Adsense

Rabu, 6 Jun 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Almy Nadia Di Ambang Maut Gara-Gara Apendiks

Posted: 06 Jun 2012 01:10 AM PDT

Almy Nadia Di Ambang Maut Gara-Gara Apendiks
Almy Nadia dikatakan bersyukur dan amat bernasib baik kerana dia terselamat daripada apendiks yang menyerang beliau pada 23 mei yang lalu.. Menurut Almy Nadia, Apendiks yang menyerangnya berada di tahap kritikal dan hampir pecah serta bernanah.. menurut doktor yang merawat Almy Nadia, jika lambat sehari dia di hantar ke hospital, kemungkinan ianya boleh membawa maut..

"Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Pada malam 23 Mei lalu saya alami sakit perut yang teruk sehingga memaksa saya mendapatkan rawatan di KJMC. Tak sangka pula selepas pemeriksaan, doktor kata apendiks saya sudah bernanah teruk.

"Saya juga sudah berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah jika saya lewat sehari ke hospital. Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini keadaan beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan,"

Almy Nadia juga mengakui segala musibah yang dialaminya sepanjang tahun lalu sehingga hari ini adalah dugaan daripada Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilnya..

"Saya percaya segala musibah yang datang kepada saya adalah dugaan daripada Allah untuk menghapuskan pelbagai dosa yang pernah saya lakukan," (Mstar)

Gambar Di Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Posted: 05 Jun 2012 10:37 PM PDT

Gambar Di Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp
Tahniah MyGosip ucapkan buat Nurul Wahab kerana dia sudahpun sah menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp yang juga warga Perancis.. Dengan hanya sekali lafaz sahaja Eric Depp telah sah dinikahkan dengan Nurul Wahab yang berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80.. Majlis pernikahan Nurul Wahab yang diadakan di Dutches Place, Jalan Ampang berlansung dalam suasana ringkas dan sederhana…

Pada majlis pernikahan Nurul yang dihadiri hampir 200 orang tetamu itu, Nurul telah menerima wang hantaran sebanyak 5,000 Euro atau RM20,000. Selain itu Nurul juga menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki..

Apa yang menariknya di majlis penikahan Nurul ini, Majlis ini telah diacarakan dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa Perancis… Menurut Nurul juga, Majlis resepsi belah lelaki bakal diadakan di Bali, Indonesia minggu depan dan sekaligus Bali akan menjadi destinasi bulan madu buat kedua-dua pengantin baru ini…

MyGosip ucapkan Tahniah buat Nurul Wahab dan MyGosip harap perkahwinan kali kedua Nurul ni akan kekal sehingga ke akhir hayat hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar di sekitar majlis pernikahan Nurul dan Eric kat bawah ni….

Gambar Di Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Gambar Di Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Gambar Di Majlis Pernikahan Nurul Wahab

Gambar pelamin Di Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Gambar kek Di Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Gambar Di Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Eric Depp dan Ning Baizura