Harian Metro: Rap |
Posted: 22 Jun 2012 09:15 AM PDT KEDUA-dua mereka masih baru dalam bidang lakonan. Pun begitu, nama Aeril Zafrel dan Mon Ryanti bukanlah asing di kalangan penonton filem Melayu. Apatah lagi, haluan dipilih mereka untuk bernaung di bawah produksi Metrowealth (MIG) adalah tepat apabila sentiasa mendapat ruang beraksi di layar perak. Jika Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 24, baru dua tahun bergelar insan seni, Mon Ryanti pula sudah tiga tahun aktif berlakon. Malah, dalam tempoh itu, Mon Ryanti atau Mon Ryanti Sahudina Lee, 23, sudah menghasilkan tujuh filem yang mana dia turut diberi peluang melakonkan beberapa watak utama. Begitu juga dengan Aeril yang semakin rancak bergelar hero filem. Bermula dengan Aku Tak Bodoh, langkah Aeril nampaknya semakin berkembang apabila sudah enam buah filem dilakonkannya. Malah, terbaru sudah ditayangkan ialah 7 Petala Cinta arahan Azahari Zain dan Cinta Kura-Kura (Nizam Zakaria). Kini, satu lagi filem lakonan Aeril yang turut bergandingan dengan Mon Ryanti, Hanya Aku Cinta Kamu Seorang (H.A.C.K.S) menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Jun lalu. Filem bertemakan komedi romantik itu diarahkan Ahmad Rusli Muhammad Khadri atau Olynn yang mengisahkan percintaan remaja.
"Pada saya, ia kisah yang sangat menarik dan sesuai untuk golongan remaja. Biarpun tewas di tangan pelakon Johan Asari, namun Aeril tidak kecewa. Katanya, kalau ikutkan masih terlalu awal untuk dia berada di tahap itu. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya tahu diri sudah ada kelompok peminat yang sanggup mengundi. Bagi Aeril, itu sudah cukup buatnya. "Demi Allah, saya tidak menghantar undian untuk diri sendiri dalam pencalonan itu. Sebagai pelakon yang baru menapak dalam bidang seni, saya sendiri terkejut. Pun begitu, ia satu penghargaan besar kepada saya kerana tidak pernah menyangka ada juga kelompok peminat yang sudi mengundi untuk diri ini. "Justeru, biar pun kalah tetapi bermaruah. Bagi saya, kalau menang pun biarlah orang lain atau peminat yang mengundi. Saya sendiri, takkan sanggup menghantar undian untuk diri sendiri," katanya mengakui sejak kebelakangan ini sudah mula mendapat kepercayaan melakonkan watak lelaki dewasa. Menurut Aeril lagi, dia juga gembira sekarang satu persatu watak lakonannya menonjolkan diri sebagai lelaki matang. Ia seiring dengan peningkatan usia yang ke arah dewasa. Ujarnya, sampai bila dia harus terikat dengan watak sebagai pelajar sekolah walaupun wajahnya masih tampak keanak-anakan. Mon Ryanti elak gosip, kontroversi MEMILIKI pakej lengkap dengan susuk tubuh tinggi lampai dan berwajah jelita, sudah cukup untuk membantu Mon Ryanti membina nama. Pun begitu, gadis kelahiran Johor ini tetap berpegang pada prinsipnya untuk dikenali peminat bersandarkan hasil kerja dalam bidang seni dan bukannya gosip atau kisah kontroversi. Sedar cerita sensasi adalah lumrah kehidupan artis, Mon Ryanti akui dia sentiasa berhati-hati. Katanya, ada hati yang perlu dijaga dan pastinya insan itu ialah kedua-dua ibu dan bapanya. Ujarnya, tidak guna juga dia dikenali ramai dengan gosip dan kontroversi berbanding mutu lakonan yang dipersembahkan. "Saya gembira bidang lakonan yang dipilih sebagai karier tetap ini diterima keluarga. Malah, penting untuk