macam macam hiburan terkini |
- Kontroversi Saiful apek dan david teo
- Umur baru 8 tahun dan bawak kereta BMW
- Nama bakal suami nurul adalah Eric
- Fizz Fairuz akan melamar almy nadia
- (Gambar) Monyet dan kereta.
- Peminat facebook PM Ds Najib Tun Razak cecah 1 JUTA !!!
- (Gambar) Fasha sandha dan jejai berbulan madu
- Fahrin ahmad nak kahwin ??
- Siti nurhaliza ada kejutan untuk peminatnya
- Maya ingin bercinta lagi.
- Aliff Aziz Belum Sedia Tukar Kerakyatan
- Hanez Suraya Selesa Berkawan Dengan Awi Rafael
- Calon suami penyanyi nurul
Kontroversi Saiful apek dan david teo Posted: 11 May 2012 12:17 AM PDT Jika sebelum ini Producer David Teo sudapun membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai kes salah faham penghinaan Bob Kuman yang dibangkitkan oleh Saiful Apek, kali ini Saiful Apek sekali lagi melancarkan perang terhadap David Teo kerana producer itu dikatakan gagal membayar pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami.. Sebelum ini, Saiful Apek yang telah ditawarkan berlakon di kedua-dua filem itu dengan bayaran RM100,000 yang mana duit hasil lakonan itu telah dilaburkan semula ke kedua-dua filem berkenaan sejak tahun 2005.. Namun sehingga ke hari ini Producer David Teo dikatakan gagal membayar pulangan pelaburan tersebut.. Selain itu, David Teo juga gagal menyiapkan album nyanyianya yang telah dipersetujui pada tahun yang sama.. Akibat tidak berpuas hati dan tiada saluran untuk memperjuangkan haknya, Saiful Apek telah menyuarakan ketidak puasan hatinya dilaman social Facebook dan Twitter sehingga mendapat kritikan dari sesetengah pihak.. Akhirnya, Saiful Apek dan 50 artis yang lain akan mengadakan sidang media pada hari Ahad ini bagi memperjuangkan hak mereka semua dan akan menampilkan bukti dan dokument yang telah dipersetujui sebelum ini.. Erm.. patut la Saiful Apek memperjuangkan haknya di Facebook dan Twitter, RM200,00 tu bukan sikit.. MyGosip harap jika benar tuntutan Saiful Apek ni, Sila la bayar wahai David Teo… Untung filem juta-juta sampai box office takkan tak boleh bayar kot?.. SUMBER |
Umur baru 8 tahun dan bawak kereta BMW Posted: 10 May 2012 08:42 PM PDT BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin. Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta. Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam. Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390). Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi |
Nama bakal suami nurul adalah Eric Posted: 10 May 2012 08:40 PM PDT PENYANYI dan pelakon, Nurul Huda Abd. Wahab tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh buat kali kedua pada usia 36 tahun dengan seorang duda tanpa anak berasal dari Perancis, Eric Depp, 47. Nurul pernah kecewa apabila rumah tangganya bersama komposer dan penyanyi Ajai runtuh pada tahun 2007, malah percintaannya selepas itu hanya melukakan hati wanitanya. Namun, pertemuan yang diaturkan oleh rakan artis Zahida Rafik dengan Eric pada September 2010 membawa bunga cinta dalam hati Nurul apabila dia dan Eric mula serius pada Januari 2011. Tidak meletakkan sebarang harapan kerana bimbang dikecewakan lagi, Nurul bagaimanapun telah dilamar oleh Eric sambil disaksikan keluarganya pada 14 Februari tahun lalu dan menerima cincin tanda ikatan pada 14 Februari tahun ini. Disoal, apakah yang membuka hatinya untuk menerima Eric sebagai suami sedangkan, mereka berbeza budaya dan agama? "Sebenarnya pada awal perkenalan kami, saya hanya berkawan seperti biasa dengannya dan tidak meletakkan sebarang harapan. Kalau soal jodoh, saya tidak mempunyai sebarang kriteria tertentu, tidak kira apa sahaja warna kulit dan asalnya, jika sudah jodoh saya terima. "Walaupun Eric berasal dari Perancis tetapi dia sudah enam tahun menetap di Malaysia, dia sangat menghormati budaya tempatan dan juga saya sebagai wanita. Dia juga seorang lelaki yang bertanggungjawab dan terima saya seadanya termasuk kerjaya saya sebagai penyanyi," jawabnya. Tutur Nurul yang ditemui pada majlis pradengar album terbaharunya serta pengumuman perkahwinannya baru-baru ini, bakal suaminya itu sudah memeluk Islam pada 13 Februari tahun ini dan memilih nama Eric Daniel Depp sebagai nama Islamnya. FIGURA cantik ini nekad memilih lelaki Perancis bernama Eric Daniel Depp sebagai bakal suami. "Dia sudah belajar tentang Islam dan memahami tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga kelak. Tanggungjawab saya pula lebih