Berita Harian: Hip |
Posted: 07 Jul 2012 06:12 PM PDT "SEBAGAI manusia kita tidak pernah tahu bila pengakhir hidup ini, jadi saya rendahkan diri dengan memohon maaf sebagai jalan penyelesaian terbaik selepas hampir sebulan pertikaian antara saya dan Neelofa berlaku. "Sedangkan nabi ampunkan umat, apatah lagi kita sesama insan. Lumrah hidup pasti ada menang dan tewas tetapi penentuan sebenar adalah di akhirat nanti," kata Anzalna Nasir, 24, dalam nada sendu yang tertahan, tengah hari Isnin lalu. Bertempat di The Royale Bintang, Damansara, Anzalna membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Neelofa atas kenyataan dalam Berita Harian pada 10 Jun 2012 yang menjejaskan maruah pelakon itu dan keluarganya. "Sudah terlalu banyak andaian dan kesimpulan yang dibuat sebelum ini. Saya tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan kerana ia boleh mengaibkan dan lebih ramai orang yang tidak bersalah diheret sama. Cukuplah di sini, selepas ini saya tidak mahu lagi membuka mulut mengenai hal yang langsung tidak memberi faedah atau membantu meningkatkan karier saya. Saya tak perlu menyesal apa yang berlaku. Setiap manusia diberikan Tuhan ujian dan dugaan, ini yang terpaksa saya hadapi. Alhamdulillah semuanya sudah selesai," katanya. Selesai memberikan kenyataan permohonan maaf dan menandatangani aku janji yang disediakan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Anzalna dan Neelofa memilih untuk membawa haluan sendiri. Tanpa bersalaman, malah menolak untuk dipotretkan bersama, Anzalna yang menitiskan air mata sebaik sidang media selesai segera berlalu meninggalkan lokasi, manakala Neelofa dikerumuni wartawan. "Saya tidak keberatan bersalaman dan bergambar bersama tetapi Neelofa seperti tidak bersedia. Lagipun, dalam aku janji itu sendiri ada menyatakan beberapa syarat yang perlu kami berdua patuhi, jadi saya memahami. Apa yang saya lakukan bukan hanya untuk hari ini tetapi juga untuk akhirat. Saya tolak ketepi segala kemungkinan kerana saya mahu berdamai supaya perselisihan kami segera selesai. Penjelasan Neelofa Sementara itu, Neelofa menjelaskan, dia bukan bersikap besar kepala atau mempertahan ego seolah-olah memperlihatkan dirinya sukar menerima kekalahan, sebaliknya sebelum ini mahu menggunakan jalan perundangan untuk mempertahankan hak dan maruahnya supaya tidak sewenangnya diperkotak-katik orang lain. Meskipun situasi petang itu mendorong ramai mempertikai keikhlasannya menerima permohonan maaf Anzalna, andaian itu disanggah Neelofa dengan berkata: Ditanya mengapa enggan bersalaman dan bergambar bersama Anzalna, Neelofa berkata, dia cuma memenuhi syarat ditetapkan SENIMAN. "Tiada dendam, tiada benci. Saya tidak minta lebih daripada Anzalna kecuali permohonan maaf secara terbuka selain meletakkan syarat, selepas ini jangan lagi mengaitkan nama saya dalam mana-mana temubual sama ada dalam media cetak atau elektronik serta di laman sosial. Saya juga tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi," kata Neelofa yang berangkat ke Makkah, Khamis lalu untuk menunaikan umrah dan mengikuti penggambaran drama 26 episod arahan Erma Fatima, Kau Yang Terindah. |
Ramli Sarip di Konsert Alunan Kalbu Posted: 07 Jul 2012 06:08 PM PDT SEMPENA meraikan ulang tahun penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ke-20, Konsert Alunan Kalbu yang bakal menampilkan Papa Rock, Ramli Sarip dan penampilan istimewa Iwan Syahman pada 14 Julai ini, bermula jam 8.30 malam di Dewan Besar IKIM, Jalan Langgak Tunku off Jalan Duta, Kuala Lumpur. Konsert ini adalah sebahagian daripada penganjuran Karnival 20 Tahun IKIM yang diadakan bermula 13 hingga 15 Julai di perkarangan IKIM dan juga bagi meraikan 11 tahun penubuhan stesen radio IKIMfm, selain simbolik penghargaan dan terima kasih badan berkenaan serta radio itu terbabit kepada masyarakat yang terus menyokong usaha IKIMfm hingga berjaya berada pada kedudukan 10 radio terbaik di Malaysia. Pengarah Radio IKIMfm, Nik Roskiman Abdul Samad, berkata penampilan Ramli Sarip dan Iwan Syahman adalah kerjasama ulung antara mereka bagi melahirkan atmosfera hiburan yang segar dan bertenaga. "Konsert ini diadakan secara percuma dan kami mengharapkan pendengar IKIMfm dan peminat kedua-dua penyanyi ini untuk memenuhkan Dewan Besar IKIM yang dapat memuatkan 300 orang. Namun pihak IKIMfm menyediakan skrin besar di luar dewan untuk menampung kehadiran orang ramai," katanya. Persembahan akustik Sementara itu, Ramli yang ditemui berkata, dia akan menghiburkan penonton dengan 10 barisan lagu yang akan dipersembahkan secara akustik. Sementara itu, Iwan pula akan menyampaikan lima lagu ketuhanan seperti Semua Allah Yang Punya, Fadilat Selawat, Solatlah Dulu, Kalimah Toyyibah dan Segalanya Allah. Selain itu, sempena Karnival 20 Tahun IKIM juga pelbagai program dan aktiviti diaturkan untuk karnival tiga hari bermula 13 hingga 15 Julai nanti antaranya pertandingan mewarna, persembahan Malaysian Drum Symphony, Demo Memasak, Persembahan Bersama Deevotees, UNIC dan banyak lagi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |