Adsense

Khamis, 26 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Jangan Pertikai Isu Tawaran Kerja Kerana Bertudung – Sheila Rusly

Posted: 26 Jul 2012 11:06 PM PDT

Jika semalam Umie Aida menulis kenyataan di Twitter-nya mengatakan orang yang cetek pemikiran sahaja berfikir begitu (soal tudung), hari ini melalui mStar Online, Sheila Rusly dan beberapa orang selebriti lain turut tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Abby Abadi.

Bagi Sheila Rusly yang sudah hampir 5 tahun 'berhijrah' memakai tudung, tidak ada isu tawaran berlakonnya semakin merosot dan dia mengaku tidak pernah nampak masalah timbul pada artis bertudung.

"Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung. Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung."

Sheila juga berkeras bahawa isu bertudung tidak wajar dianggap sebagai penyekat pintu rezeki.

"Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar," katanya.

Apa yang lebih pasti, Sheila turut memberitahu bahawa niat untuk berhijrah adalah kerana Tuhan. Jika seseorang artis itu mengeluh selepas berhijrah, maka ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

"Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah. Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah." – Sheila Rusly.

Antara artis yang turut tidak bersetuju dengan pendapat Abby Abadi di Malaysian Insider termasuklah Aida Khalida dan Wardina Saffiyah.

“Saya Single, Dan Belum Tukar Agama” – Soo Wincci

Posted: 26 Jul 2012 09:50 PM PDT

OHBULAN! yakin semenjak penyertaan Soo Wincci yang juga bekas Miss World Malaysia didalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia, namanya telah mula disebut-sebut dikalangan peminat Melayu.

Soo Wincci telah mula menjadi bualan para peminat apabila pada awal bulan Ramadhan dia telah mengumumkan akan turut sama berpuasa untuk memahami peminat Melayunya. Namun, disebabkan kenyataan itu, timbul pelbagai spekulasi samada Soo Wincci sudah mempunyai teman lelaki Melayu dan ada juga yang mengatakan Soo Wincci sudah menukar agama.

Itu semua telah dinafikan oleh Soo Wincci dalam temubualnya bersama Dailychilli, "Saya single, dan belum tukar agama."

Kenyataannya yang pendek itu sudah cukup untuk menjelaskan statusnya sekarang kepada peminat dan pihak media. Dia yang sudah 5 hari berpuasa menyatakan bahawa dia amat menghargai segala sokongan daripada peminatnya yang beragama Islam kerana sentiasa mendorongnya untuk terus berpuasa.

Apa yang lebih menarik, Soo Wincci menjelaskan bahawa dia merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim selepas ini.

"Saya berhajat untuk berbuka puasa bersama kanak-kanak di rumah anak yatim," jelas Soo Wincci.

Baguslah kalau begitu, sedangkan artis yang bukan beragama Islam boleh berbuka dengan anak-anak yatim. Bagaimana pula dengan selebriti kita yang lain? Tak terniat langsung ke?