berat untuk membimbingnya tentang agama Islam. Alhamdulillah setakat ini kami tidak ada sebarang masalah," kata Nurul. Nurul yang akan bernikah pada 6 Jun di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur masih merahsiakan wajah bakal suaminya yang bekerja sebagai perunding dan jurulatih kesihatan sebuah syarikat nutrisi antarabangsa itu. Katanya, wajah Eric hanya boleh dipertontonkan pada umum pada majlis pernikahannya kelak. "Saya bukan tidak mahu bawa dia pada majlis sidang akhbar ini tetapi, dia tidak mahu mencampuri urusan kerja saya. "Sidang akhbar ini adalah untuk album baharu saya, dia memahami kerja saya sebagai penyanyi, dia hanya akan muncul pada majlis pernikahan nanti," jelas Nurul tersenyum. Jika sebelum ini Nurul pernah bersikap terbuka soal cinta hati, namun kali ini Nurul cukup berahsia mengenai kekasih hatinya. Tidak sengaja mahu berahsia, tetapi pengalaman yang lepas cukup mengajar Nurul untuk menyimpan kisah peribadi dengan kemas. "Sebelum ini saya bersikap terbuka dan jujur kerana kehidupan peribadi saya, satu perniagaan (ketika bersama Ajai). Selepas berpisah, kehidupan peribadi bukan lagi satu perniagaan dan saya pernah jujur memberitahu kisah peribadi, bagaimanapun perkara itu yang digunakan untuk menentang saya. "Akhirnya, saya yang terkena balik, jadi berdasarkan pengalaman, lebih baik saya simpan sendiri kisah peribadi dan mengumumkan seperti hari ini apabila hubungan itu sudah ke arah perkahwinan," ucapnya. Tidak jemput Ajai Nurul yang sedang menghitung hari bahagianya secara jujur memberitahu, dia tidak akan menjemput bekas suaminya, Ajai ke majlis pernikahannya. Kata Nurul, apa yang telah berlaku biarlah berlalu dan tidak mahu dikenang kembali. "Saya tidak jemput Ajai. Saya juga tidak beritahu dia langsung tentang berita pernikahan ini. Ketika dia berkahwin dahulu pun dia tidak jemput saya. Bukan soal dendam kerana sudah tiada dendam antara kami. Kami masih berhubung kerana anak. "Prinsip saya, apa sahaja perkara lepas biarlah berlalu dan saya tidak suka menoleh ke belakang kembali. Kehidupan harus diteruskan, masa depan lebih penting," ujarnya tegas. TARIKH 14 Februari tahun lalu merupakan detik Nurul dilamar Eric. Selain Nurul, anak tunggalnya bersama Ajai, Ayu Nazirah 15, merupakan orang yang paling gembira dan tidak sabar untuk meraikan hari bahagia ibunya. "Ayu merestui dan rasanya dia lagi teruja dengan perkahwinan ini daripada saya sendiri. Dia tidak sabar untuk mengiringi saya masuk ke majlis pernikahan nanti," kata Nurul lagi. Bercakap soal majlis perkahwinannya, kata Nurul, pada 6 Jun akan berlangsungnya majlis pernikahan pada pukul 11 pagi dan majlis resepsi pihak pengantin perempuan akan diadakan di lokasi yang sama selepas majlis pernikahan berakhir. "Majlis saya hanya sederhana kerana saya hanya menjemput 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan juga pihak media. Saya ingin meraikan hari bahagia saya dengan orang yang benar-benar rapat sahaja," balasnya yang boleh berkomunikasi sedikit dalam bahasa Perancis. Selepas Kuala Lumpur, Pulau Bali Indonesia pula menjadi saksi cinta mereka apabila dipilih sebagai lokasi resepsi sebelah pihak lelaki pada 14 Jun ini. "Resepsi di Bali hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja. Boleh dikira sebagai bulan madu sekali," ujarnya yang akan menyarungkan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini. Album baharu Pada majlis yang sama, Nurul juga mengadakan majlis pradengar album mini terbaharunya yang akan diedarkan oleh Sony Music pada bulan hadapan. Album yang mengandungi lima buah lagu berjudul Mari, Cinta Nurul, Selamat Jalan, Kerana Kau Ada dan Takut Paranoia itu diterbitkan oleh Andi Merican. Masih mengekalkan identiti Nurul sebagai penyanyi lagu balada, album terbaharu yang masih belum berjudul itu turut diberi nafas segar apabila buat pertama kalinya menerusi lagu berjudul Mari, Nurul berduet dengan penyanyi rap Singapura, Komrad. "Ini kali pertama saya berduet dengan penyanyi rap untuk memberi nafas segar dalam lagu. Kerjasama yang baik dan mungkin dengan kerjasama ini, lagu saya akan popular di Singapura," kata Nurul yang mengidam untuk menembusi pasaran Asia. Album yang mengambil masa selama enam bulan untuk dibikin itu, merupakan kerjasama kali pertama Nurul dan Andi. Meskipun tidak pernah bekerjasama sebelum ini, Nurul mengakui berpuas hati dengan hasil yang diberikan tambahan, Nurul