Adsense

Jumaat, 4 Mei 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Visa Honeymoon Scha dan Awal ke New York diluluskan

Posted: 04 May 2012 01:13 AM PDT

awal dan scha pre wedding
Nampaknya Visa untuk Scha Al-yahya dan Awal Ashaari berhoneymoon di New York telah pun diluluskan.. Jadi konpom la Scha dan Awal akan berhoneymoon disana pada 8 mei ini setelah mereka berdua dihalalkan malam ini.. Scha dan Awal akan terbang ke New York pada 8 mei ini sehingga 18 mei 2012.. Wah! diaorang ada 10 hari untuk berhoneymoon disana.. mesti meriah kan..

"Kami akan ke New York pada 8 hingga 18 Mei 2012 untuk berbulan madu kerana Scha sememangnya teringin untuk menjejakkan kaki ke sana.

"Keputusan ini dibuat setelah visa Amerika Syarikat Scha telah mendapat kelulusan setelah semua umum tahu bahawa visa untuk ke negara ini harus melalui pelbagai jenis prosedur.

"Saya sendiri sudah mempunyai visa Amerika Syarikat dan ia sah sehingga 10 tahun kerana sebelum ini saya sudah pernah berkunjung ke Los Angeles," (Murai)

Tapi bagi Awal Ashaari tempoh 10 hari tu masih lagi dianggap terlalu singkat untuk berbulan madu, jadi mereka berdua telah merancangkan untuk mengadakan bulan madu kedua pada hujung tahun ni di lokasi yang lain..

Apa-apa pun malam ni korang semua jangan lupa menyaksikan majlis pernikahan Awal Ashaari dengan Scha Al-Yahya secara langsung di Astro Ria dan Astro Awani jam 9 malam ni.. Kat bawah ni kami sertakan sekali jadual siaran perkahwinan Scha dan Awal ni…

1. Siaran langsung pernikahan SchAwal – 4 Mei, 9 malam. (Siaran serentak di Astro Ria, Astro Awani & Astro Ria SingTel mio TV)
2. Kisah hidup SchAwal – 11 Mei, 9 malam (Astro Ria)
3. Paparan majlis perkahwinan SchAwal- 18 Mei, 9 malam (Astro Ria)

Fahrin Ahmad Doakan Kebahagiaan Scha Dan Awal

Posted: 04 May 2012 12:50 AM PDT

Fahrin Ahmad Doakan Kebahagiaan Scha Dan Awal
Fahrin Ahmad yang juga bekas kekasih Scha Al-Yahya mendoakan kebahagiaan Scha dan Awal Ashaari yang bakal disatukan malam ini.. Tambah Fahrin Ahmad lagi, apa yang berlaku diantara dia dan Scha sebelum ini tidak pernah dikenang apatah lagi untuk berdendam dengan apa yang telah terjadi diantara mereka berdua sebelum ini.. Bagi Fahrin, hidup perlu diteruskan dan tiada gunanya memandang ke belakang…

"Saya doakan yang terbaik untuk Scha dan pasangannya. Saya tidak pernah memandang ke belakang. Apa yang berlaku di antara kami dahulu adalah perkara lepas dan saya tidak mahu mengenangkannya lagi. Saya juga tidak pernah berdendam. Mudah-mudahan Scha dan pasangannya kekal bahagia," (Gua)

Pada masa yang sama Fahrin Ahmad sempat menafikan desas desus yang mengatakan dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan… Jelas Fahrin Ahmad, Jodoh untuk dia berkahwin belum lagi sampai…