Adsense

Sabtu, 23 Jun 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Mila Jirin Makan Char Keow Teow

Posted: 23 Jun 2012 08:59 AM PDT

Bertuahnya Mila sebab ayah beliau pandai memasak, dan sekilas pandang anda sudah pasti ingin mencari di mana ada kedai Char Keow Teow Kan.


Gambar ini ZoOM jumpa di laman Facebook Mila, ZOOM adalah salah seorang peminat Mila Jirin yang sunyi sepi daripada gossip dan konterversi tetapi perjuangan seni dalam industri hiburan tetap menjadi matlamat beliau.


Semoga Mila berjaya dalam bidang yang diceburi.


Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Comel Ayu Raudhah Semasa Menonton Perlawanan ATM VS Johor

Posted: 23 Jun 2012 08:49 AM PDT


Gambar ini ZoOM jumpa di Laman Facebook seorang rakan yang sering kali berkongsi gambar yang menakjubkan. Dan tentu sahaja ZoOM boleh kongsi sumber yang sama untuk pembaca di ZOOMartis.

Daripada sumber menunjukkan Ayu tidak akan melepaskan peluang jika ada masa terluang untuk menemani suami jika ada perlawanan melibatkan ATM (Pasukan Suami Ayu)

Apa KOmen ANda mengenai gambar Ayu kita ni !?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Jadi Artis Tidak Ada Masa Depan - Ryzal Jaafar

Posted: 22 Jun 2012 08:33 PM PDT

Boleh tahan juga komen anak muda bernama Ryzal Jaafar ni, kalau ada yang terasa cili silalah komen dan jika ianya betul tolonglah anak muda ini menjawap soalan yang bakal beliau terima.


Tetapi pada pendapat ZoOM rezeki ada dimana-mana, tidak kiralah samada anda artis atau pun tidak. Namun berkat usaha dan sifat menabung perlu ditanam dalam naluri dan nafsu seseorang.


Jika tidak sudah pasti jalan mati yang bakal ditemui dikemudia hari.


Dan berikut komen anak muda ini mengenai hala tuju dan masa depan menjadi seorang artis :

Ryzal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaafar berkata, memandangkan industri seni di Malaysia tidak begitu besar, ia sedikit sebanyak mengehadkan kerjaya seseorang artis, lebih-lebih lagi apabila terlalu ramai bakat-bakat baru. 
"Tidak kiralah sama ada perniagaan yang dijalankan itu kecil atau besar, asalkan ia dapat menjadi jaminan untuk masa depan. Sekurang-kurangnya seseorang artis itu sudah bersedia sekiranya mereka tidak diperlukan lagi dalam bidang seni. 
"Lagipun, menjadi seorang artis tidak menjanjikan kemewahan. Saya pelik apabila ramai yang melihat kerjaya ini boleh menyebabkan seseorang menjadi kaya dengan mudah. Benar, ada yang berjaya, tetapi tak semua, bergantung kepada tuah dan rezeki," katanya.
 
Tambah Ryzal dia mengambil contoh seperti kumpulan adik beradik KRU yang begitu aktif dalam bidang perniagaan walaupun tidak lagi bergiat aktif dalam nyanyian.


Justeru itu, Ryzal bakal membuka perniagaan pakaian mengikut peredaran fesyen terkini dan sebagai permulaan, pelakon drama Naziha (TV3) ini bakal muncul dengan koleksi baju Melayu, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.
 
"Tak sabar rasanya untuk memulakan perniagaan ini. Memandangkan jadual kerja agak padat, saya membuat keputusan untuk menjual baju-baju itu secara online pada bulan Ramadan nanti. 
"Selain mengambil contoh KRU dalam cara mereka menguruskan perniagaan, saya turut belajar menerusi perniagaan keluarga saya di Alor Setar, Kedah, iaitu membuka homestay dan perusahaan menjual bantal kekabu.
"Moga apa yang dilakukan ini berjaya, untuk masa depan nanti, Insya-Allah," tuturnya.
Sumber : Mstar

ZoOM: Semoga berjaya dalam bidang perniagaan. Well Done Ryzal
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Acara Pernikahan Desy Ratnasari Dan Irwan Danny

Posted: 22 Jun 2012 08:17 PM PDT

JAKARTA: Penyanyi Indonesia, Desy Ratnasari yang sudah lama menjalin hubungan dengan usahawan jam, Irwan Danny Musri masih enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai tarikh pernikahan mereka.

Laman web detikhot.com pada Jumaat melaporkan, Desy masih lagi berahsia mengenai soal peribadi.

Sebaliknya penyanyi lagu Tenda Biru itu lebih berminat menceritakan pengalamannya bergelar ibu kepada Nasywa Nathania Hamzah atau Najwa, yang berusia 10 tahun.

"Jangan tanya mengenai soal pernikahan kerana saya memang tiada jawapannya. Kalau hendak tanya pengalaman saya membesarkan Najwa bolehlah saya jawab," katanya ketika ditemui di Ampera, Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Sebelum ini, Desy pernah berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan Ir. Trenady Pramudya dan Sammy Hamzah.

Najwa merupakan anak hasil perkahwinannya dengan Sammy.

Info : MstarJika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!