juga terlibat 100 peratus dalam penerbitan album terbaharunya itu. "Sebelum berjumpa Andi, saya terlebih dulu mencari beberapa komposer dan penerbit lain tetapi nampaknya jodoh saya dengan Andi lebih kuat. Walaupun masih muda tetapi, saya yakin dengan bakat yang dimiliki serta kesungguhannya menghasilkan album ini," tuturnya yang pernah muncul dengan album Tika Cinta pada tahun 2009. NURUL mempunyai sebab tersendiri kenapa dia enggan menjemput bekas suaminya, Ajai untuk menghadiri majlis pernikahannya dengan Eric. Masih percaya dengan industri muzik tempatan meskipun albumnya sebelum ini Tika Cinta tidak mendapat sambutan, Nurul kini hadir dengan satu pasukan yang cukup lengkap untuk membina semula jenamanya. "Album Tika Cinta tidak dapat sambutan kerana pelbagai sebab, antaranya promosi yang kurang dijalankan kerana ketika itu kontrak saya dengan Alibi Music hanya setahun, jadi tidak ada masa untuk promosi album. "Jika orang yang mendengar album itu, ramai yang mengatakan lagu-lagunya bagus tetapi mungkin disebabkan masalah promosi yang kurang, album itu kurang dapat sambutan. Sekarang, saya hadir dengan satu pasukan yang cukup lengkap dan strategi pemasaran sudah pun mula dilakukan," jawabnya. Nurul yang berbakat dalam penulisan lirik menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab penghasilan album ini kepada penerbit dan pencipta lagu. Ujarnya, kepadatan jadual hariannya menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk menulis lirik buat albumnya sendiri. "Memang saya tidak ada masa, mungkin pada masa depan saya akan tulis lirik sendiri. Andi datang dengan lagu yang sudah siap dan saya sendiri sukakan lagu-lagu tersebut, saya yakin dengan kemampuan pencipta dan penulis lirik dalam album ini," katanya yang menggunakan khidmat Nadia Aquila, Andi Merican, Sulu Sarawak, Shah Shamsiri, Don Mukri dan Eenaz Mokhtar sebagai pencipta lagu dan penulis lirik album terbaharunya. |
Fizz Fairuz akan melamar almy nadia Posted: 10 May 2012 08:39 PM PDT PASTI ramai yang masih tidak lupa saat aktor Fizz Fairuz menerima anugerah Pelakon TV Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-25 yang lalu. Titisan air mata serta riak terkejutnya jelas kelihatan kerana tidak menyangka dirinya yang akan dipilih peminat selepas 10 tahun bergelar aktor. Di sebalik titisan air mata gembira itu, Fizz telah memasang niat sebelum majlis anugerah itu berlangsung. Niatnya, Fizz ingin menamatkan zaman bujang tahun ini, andai anugerah itu berada di tangannya. Ternyata kemenangan berpihak kepadanya, namun, bagaimana pula dengan niatnya untuk berkahwin kerana hubungan cintanya dengan aktres Almy Nadia sudah memasuki tahun yang kelima dan diketahui umum. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fizz yang ditemui pada majlis penyampaian hadiah buat pemenang Anugerah Bintang Popular yang berlangsung baru-baru ini di Holiday Villa, Subang, Selangor. Kosmo!: Benarkah Fizz memasang niat untuk berkahwin sebelum majlis Anugerah Bintang Popular? FIZZ: Memang saya pasang niat, kalau saya menang malam itu, saya akan berkahwin tahun ini juga. Ibu saya juga mengetahui mengenai niat saya itu. Maknanya anda akan berkahwin dalam tahun ini juga? Umur saya sudah masuk 33 tahun. Hubungan cinta saya dengan Almy juga sudah lima tahun. Kalau kami berkahwin rasanya sudah ada dua orang anak (ketawa). Bagaimanapun, saya harus menunggu ibu saya pulang dari menunaikan umrah terlebih dulu pada Jun depan. Sudah pasang niat tetapi belum berbincang mengenai hal perkahwinan dengan keluarga? Belum berbincang lagi, tetapi ibu saya memang sudah suruh saya kahwin cepat. Katanya, buat apa saya tunggu lagi. Saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana belum ada perbincangan antara keluarga saya dan pihak keluarga Almy. Nanti kalau saya cakap lebih-lebih, ibu saya terkejut, cerita sudah keluar di akhbar tetapi dia sendiri tidak tahu. Apa pula kata Almy mengenai hal ini? Saya belum berjumpa dengannya lagi dan membincangkan hal perkahwinan, selepas perbincangan baru saya boleh umumkan. |
Posted: 10 May 2012 08:34 PM PDT |
Peminat facebook PM Ds Najib Tun Razak cecah 1 JUTA !!! Posted: 10 May 2012 08:27 PM PDT KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dan berterima kasih dengan sokongan rakyat terhadap laman sosial Facebooknya dengan peminat berdaftar mencecah lebih satu juta orang hari ini. Jumlah itu menjadikan beliau pemimpin dan ahli politik pertama yang memiliki jumlah peminat paling ramai di laman rangkaian sosial tersebut di rantau ini. Dalam entri terbarunya di Facebook, Najib berkata: "Saya terharu mengetahui rakan Facebook telah mencecah 1 juta orang. Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama-sama rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!" Pencapaian Najib yang boleh dianggap membanggakan itu berikutan usaha beliau mendekati rakyat di peringkat akar umbi dengan menggunakan kemudahan teknologi seiring dengan perkembangan semasa. Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan akan meraikan peminatnya yang ke-1,000,000 dan pengikut yang ke-500,000 di laman Twitter dalam sebuah majlis minum petang. Pada ketika berita ini ditulis, peminat Najib di laman Facebook adalah seramai 1,000,189 orang. – BERNAMA |
(Gambar) Fasha sandha dan jejai berbulan madu Posted: 10 May 2012 08:01 PM PDT |
Posted: 10 May 2012 05:34 PM PDT SERINGKALI dicuit tentang kisah percintaannya, tuan punya badan sendiri mengakui dia sudah lali dengan perkara tersebut. Namun dalam masa yang sama, dia juga memberitahu bahawa dia sudah cukup sedia untuk menerima jodoh. "Memang banyak kali juga orang bertanya berkenaan isu perkahwinan. Saya dah lali sangat dengan soalan sebegini. "Kalau ikutkan, saya sudah lama bersedia. Tetapi kahwin bukan perkara mudah. Banyak perkara perlu diambil berat. "Tapi mungkin dalam masa yang sama, jodoh saya yang masih belum bersedia," ujar Fahrin Ahmad ketika ditemui pada pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Tidak mahu cepat melatah terhadap gosip-gosip liar yang sering mengekori jejaka ini, Fahrin merasakan setiap perkara yang datang mempunyai hikmahnya tersendiri. "Bagi saya apabila sudah sampai masanya nanti, saya sendiri akan beritahu kepada semua. "Kalau saya tidak cakap apa-apa janganlah percaya. Jika saya sudah sahkan, itu baru betul," jelasnya menyangkal dakwaan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Selain itu Fahrin juga mendoakan yang terbaik kepada bekas kekasihnya, Scha Al Yahya yang sudah mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari hujung minggu lalu. Fahrin menjelaskan, dia sedikit pun tidak menyimpan sebarang perasaan dendam malah mengharapkan yang terbaik kepada mereka berdua. "Apa yang sudah lepas, lepaslah. Apa yang sudah berlaku, saya tidak mahu menoleh kembali ke belakang. "Apa-apa pun, saya doakan semoga mereka bahagia sehingga ke akhir hayat," katanya dengan penuh tenang. Jaga eksklusif Ketika zaman kemuncak kerjayanya, tidak dapat dinafikan wajah pelakon ini sering sahaja muncul di kaca televisyen. Namun keadaan sedikit berbeza kini apabila kelibatnya tidak lagu kerap muncul menghiasi drama yang ditayangkan televisyen. Bijak mengatur bicara dalam menjawab setiap persoalan yang dilontarkan, Fahrin mempunyai pendapatnya sendiri mengenai perkara tersebut. "Saya berpegang pada prinsip, biar sedikit saya muncul tapi setiap kali kemunculan saya itu mampu meninggalkan kesan kepada penonton. "Kalau selalu sangat keluar televisyen pun tapi tak meninggalkan kesan, tak bagus juga. "Tak perlu keluar setiap bulan tapi orang ramai mahu pun penonton tak endah pun dengan kehadiran kita. Risau juga orang muak nanti," katanya menjelaskan mengenai perkara tersebut. Selain memilih setiap karakter yang ingin dibawakannya, Fahrin juga menyifatkan perkara tersebut sebagai salah satu kitaran yang pasti akan dilalui oleh setiap insan yang bergelar anak seni. "Bagi saya apabila mula menjejakkan diri dalam industri ini, kita kena ada strategi. "Selain itu kita perlu sentiasa bersedia dari setiap sudut agar tidak tersalah langkah dan terlalu berasa selesa. "Selain itu saya percaya, tidak ada orang yang akan kekal di bawah dan tidak ada orang yang sentiasa berada di atas," jelas Fahrin penuh makna. Sementara itu Fahrin juga sempat melontarkan pendapatnya mengenai isu artis luar yang mendapat perhatian di sini. "Tidak ada apa yang perlu dipertikaikan. Rezeki masing-masing. "Tidak perlu ada rasa iri hati kerana kita sendiri yang menerima mereka dan dalam masa yang sama ia juga mampu membantu industri kita. "Kalau ada suara yang tidak berpuas hati pun, ada saluran dan juga tindakan yang lebih bijak dan tepat daripada terus menyelar kejayaan artis luar tersebut," jelasnya lagi. Kali Pertama Bukan mudah untuk mendapatkan keserasian setiap kali seorang pelakon itu harus berlakon dengan individu yang belum pernah menjadi gandingannya sebelum ini. Namun bagi Fahrin perkara tersebut bukanlah halangan dalam menunjukkan kebolehannya dalam menyampaikan lakonan agar dekat di hati penonton. "Untuk Seindah Sakura ini, ia merupakan kali pertama saya digandingkan bersama Fasha Sandha bagi drama bersiri. "Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kami agak mudah untuk berkomunikasi untuk menjayakan setiap babak yang ada," katanya yang mengakui paling serasi berlakon bersama aktres Umie Aida. Selain itu, drama bersiri tersebut itu juga merupakan kali pertama Fahrin berada di bawah arahan Zul Huzaimy. Dilabel Zul Huzaimy sebagai pelakon yang 'degil' ketika sidang akhbar drama tersebut, jujurnya tiada niat lain yang terlintas di hati Fahrin selain untuk memberikan yang terbaik kepada pengarah. "Apa yang dimaksudkan dengan Zul ialah kami selalu berbincang dalam setiap babak yang dilakonkan. "Saya mahu menzahirkan watak tersebut dengan cara saya yang tersendiri. "Alhamdulillah, sepanjang penggambaran drama ini, Zul juga banyak bagi kebebasan kepada saya dalam menghidupkan watak yang saya pegang. "Malah dalam masa yang sama, sepanjang saya berlakon, ini merupakan kali pertama saya rasakan perasaan yang sangat seronok dan tidak dibebani dengan tekanan," jelasnya lagi. |
Siti nurhaliza ada kejutan untuk peminatnya Posted: 10 May 2012 05:32 PM PDT Barangkali di mata masyarakat, penyanyi ternama bernama Datuk Siti Nurhaliza ini sudah memiliki segala-galanya - kemasyhuran dan kemewahan selama 17 tahun menakluk dunia seni tempatan dan Nusantara. Beratus-ratus anugerah dan penjualan album yang memberangsangkan semuanya terpahat kemas dalam direktori seni figura unggul ini. Pun begitu bagi Siti, sebagai anak seni istilah puas hati tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Selagi apa yang diimpikan dan rancangannya belum dapat direalisasikan, selagi itu Siti dia tidak akan duduk diam. Kata bekas juara Bintang HMI 1995 itu, dia mempunyai banyak perancangan yang belum tercapai dan salah satunya adalah untuk mengadakan sebuah konsert. Mungkin impiannya kedengaran mustahil tetapi sebagai penghibur, dia mahu mencipta rekod sendiri dengan menghiburkan masyarakat dengan konsert yang akan berlangsung di jalan raya terkemuka negara. Mengakui mengambil inspirasi daripada kejayaan konsert terbuka Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Chow Kit, Kuala Lumpur lebih dua dekad lalu, tetapi kali ini Siti mahu menampilkan kelainan. "Memang ini sebuah projek besar. Kertas kerja pun sudah disiapkan dan hanya menunggu mencari penaja sahaja. "Kalau boleh, saya mahu melakukannya secepat mungkin. Tetapi memandangkan pilihan raya semakin hampir, saya berharap ia akan dapat direalisasikan selepas itu," kata pemenang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali itu penuh optimis. Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu berkata demikian sewaktu ditemui pada sidang akhbar Istimewa Hari Ibu... Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. Kali terakhir penyanyi tersohor itu mengadakan konsert solo adalah pada tahun 2009 menerusi Konsert Eksklusif Satu di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Mengenai perkembangan lain pula, seperti mana yang pernah diberitahu sebelum ini, Siti kini sedang mencari bahan terbaik untuk album Melayu terbarunya. Untuk itu katanya, dia mengalu-alukan lagu daripada semua komposer tidak kira baru atau lama untuk menyumbang dalam album terbarunya itu. Sambil menyatakan kekagumannya kepada lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna, Siti mahu album terbaru itu berkonsepkan muzik yang digemari oleh khalayak masa kini. "Berkemungkinan besar juga album itu nanti hanya memuatkan lima atau enam buah lagu sahaja. Kalau boleh saya mahu kesemuanya adalah karya yang berkualiti dan bagus agar album tersebut dapat dinikmati sebaik mungkin. "Saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat sebaliknya apa yang saya pentingkan adalah melodi dan lirik yang bagus. Tidak kira komposer muda ataupun senior, semuanya saya alu-alukan," ujar pemilik vokal lagu Falling In Love dan Jawapan Di Persimpangan ini penuh bersungguh. Dalam masa yang sama, Siti memberitahu dia akan terlibat dalam sebuah projek album istimewa di mana ia akan dihasilkan dan diterbitkan sepenuhnya oleh karyawan muzik Indonesia. "Album yang bakal memuatkan 10 buah lagu itu memuatkan beberapa buah lagu lama saya yang diberi nafas baru dan selebihnya adalah lagu baru. "Teruja juga dengan album ini kerana saya dijanjikan oleh pihak terbabit bahawa penerbitnya adalah Erwin Gutawa," kata Siti yang kali terakhir muncul dengan album solo Melayu, Tahajjud Cinta sekitar dua tahun lalu. Selain itu, Siti juga bakal berduet dengan penyanyi dan komposer antarabangsa, Richard Marx selain sedang berusaha mendapatkan khidmat Bruno Mars dan David Foster untuk album Inggeris keduanya kelak. Peminat dokongan utama Perbualan seterusnya beralih pula kepada sambutan ulang tahun pembabitannya dalam bidang seni yang ke-17 pada 1 April lalu. Sambil memanjatkan kesyukuran, Siti menggambarkan usia 17 tahun itu umpama seorang gadis yang dalam proses kematangan sebelum menuju alam dewasa. Sudah pasti kata isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini, tunjang utama kepada kekuatannya sehingga mampu bertahan sehingga 17 tahun lamanya adalah kerana peminatnya. Mungkin kedengaran klise, tetapi jelas penyanyi berusia 33 tahun ini, itulah hakikat sebenar yang dia sendiri tidak boleh menafikannya. "Peminat-peminat saya memang cukup hebat dan mereka sanggup bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan sentiasa berpihak kepada saya. Itu adalah nilai yang cukup tinggi buat seorang penyanyi dan saya amat menghargainya. "Mereka sentiasa bersama saya sejak awal dan sehingga kini masih setia, tidak pernah jemu menyokong sehinggalah saya sudah berumah tangga. Sebab itu, saya mahu terus melakukan yang terbaik buat mereka," ujarnya. Sempat juga Siti berkongsi cerita tentang percutiannya ke Bogor, Indonesia bagi membuat kejutan buat peminatnya di sana pada hari ulang tahun pembabitannya dalam dunia seni ke-17 yang lalu. Cerita Siti, saban tahun, ahli kelab peminatnya yang digelar SitiZoners akan berkumpul untuk meraikan sambutan ulang tahunnya sesama sendiri walaupun Siti tidak bersama mereka. Lalu, apabila mereka berhimpun sekali lagi di Bogor, Siti merasakan adalah lebih baik untuk berkumpul sesama mereka. Dengan bantuan pengurus peribadi yang juga kakak iparnya, Rozi Abdul Razak, Siti ke lokasi percutian tersebut bersama suaminya. "Pada malam tersebut dalam keadaan gelap kerana Earth Hour, ketika sedang bermain soalan trivia, tanpa mereka sedari, saya duduk sekali bersama mereka. "Apabila tiba giliran saya dan sebaik sahaja saya bersuara, ternyata mereka cukup terkejut dan terharu dengan kehadiran saya. "Melihat riak wajah gembira masing-masing, membuatkan saya puas dapat bersama-sama walaupun perjalanan ke sana cukup memenatkan," katanya yang sempat melibatkan diri dengan pelbagai permainan yang diaturkan pada keesokan harinya. Pada sidang akhbar itu juga, Siti telah dikejutkan dengan kehadiran 17 peminatnya yang menghadiahkan penyanyi kesayangan mereka itu dengan dua biji kek istimewa sambil diiringi lagu popular Siti, Seindah Biasa. |
Posted: 10 May 2012 06:43 AM PDT Aktres yang popular dengan watak Izzah menerusi filem pecah panggung Ombak Rindu, Maya Karin Roelcke nampaknya semakin sibuk tahun ini selepas memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2011. Cukup laris sebagai pelakon dan pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki popular, namun sehingga kini hati wanita berusia 31 tahun itu masih kosong sejak bercerai dengan bekas suaminya, Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010. Akui Maya yang semakin jelita ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular di Holiday Villa, Subang baru-baru ini, dia ingin kembali bercinta. Kosmo!: Selepas bercerai setahun lebih, adakah anda sudah bersedia untuk kembali bercinta dengan mana-mana lelaki? MAYA: Hati saya sudah terbuka untuk kembali bercinta sejak Disember tahun lalu, tetapi setakat ini hati saya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki. Maknanya, anda pernah mempunyai teman lelaki sejak Disember tahun lalu? Belum ada lagi, tetapi saya mengaku yang saya pernah keluar dengan beberapa lelaki. Kami pergi makan malam bersama tetapi hubungan itu tidak pergi lebih jauh. Apa masalahnya, sedangkan anda merupakan artis terkenal, tentu tidak sukar untuk memiliki mana-mana lelaki yang diingini. Siapa kata senang untuk mencari lelaki yang benar-benar sesuai. Sebenarnya mungkin kerana kesibukan kerjaya membataskan saya untuk mengenali dengan lebih dekat hati lelaki yang saya minati. Bayangkan kami pergi makan malam, kemudian saya sibuk dengan kerja, dua bulan selepas itu baru saya teringat untuk hubunginya semula. Jadi, agak sukar untuk lelaki menerima jadual kerja saya. Kriteria lelaki idaman anda? Saya suka lelaki yang berdikari, suka cabaran, lasak dan falsafah kehidupan yang sama seperti saya. Buat masa ini, saya sangat sibuk, jadi saya tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh. Jika boleh, anda mahu lelaki itu bekerja dalam bidang yang sama ataupun berlainan? Kalau boleh saya mahu lelaki yang berlainan bidang dan tidak terlibat langsung dalam industri seni. Sekurang-kurangnya minda saya berkembang kerana kami boleh membincangkan topik yang berlainan. Ada meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman janda? Tidak ada sebarang sasaran. Keluarga juga tidak memaksa saya untuk berkahwin segera. Saya tidak terlalu memilih, cukup jika lelaki itu memahami, menyayangi dan ikhlas menerima saya seadanya. Perkembangan terbaharu anda? Jadual saya penuh sepanjang tahun ini dan terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan filem. Sebelum puasa, saya akan bergegas untuk penggambaran dua buah filem, salah satu filem itu adalah arahan Osman Ali. |
Aliff Aziz Belum Sedia Tukar Kerakyatan Posted: 10 May 2012 06:00 AM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mengakui dia belum bersedia untuk menjadi penduduk tetap negara ini walaupun banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur bagi urusan kerjaya nyanyiannya. Aliff yang merupakan warganegara Singapura itu berkata, dia baru sahaja menetap di Kuala Lumpur sejak Januari lalu dan ingin melihat kemampuannya untuk bertahan dalam industri hiburan tempatan. "Rasanya masih awal lagi untuk saya membuat permohonan bagi menjadi penduduk tetap di Malaysia. Tambahan pula belum sampai setahun lagi saya menetap di Kuala Lumpur. "Umur saya pula baru saja 21 tahun dan saya belum bersedia untuk menukar kerakyatan saya. Setakat ini saya hanya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali," katanya selepas pelancaran album ketiganya berjudul Aliff Aziz. Tambah Aliff, dia percaya muzik-muzik yang dibawakannya masih boleh menawan hati peminat-peminatnya di Malaysia. Mengenai album terbarunya terbitan Sony Music, Aliff masih lagi kekal dengan lagu berkonsepkan pop seperti dua albumnya sebelum ini. Aliff menunjukkan album terbarunya. "Selepas dua tahun melaksanakan tanggungjawab menjalani latihan khidmat negara di Singapura, secara pantas saya hasilkan album ketiga ini dengan bantuan dua komposer yang sangat saya gemari iaitu Azlan Abu Hassan dan Panji Sakti. "Menariknya, album pada kali ini menampakkan kematangan saya walaupun penyampaian muzik saya berbentuk keremajaan. "Dan bayangkan saya mengambil masa selama tiga minggu sahaja untuk menyiapkan album ini. Walaupun sekejap sahaja rakamannya tapi Alhamdulillah, hasilnya bagus. ," ujarnya. Album terbaru Aliff yang telah pun berada di pasaran sejak 20 Mac lalu ini memuatkan sebanyak 10 buah lagu antaranya Jangan Ganggu Pacar Ku, Cinta Ya Cinta, Hanya Lagu, Sudah Nasib Ku, Cinta Dusta, Setiap Detik, Nada Cinta dan Dilema Cinta (menampilkan Hao Ren) termasuklah dua lagu berbentuk 'minus one'. |
Hanez Suraya Selesa Berkawan Dengan Awi Rafael Posted: 10 May 2012 05:59 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri 3 Janji, Hanez Suraya mengakui selesa menjalinkan hubungan dengan penyanyi Awi Rafael yang digosipkan bercinta dengannya. Hanez berkata, Awi adalah lelaki yang paling rapat dengannya buat masa ini namun menolak dakwaan mereka sedang bercinta. "Tiada apa yang perlu saya sorokkan kerana hakikatnya memang kami berkawan baik dan bukannya bercinta buat masa ini. "Namun tidak dinafikan Awi adalah lelaki yang paling rapat dengan saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu. Tambah Hanez, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan mengenai soal cinta kerana terlalu sibuk dengan kariernya sebagai pelakon dan tidak mahu terburu-buru mengejar soal itu. "Sekarang ni memang tiada masa nak cari teman lelaki kerana sibuk dengan kerja jadi saya tidak terlalu memikirkannya. Tambahan pula ia bukan keutamaan untuk diri saya," katanya. Dalam pada itu, ditanya jika dia ditakdirkan bercinta dengan Awi, Hanez berkata, sukar baginya untuk menyatakan mengenai hal tersebut dan membiarkan masa menentukan hala tuju hubungan mereka. Hanez memberitahu, walaupun berkawan baik tetapi mereka