saya mendapat restu ibu bapa supaya perjalanan dalam bidang ini lancar. Oleh itu, saya pun sudah cukup berpuas hati dengan apa yang diperoleh setakat ini sebagai pelakon dan bernaung di bawah MIG. "Terikat dengan kontrak bersama MIG, bakat lakonan saya sekarang pun semakin berkembang. Jadual saya padat dengan penggambaran dan ia sudah cukup untuk di syukuri. Sebagai pelakon baru, adalah wajar untuk saya tidak terlalu bersikap memilih kerana buat masa ini apa yang penting adalah pengalaman. "Saya bermula dengan kosong dalam lakonan. Apatah lagi, pembabitan dengan MIG pun secara kebetulan apabila kaki saya dipilih untuk dijadikan poster filem V3: Samseng Jalanan. Oleh itu, tatkala MIG bersedia memberikan peluang untuk saya terus mara maju ke hadapan, ia sudah tentu takkan dipersia-siakan. "Atas sebab itu, saya sentiasa berusaha meningkatkan lakonan. Malah, dalam soal urusan peribadi pula, saya amat berhati-hati dan enggan dikaitkan dengan kontroversi. Tak dinafikan, ada kalanya terpalit juga kisah kurang enak mengenai diri ini, tetapi masih tak mengapa kerana mampu dikawal lagi," katanya. Berbicara mengenai pengalamannya dihimpit orang kenamaan, Mon Ryanti berkata pada awal pembabitan dalam bidang seni dulu pernah jugalah ada pihak ingin berkenalan dengannya. Pun begitu, ia tidak dilayan kerana dia dijaga dengan baik oleh pengurusan artis yang disediakan MIG yang mengawasi setiap masa. Menurut Mon Ryanti, dia harus menyanjung tinggi kepercayaan diberikan ibu dan bapanya. Apa lagi, dia sendiri menceburi bidang seni dengan serius kerana minat. Justeru, ujarnya dia mahu dikenali dan berjaya di mata peminat kerana hasil kerjanya dalam bidang lakonan dan bukan kisah peribadi semata-mata. Jelasnya, dia gembira perjalanan karier seninya bermula dari bawah dan tidak terus berada di kemuncak. Malah, segala dimilikinya kini juga bersandarkan pengalaman dikumpul daripada peluang membintangi filem yang diberikan MIG. Kata Mon Ryanti, dia tekad akan pastikan dirinya terus berusaha hingga berjaya. |
Posted: 22 Jun 2012 08:44 AM PDT BUKAN Mael sebarang Mael namun Mael Lambong mula cetuskan satu fenomena. Asalnya ia hanya watak ciptaan dalam pertandingan jenaka Maharaja Lawak. Namun selepas melihat potensinya yang mampu pergi jauh, Zizan dan produser-pengarah Ahmad Idham tanpa ragu-ragu berbincang untuk mengembangkan karakter ini kepada sebuah filem. Ternyata, ia sesuatu yang cukup positif. Strategi mereka menjadi apabila sesi previu untuk media yang diadakan di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selasa lalu dihadiri ramai pihak sekali gus menimbulkan kejutan buat Idham dan semua yang terbabit menjayakannya. Selain Zizan, turut menjayakan filem ketujuh terbitan Excellent Pictures ini adalah Juliana Evans, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana. Ada kelainan menyaksikan filem yang dikatakan bergenre biografi komedi karya Ahmad Idham ini apabila dia tampil menyelitkan isu-isu semasa dalam dunia artis antaranya kata mengata menerusi blog, laman sosial facebook dan twitter. Bagaimanapun filem ini tidak lari daripada elemen pop apabila menyelitkan aksi Mat Rempit dan drift. Ramuan yang ditampilkan dalam filem terdahulu arahan Ahmad Idham seperti Impak Maksima, Adnan Sempit dan Hantu Bonceng tetap dikekalkan.
"Selepas itu barulah saya buat skrip dan sentiasa berubah-ubah ketika di set. "Saya harap yang terbaik untuk filem ini. Apapun bergantung kepada Zizan juga untuk membuat sekuel Mael Lambong. Saya juga tak letak sasaran kutipan tertentu untuk filem ini kerana dalam mana-mana filem kerana ada antaranya yang OK dan tidak," katanya. Mengulas isu semasa yang diangkat menjadi bahan skrip antaranya sikap artis sendiri yang gemar meluahkan perasaan di laman sosial, Ahmad Idham berkata sekiranya sesebuah filem tidak mengangkat isu semasa, pengarahnya akan dikritik dan dianggap tidak peka. "Dalam isu semasa, banyak benda yang boleh dibuat dijadikan bahan kelakar. "Saya bukan mengkritik sesetengah artis tapi siapa yang makan cili dia akan terasa pedasnya. Sepatutnya mereka guna untuk jalan kebaikan bukannya memburukkan sesiapa. Komedi saya lebih kepada komedi rakyat untuk semua golongan" katanya. Zizan sendiri pula sudah awal-awal lagi mendaftarkan Mael Lambong sebagai harta inteleknya. Matlamatnya menghasilkan Mael Lambong bukan mahu mencari keuntungan sebaliknya mahu menghiburkan peminat yang menyokong dalam Maharaja Lawak. "Saya sebenarnya tak jangka benda-benda dari pentas Maharaja Lawak akan difilemkan. Saya percaya karakter ini kuat dan teringin nak buat filem tapi tak mampu kerana kos yang tinggi. Apabila Idham tawarkan peluang saya terus setuju. "Dialog filem ini banyak juga saya baiki supaya lebih cantik tapi tetap merujuk kepada Ahmad Idham. Tak mudah juga untuk saya bawakan watak ini kerana Mael Lambong dalam Maharaja Lawak suka marah tapi dalam filem ada pelbagai emosi termasuk sedih. "Lawak yang ditampilkan juga bergantung kepada mimik muka. Hanya beberapa peratus unsur slapstik dimasukkan kerana saya banyak buat 'dark comedy'. "Orang sudah kenal saya menerusi pentas Raja Lawak, jadi agak sukar nak buang imej itu, tapi ada permainan lain yang saya tampilkan dalam Mael Lambong. "Saya mengaku agak terkejut apabila Mael Lambong dibuat tanpa Johan. Nama Mael Lambong pun dicetuskan oleh dia dan saya sangat berterima kasih padanya. Sayang juga saya berlakon tanpa Johan. "Kami ada perancangan lain apabila tidak babitkan dia. Lagipun ketika penggambaran jadual Johan bertindih dengan tawaran lain. Mungkin sekarang Mael Lambong diketengahkan dulu dan selepas ini mungkin akan ada watak Acai (Johan) pula," katanya. Dianggap filem ini hadir tepat pada masanya memandangkan dia baru saja memenangi gelaran Juara Super Spontan, Zizan enggan mendabik dada. "Penonton sekarang bijak dan melihat kepada cerita yang disampaikan. Sebelum ini saya ada juga berlakon filem lain tapi sambutannya sederhana. Saya tak mahu cakap cerita ini bagus atau bagaimana tapi saya selalu akan tengok respon untuk 15 minit pertama. "Saya lega kerana melalui tayangan yang dibuat penonton sudah ketaa sebaik menyaksikan babak-babak awal," katanya. Pelakon gandingan Jue Aziz pula menyifatkan filem ini mencabar kerana di sebalik komedi yang dibawakan oleh Zizan, dia pula terpaksa membawa watak serius. "Gandingan saya dengan Zizan memang tiada masalah. Cuma saya terpaksa tahan ketawa untuk menjiwai watak serius. Saya juga takut apabila terbabit dalam babak drift. "Selain itu banyak kerja perlu dibuat untuk menjayakan babak-babak pergaduhan. Namun saya beruntung kerana ada sedikit asas dalam seni mempertahankan diri iaitu taekwondo dan gimnastik," kata Jue. Jue yang kini menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video & Media di Universiti Western Michigan, pulang bercuti sejak tiga minggu lalu dan akan berada di Malaysia sehingga selepas Aidilfitri. Lalu, kesempatan ini digunakan Jue untuk mempromosi Mael Lambong selain menjalani penggambaran filem terbarunya berjuduk Dampak. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |