Adsense

Jumaat, 10 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Berhijab, Sharifah Sofia Masih Kunjungi Disko?

Posted: 10 Aug 2012 01:16 AM PDT

Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Scotland, Sharifah Sofia merupakan pelakon yang tidak asing lagi di arena seni tempatan. Pada awal bulan Julai yang lalu, pelakon wanita ini telah dikatakan mengubah penampilannya kearah yang lebih sopan, iaitu berhijab.

Namun begitu, menerusi pihak media mStar, pelakon wanita yang berusia 27 tahun ini telah berkongsi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, di mana beliau telah dihalau keluar dari sebuah disko kerana ketika itu beliau ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.

Menurut Sharifah Sofia, peristiwa tersebut berlaku ketika beliau ingin menghabiskan masa di pusat hiburan untuk berjumpa rakan-rakannya. Sofia memberitahu pihak mStar bahawa, pada ketika itu beliau merasa hairan mengapa semua orang di pusat hiburan tersebut menunjukkan reaksi pelik terhadap dirinya.

"Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya."

Selain itu, Sofia turut tertanya-tanya mengapa kehadiran beliau dipersoalkan, sedangkan pada ketika itu beliau tidak mengambil sebarang minuman keras ataupun membuat perkara yang tidak elok. Pada masa yang sama, Sofia turut berkongsi pengalaman tersebut dengan para peminatnya menerusi Twitter miliknya dan membaca buku-buku berkaitan panduan agama Islam.

Melalui pembacaan buku tersebut, barulah Sofia memahami munasabahnya untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat maksiat sekiranya mahu berhijrah menjadi insan yang lebih baik.

Disamping itu, Sofia mengaku beliau mula mendalami Islam sejak mengandungkan anaknya yang sulung iaitu  Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah. Sofia turut mengakau bahawa setelah mengenakan hijab, beliau lebih mendalami Islam dan mahu dirinya sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.

“Kedegilan Yang Padan Muka Kau” – Iqram Dinzly

Posted: 10 Aug 2012 01:14 AM PDT

Pelakon dan pengacara Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin atau lebih mesra dipanggil Iqram Dinzly merupakan artis lelaki yang bersifat metroseksual dan amat menjaga penampilannya. Namun begitu, ketika ditemui di bazaar "Terbaik Raya TV3″ semalam, beliau menyatakan bahawa pada tahun ini beliau membuat persiapan raya hanya dengan cara sederhana sahaja.

Ketika sesi temu bual antara Iqram Dinzly dan pihak OHBULAN! di perkarangan Seri Pentas semalam, beliau menyatakan bahawa di bulan Ramadhan yang mulia kali ini beliau ingin lebih fikirkan tentang kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan.

Selain itu, apabila disoal berkaitan persiapan menyambut Syawal, Iqram menyatakan bahawa di bulan Syawal nanti beliau ingin menjalankan ibadat sunat iaitu berpuasa 6 di bulan Syawal. Ini kerana, kali terakhir beliau melakukan ibadat tersebut adalah pada dua tahun yang lepas.

Pada masa yang sama, Iqram turut melahirkan rasa menyesal dan bersalahnya terhadap kejahilan yang pernah dilakukannya sebelum ini. Oleh itu, kali ini beliau ingin tebus kesemuanya dengan malakukan ibadat-ibadat sunat.

Disamping itu, Iqram turut melahirkan rasa kesedarannya terhadap kehidupan dunia yang bersifat sementara dengan berkata, "Cukuplah dengan duniawi. Apabila kita sudah meningkat dewasa, seharusnya kita faham apa itu Ramadhan dan apa itu fitrah serta fiqah" ujar Iqram sambil tersenyum manis.

Sebelum mengakhiri sesi temu bual petang semalam, Iqram sempat mengaku bahawa sebelum ini beliau banyak berdegil dalam pelbagai perkara. Oleh itu beliau mengungkapkan satu ayat untuk dirinya sendiri yang berbunyi "kedegilan yang padan muka kau" ujarnya sambil tergelak.