jarang dapat berjumpa kerana sibuk dengan aktiviti seni masing-masing dan hanya berbual memalui telefon jika berkelapangan. Awi Rafael. "Kami masing-masing sibuk dan hanya berkesempatan untuk bercakap menerusi telefon sahaja. Tetapi dia adalah seorang kawan yang banyak memberi saya semangat dan menyokong dalam apa saja yang saya lakukan," ujarnya. Bagaimanapun kata Hanez, sekiranya hubungan mereka menjadi serius, biarlah perkara itu didedahkan sendiri oleh Awi kerana tidak manis baginya sebagai wanita untuk bercakap mengenai perkara tersebut. "Nanti orang kata saya syok sendiri pula, jadi jika perkara itu berlaku antara saya dan Awi biarlah dia yang membuka mulut dan bukannya saya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, dia bakal berangkat ke Perancis pada 20 Mei depan bagi menyelesaikan baki penggambaran drama bersiri berjudul Dalam Hati Ada Taman yang menggandingkan dirinya dengan pelakon popular Indonesia iaitu, Randid Pangalila. Hanez berkata, dia senang dapat bekerjasama dengan pelakon sinetron itu kerana Randid sangat peramah dan banyak membantu ketika di set penggambaran. "Ini bukan kali pertama bekerja dengan dia jadi apabila bertemu kembali untuk drama bersiri Dalam Hati Ada Taman telah memudahkan keserasian kami kerana saling mengenali," ujarnya. Drama arahan Michael Ang itu katanya bakal disiarkan di saluran Astro Ria dalam masa terdekat. Selain itu juga dia bakal muncul dengan telefilem berjudul Suri untuk siaran TV3. |
Posted: 10 May 2012 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia. Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang diinginkan daripada lelaki berusia 47 tahun itu. "Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari. "Eric juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa hormat budaya kita di Malaysia. Soal itu langsung tidak pernah menjadi masalah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu. Nurul ditemui selepas melancarkan album mini terbarunya di sini. Tambah Nurul, dia tidak perlu risau mengenai soal budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada Eric. Nurul memberitahu, pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini. "Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam soal kerohaniannya sebagai mualaf. "Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya. Pasangan itu bakal bernikah pada 6 Jun depan di Duchess Palace dekat sini pada pukul 11 pagi. Kira-kira 200 tetamu bakal dijemput pada hari bahagianya itu yang dibuat secara kecil-kecilan. Dalam pada itu, Nurul memberitahu, Eric telah memeluk Islam sejak 13 Februari lalu dan tindakkannya itu telah meyakinkan bahawa lelaki tersebut sesuai untuknya. Nurul juga tidak pernah menyangka akan bertemu dengan Eric dan seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas lima tahun menjanda. "Saya telah mengenalinya pada September 2010 dan kami mula serius pada Januari 2011. Sepanjang dua tahun pengenalan kami dia seorang lelaki yang baik dan memahami diri saya dan sentiasa senang bersama dengannya," katanya. Sementara itu, ditanya kenapa dia sering mengelak apabila ditanya mengenai lelaki sebelum ini, Nurul berkata, dia tidak mahu menjadikan kehidupan peribadinya sebagai satu 'perniagaan' sepertimana dilakukan sebelum ini. Dia juga banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak lagi bersedia untuk berkongsi kisah peribadi melainkan perkara penting seperti pengumuman perkahwinan. "Cukuplah dulu selagi ada kisah dipaparkan dalam akhbar malah hubungan peribadi itu menjadi perniagaan. Bukan mengelak tetapi saya sudah banyak belajar daripada pengalaman lalu," katanya. Bercerita lanjut mengenai bakal suaminya itu, Nurul berkata Eric adalah seorang duda tetapi tidak mempunyai cahaya mata dan bekerja sebagai konsultan dan jurulatih kesihatan. Katanya, pihak media hanya akan mengenali Eric pada hari pernikahan nanti kerana bakal suaminya itu merasakan dirinya bukanlah seorang artis. "Dia bukan sombong tetapi malu nak jumpa orang apatah lagi saya ni seorang artis. Dia rasa tak sesuai untuk berada di sini," katanya. Dalam perkembangan sama, Nurul memberitahu sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bon Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place. Bagaimanapun dia tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan. |
You are subscribed to email updates from macam macam sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |