelengkap untuk mencipta kesempurnaan diri disamping dengan aksesori yang memukau.

Filem “Chasing Mavericks”, Kisah Benar Seorang Peluncur Air

Posted: 20 Aug 2012 06:09 PM PDT

Jarang-jarang filem seperti ini dilancarkan di Malaysia. Kalau ada pun ia adalah filem "Surf's Up", kisah sekumpulan penguin comel yang tahu meluncur air.

Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Jay Moriarty (Jonny Weston) yang mempunyai cita-cita untuk meluncur ombak yang paling bahaya di dunia. Untuk mengejar impiannya, dia telah meminta Frosty Hesson (Gerard Butler) untuk melatihnya sehinggalah dia berjaya. Sepanjang mereka berdua bersama, Moriarty dan Hesson telah membentuk satu hubungan persahabatan yang unik.

Untuk pengetahuan, filem biografi ini diadaptasi dari kisah benar seorang peluncur air bernama Jay Moriarity yang tinggal di Utara California. Sebagai peluncur air, ombak laut di Utara California disenaraikan sebagai ombak yang paling berbahaya dan digeruni oleh peluncur.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Oktober ini. Trailer "Chasing Mavericks" selepas ini.