borak kosong |
- Pepsi yang Cuma ada di Jepun
- Sperma Lembu Boleh Untuk Perawatan Rambut
- Ada Gel Rambut Terbuat dari Hingus Gorilla
- Setianya abang pengawal ni
- Adegan Lucu Perjuangan Seorang Anak kecil Mendapatkan Ciuman Pujaan Hatinya [Video]
- Tertawakan Tragedi Sukhoi Pramugari Rusia Dipecat
- Lelaki maut terjun pokok kelapa
- Ratu Fiji dilucut gelaran
- Mati hidup semula
- Seorang mati, 2 koma selepas langgan pelacur
- Ibu hamil sorok dalam longkang
- Patah tangan elak ‘3 budak’
- Wanita kena jual
- Gadai harta RM3j bayar ceti haram
- Hadiah penumbuk sempena hari ibu
- Gambar mayat yang telah dibakar hidup-hidup
- Awek ni berumur 70 tahun
- Hebat...awek dihentak dengan botol
- Cara meletakkan kereta jika tiada petak untuk meletakkan kereta
- Pasangan yang dipaksa kahwin rupanya lesbian
- Wanita Pilih Main Game Daripada Berhubungan seks
- Selamatkan anjing terlupa nak selamatkan cucu
- Aksi polis menumpaskan penculik
- Wajah seperti pakai topeng
- Kaya gila lantainya dibuat daripada wang
Posted: 13 May 2012 09:15 PM PDT Beza negara, beza selera. Dalam satu negara saja tiap daerahnya punya selera yang berbeza. Selera jadi menarik saat sebuah kultur berusaha mengadaptasi selera luar agar lebih boleh diterima oleh lidah tempatan. Usaha ini sepertinya giat dilakukan oleh Jepun, negara yang terkenal punya banyak selera 'unik'. Lihat saja bagaimana mereka mengadaptasi minuman bersoda Pepsi yang datang dari negeri Uncle Sam: 1. Pepsi Ice Cucumber Yap! Pepsi ini rasa TIMUN…Warnanya hijau agar menyerupai timun. Dalam proses pembuatannya tidak menggunakan timun sama sekali, hanya menggunakan perasa buatan agar menyerupai rasa segar yang diberikan saat makan timun. 2. Pepsi Shiso Pepsi ini mengadaptasi rasa tanaman Shiso, atau yang lebih dikenal dengan nama 'Perilla'. Tanaman Perilla ini termasukk dalam keluarga tanaman mint dan banyak digunakan dalam masakan di Jepun, Korea, dan China. Hmm…rasanya seperti apa ya? 3. Pepsi Azuki Orang Jepung suka rasa kacang merah (Azuki) yang manis. Makanya Pepsi ini pun diproduksi dengan rasa kacang merah yang sangat akrab bagi lidah orang Jepun. 4. Pepsi Baobab Pernah dengar pohon Baobab yang raksasa dan boleh hidup hingga ribuan tahun kan? Nah, Kamu (mungkin) boleh merasakan rasa buah pohon Baobab jika minum Pepsi Baobab ini! Katanya Pepsi ini rasanya hampir seperti rasa jeruk… |
Sperma Lembu Boleh Untuk Perawatan Rambut Posted: 13 May 2012 09:00 PM PDT Percaya atau tidak, sperma lembu digunakan sebagai bahan perawatan rambut di salah satu salon mewah di Inggris. Perawatan ini mencampurkan sperma lembu jenis Angus dengan akar tanaman yang disebut dengan katera. Kedua bahan dasar tersebut mempunyai kandungan protein yang besar dan dapat membantu dalam perawatan batang rambut. Perawatan ini sering disebut dengan 'Viagra Rambut'. Apabila Anda tertarik, siapkan kocek Anda sebesar $100. |
Ada Gel Rambut Terbuat dari Hingus Gorilla Posted: 13 May 2012 08:45 PM PDT Di Amerika Syarikat,hingus gorilla digunakan untuk membantu gitaris untuk memegang pick-nya. Namun, berbeza halnya di Mexico, disana hingus gorilla digunakan sebagai gel rambut. "Moco de Gorila", diproduksi oleh salah satu perusahaan yang bernama, N.I.S.A. Mereka cuba menawarkan gel rambut yang super kuat. Tertarik untuk membelinya? Anda boleh membelinya secara online disini. |
Posted: 13 May 2012 08:30 PM PDT |
Adegan Lucu Perjuangan Seorang Anak kecil Mendapatkan Ciuman Pujaan Hatinya [Video] Posted: 13 May 2012 08:15 PM PDT Kata siapa anak kecil tidak pernah mengalami kisah percintaan yang menyakitkan? Lihat, lelaki kecil dalam video di bawah ini sudah mengalaminya. Tapi hebatnya, walaupun masih kecil tetap gigih memperjuangkan cintanya, meskipun harus ditolak berkali-kali oleh sang pujaan hati. Dalam video terlihat anak kecil laki-laki tersebut berkali-kali cuba mendapatkan ciuman dari seorang gadis yang ia sukai, tapi sayang, usahanya yang gigih belum mendapatkan hasil yang sebanding. |
Tertawakan Tragedi Sukhoi Pramugari Rusia Dipecat Posted: 13 May 2012 08:00 PM PDT TRIBUNNEWS.COM--Akibat ulahnya, Ekaterina Solovyova, pramugari cantik asal Rusia dipecat dari tempat kerjanya. Ekaterina yang bekerja di syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot ini, diberhentikan lantaran menghina kecelakaan pesawat Sukhoi Superjet 100 yang jatuh di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat. "Hah? Kecelakaan pesawat? Hahaha! Pesawat itu memang menyebalkan, kenapa tak terjadi di Aeroflot saja sih, kan lebih baik begitu," tulis dalam akaun twitternya seperti dilansir En Rian. Apa yang ditulisnya, mendapat tanggapan serius dari banyak pengguna Twitter. Terlebih, tragedi ini menjadi sorotan dunia. Mereka yang menanggapi protes, mengecam atas apa yang ditulis Ekaterina dalam akaun twitternya. Ia kemudian buru-buru menghapus kicauannya itu. Namun, tak menolongnya untuk kembali bekerja di syarikat penerbangan Aeroflot. Pesawat Sukhoi Superjet 100 yang melakukan demo flight pada Rabu (9/5/2012) lalu, hilang kontak pada pukul 14.33. Pesawat ini sempat meminta turun pada ketinggian 6.000 kaki kepada Aero Traffic Center Bandara Soetta, Jakarta. Pada Khamis (10/5), puing-puing pesawat ditemukan bertaburan di sebuah tebing di Gunung Salak, Bogor. |
Lelaki maut terjun pokok kelapa Posted: 13 May 2012 07:45 PM PDT KUALA SELANGOR - Jika kawasan Ijok kecoh dengan demonstrasi penduduk yang tidak mahu kuil dan pondok komuniti dirobohkan pemaju, lain pula ceritanya di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram di sini apabila ketenangan penduduk diganggu pekikan seorang lelaki yang mengugut mahu terjun dari pokok kelapa, semalam. Lelaki terbabit terjun dari pokok kelapa dengan ketinggian enam meter jam 10.45 pagi semalam. Ketua Kampungnya, Hashim Mansor, 63, berkata, selepas penduduk kampung, imam masjid dan anggota polis gagal memujuk, lelaki berasal dari Sabah itu nekad terjun selepas dipercayai berada di atas pokok lebih lima jam. Ketika kejadian, Hashim sekeluarga dikejutkan dengan jeritan meminta tolong jam 7 pagi semalam sebelum keluar melihat lelaki tidak dikenali berada di atas pokok kelapa di belakang rumahnya. "Jeritan lelaki itu menimbulkan tanda tanya penduduk dan kawasan belakang rumah saya menjadi kecoh selepas dipenuhi orang ramai. Ramai datang melihat kerana tidak percaya apa berlaku. "Saya tidak faham tindakan lelaki itu yang meminta pelbagai perkara tidak munasabah termasuk mahu anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman datang," katanya. Beliau berkata, anggota polis cuba memujuk lelaki itu supaya turun sendiri dan berbincang mengenai masalahnya, namun sia-sia. sumber : sinar harian |
Posted: 13 May 2012 07:30 PM PDT WELLINGTON: Ratu cantik Fiji, Torika Watters yang menjadi sasaran kritikan bersifat perkauman kerana rupa parasnya dilucut gelarannya semalam. Dia kini digantikan dengan peserta lain untuk mewakili Fiji dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia. Penganjur berkata, pertukaran itu dilakukan kerana usia Torika yang baru 16 tahun, bukan kerana rungutan dia yang mempunyai darah kacukan Eropah dan Fiji tidak kelihatan seperti orang Fiji. Torika dipilih bulan lalu, mengalahkan peserta penduduk asli Fiji oleh panel hakim termasuk supermodel New Zealand, Rachel Hunter, bekas isteri Rod Steward dan beberapa hakim bukan warga Fiji. Keputusan itu menyebabkan laman Facebook Miss World itu dihujani kritikan yang menyuarakan wakil Fiji mesti mempunyai 'buiniga,' perkataan tempatan untuk rambut kerinting orang Fiji. Beratus-ratus kritikan terpaksa dipadamkan dan jurucakap pertandingan berkata di Facebook, tiada "kritikan membina cuma kritikan negatif daripada penduduk Fiji mengenai pemilihan Torika." Penganjur Andhy Blake berkata Torika tidak memenuhi kriteria Pertandingan Ratu Cantik dunia kerana peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 17 tahun. Dia digantikan oleh Koini Vakalolomam 24, pemenang tempat kedua. - AFP sumber : myMetro |
Posted: 13 May 2012 07:15 PM PDT KAHERAH: Keadaan sedih di upacara pengebumian bertukar gembira apabila 'mayat' yang hendak dikebumikan tiba-tiba bangun. Hamdi Hafez al-Nubi, 28, pelayan restoran dari Naga al-Simmanm, diisytiharkan mati selepas mengalami serangan jantung di tempat kerja. Ketika persediaan untuk mengebumikannya dilakukan, doktor yang dihantar untuk menandatangani surat kematiannya mendapati tubuhnya masih hangat. Keluarga Hamdi yakin dia sudah mati, malah sudah pun memandikan 'mayatnya' dan bersedia untuk dikebumikan. Apabila mendapati tubuh Hamdi masih hangat, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati dia masih bernafas. sumber : myMetro |
Seorang mati, 2 koma selepas langgan pelacur Posted: 13 May 2012 07:00 PM PDT BANGKOK: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dan dua lagi tidak sedarkan diri, di sebuah bilik hotel di Pattaya, semalam. Mangsa yang mati dikenali sebagai Business Chan, 57 manakala dua lagi Sanjib Saha, 54 dan Rashid Harunur, 58 yang koma, dibawa ke Hospital Memorial Pattaya. Saksi berkata, mereka nampak ketiga-tiga lelaki itu membawa pelacur ke bilik mereka di Hotel Bella Express. Polis percaya, pelacur itu memberi dadah kepada lelaki terbabit dan kemudian mencuri barang milik mereka memandangkan tiada tanda pergelutan. Dadah dijumpai dan kesan barang kepunyaan tiga warga Bangladesh itu didapati diselongkar dan beberapa barang berharga hilang. - Bangkok Post sumber : myMetro |
Ibu hamil sorok dalam longkang Posted: 13 May 2012 06:45 PM PDT KUCHING: Seorang wanita yang sarat hamil anak sulung mendakwa terpaksa bersembunyi dalam longkang berhampiran tempat tinggalnya di asrama pekerja tapak pembinaan selama sejam bagi mengelak menjadi mangsa amukan suaminya dipercayai kaki botol di tapak pembinaan di Muara Tabuan di sini, kelmarin. Suri rumah berusia 30 tahun itu mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas suami dikahwini setahun lalu tiba-tiba naik angin dan memukulnya menggunakan botol air hanya kerana gagal menyiapkan hidangan makan malam. Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali, selain perutnya turut dipukul hingga dia terjatuh. Menurut mangsa, sebelum kejadian, suaminya yang berusia 39 tahun, buruh di sebuah tapak pembinaan di Muara Tabuan dikatakan pulang dalam keadaan mabuk sebelum mengamuk apabila mendapati hidangan makan malam belum disediakan. sumber : myMetro |
Posted: 13 May 2012 06:30 PM PDT ARAU: "Anak saya mendakwa cuba mengelak tiga kanak-kanak kecil yang mahu melintas jalan di depan Istana Arau sebelum kereta dipandunya terbabas lalu merempuh pagar balai polis yang bertentangan istana." Begitu kata Kamarudin Hasyim, 56, apabila anak lelakinya, Kamarul Ashraf, 18, yang juga pemain bola sepak Piala Presiden Angkatan Tentera Malaysia (ATM), patah tangan kiri akibat kejadian yang berlaku jam 12 tengah malam kelmarin. Kejadian berkenaan menyebabkan Proton Iswara dipandu Kamarul Ashraf remuk teruk kerana merempuh pagar konkrit Balai Polis Arau. Kamarudin berkata, Kamarul yang memandu berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kodiang, Kedah, selepas pergi ke gelanggang futsal di Kangar, di sini. Menurutnya, dia dimaklumkan anaknya cuba mengelak kanak-kanak melintas jalan di kawasan itu sebelum kenderaannya hilang kawalan lalu merempuh pagar balai polis berkenaan. "Lebih mengelirukan, sejurus selepas kemalangan, kanak-kanak itu tidak kelihatan, malah orang ramai yang melihat kejadian berkenaan juga mendakwa tidak melihat kanak-kanak yang dimaksudkan. "Saksi kejadian memberitahu mereka melihat kereta dipandu anak saya meluncur laju sebelum melanggar tembok dan tiang lampu di hadapan balai polis itu lalu terbalik dan tersadai di situ," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik berkenaan baru sahaja mendapat lesen memandu dan sering menggunakan keretanya untuk ke Kangar atau kawasan berdekatan. "Mangsa patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi rawatan lanjut, malah polis sudah mengambil sampel air kencing pemandu," katanya. sumber : myMetro |
Posted: 13 May 2012 06:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Tertipu dengan ajakan teman baru untuk berkenalan dengan sepasang suami isteri dari negara asal, seorang wanita warga India bukan saja dirogol, malah turut dijual kepada pasangan berkenaan untuk dijadikan hamba seks. Difahamkan, teman baru mangsa adalah seorang lelaki rakyat tempatan berusia 30-an yang dikenali sejak Februari lalu. Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari India dibawa lelaki terbabit berjumpa sepasang suami isteri yang berasal dari negara sama di Puchong pada Februari lalu kerana tidak mengenali sesiapa di Malaysia sebelum dibawa ke hotel di ibu kota untuk mandi. Menurutnya, ketika berada di hotel, mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman dipercayai dicampur dengan dadah yang menyebabkannya khayal sebelum dirogol lelaki itu. "Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut merakam gambar bogel mangsa ketika dalam keadaan khayal. Mangsa kemudian dijual kepada pasangan suami isteri berkenaan kononnya untuk bekerja di salun rambut milik mereka. "Bagaimanapun, pasangan itu tidak memberikan pekerjaan di salun rambut, sebaliknya diminta menjadi hamba seks di rumah pasangan itu," katanya. sumber : myMetro |
Gadai harta RM3j bayar ceti haram Posted: 13 May 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang usahawan hartanah kini pasrah apabila hilang projek bernilai RM11 juta sehingga terpaksa pula menggadaikan harta bernilai lebih RM3 juta gara-gara membuat pinjaman dengan along dan kini masih dikejar 58 along setiap hari bagi menuntut baki pinjaman berserta faedah sebanyak RM3 juta. Itu pengajaran paling besar yang diterima usahawan berkenaan selepas memperjudikan nasib keluarga dengan meminjam sejumlah besar wang daripada ceti haram. Lebih malang, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ghani, 47, itu turut berdepan kerenah melampau kumpulan terbabit yang meminta bayaran harian RM80,000 dengan nilai faedah mencecah 40 peratus sehari. "Saya mula terjebak dengan along tiga tahun lalu apabila syarikat gagal memperoleh pinjaman bank untuk melaksanakan beberapa projek. "Jumlah pinjaman ketika itu RM50,000 dan saya tidak pernah gagal melunaskan bayaran bulanan seperti di tetapkan along," katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam. sumber : myMetro |
Hadiah penumbuk sempena hari ibu Posted: 13 May 2012 05:45 PM PDT CHUKAI: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat seorang wanita apabila dia dihadiahkan satu tumbukan di muka oleh anak lelakinya dalam kejadian malam kelmarin. 'Hadiah' daripada anak berusia 20 tahun itu menyebabkan ibu berusia 49 tahun terbabit terpaksa menanggung kesakitan apabila lebam di bahagian kanan mukanya, selain bengkak pada bahagian kiri lengan selepas dibaling dengan topi keledar. Kejadian menimpa ibu malang itu berlaku apabila anak lelakinya meminta wang RM40 ketika berada di rumahnya di Kampung Titian Berayun, di sini, jam 10.30 malam. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya sebelum anaknya itu pulang dan meminta wang berkenaan. Bagi mengelakkan anaknya melakukan perkara tidak diingini, mangsa tidak berfikir panjang apabila memberikan anak lelakinya wang yang diminta. sumber : myMetro |
Gambar mayat yang telah dibakar hidup-hidup Posted: 13 May 2012 05:30 PM PDT |
Posted: 13 May 2012 05:15 PM PDT |
Hebat...awek dihentak dengan botol Posted: 13 May 2012 05:00 PM PDT |
Cara meletakkan kereta jika tiada petak untuk meletakkan kereta Posted: 13 May 2012 04:45 PM PDT |
Pasangan yang dipaksa kahwin rupanya lesbian Posted: 13 May 2012 04:30 PM PDT MEDAN: Penduduk kampung Labuhan Batu, Rantau Prapat, terkejut apabila mendapati pasangan yang mereka paksa bernikah selepas ditangkap sebenarnya wanita, lapor media . Dianggap memalukan kampung, orang ramai kemudian memaksa kedua-dua mereka bernikah. Bagaimanapun, Khamis lalu mereka dikejutkan dengan berita bahawa sebenarnya Hendra – yang disangka lelaki – adalah wanita bernama Indah. Menurut Jakarta Globe, apabila didesak, akhirnya Hendra mengesahkan dia bukan lelaki. Pasangan itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Menurut Metro TV, kedua-dua wanita itu mengaku tidak mahu berkahwin tetapi terpaksa berbuat begitu kerana bimbang dengan kemarahan penduduk kampung. Pasangan itu berkenalan agak lama dan mereka sering berada di rumah Trisnawaty sehingga lewat malam sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang kampung. Mengesyaki mereka bersekedudukan, orang ramai menyerbu rumah itu dan memaksa mereka berkahwin. Trisnawaty berkata, dia tidak berniat menipu orang kampung tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut. "Saya tahu dia wanita tapi apa yang boleh kami lakukan ketika itu?" katanya. ~~Agensi |
Wanita Pilih Main Game Daripada Berhubungan seks Posted: 13 May 2012 04:15 PM PDT BERMAIN game sudah sejak lama dikaitkan sebagai hobi lelaki. Umumnya, game dilakukan remaja lelaki yang terobsesi permainan komputer, juga suami yang tergolong antisosial. Namun sebuah penemuan menarik dilaporkan minggu ini, ternyata wanita juga menggemari game online sama seperti lelaki. Bahkan, responden yang telah menikah mengaku lebih punya banyak waktu 'berteman' dengan layar komputer saat bermain game ketimbang bermain dengan suami. Demikian seperti dilapor Dailymail. Kajian yang dibuat Doritos, snack asal Amerika ini menemukan, sementara 50 peratus lelaki mengaku ketagihan game online, 49 peratus wanita juga mengalaminya. Lelaki menghabiskan 22,3 peratus waktu mereka bermain game online, wanita justru lebih lama yakni 23,2 peratus dari seluruh waktunya. Penelitian ini juga menemukan bahawa responden wanita menghabiskan waktu lebih banyak bermain game daripada bercinta. Parahnya, 1 dari 5 wanita mengaku bermain game online di ranjang, sementara sang suami tidak bolehberbuat apa-apa soal ini. Alasan yang mendasari lelaki bermain game online adalah prinsip pertandingan sedangkan 2 di antara 3 wanita mengaku memaikannya untuk menghilangkan stress. Dan soal pilihan game, wanita lebih menyukai game yang berelemen sosial atau menggunakan otak sedangkan lelaki memilih game berunsur kekerasan atau gambling. Adakah kegemaran lelaki dan wanita terhadap game online menjadi perosak hubungan? Para ahli mengatakan, Ya. Kedekatan kita terhadap teknologi menjauhkan kita dari teman-teman bahkan pasangan, yang akan berhujung pada masalah. Belum lama ini sahaja terungkap bahawa 15 peratus perceraian terjadi lantaran salah satu pihak ketagihan game. Sekarang ini, ramai orang yang tetap menggunakan handset saat makan malam atau menghabiskan banyak waktu di depan komputer atau televisyen. Mereka lebih terhubung dengan teman di Facebook berbanding dengan pasangannya. Teknologi telah mengganggu hubungan perkahwinan di mana kita menjadi saling menjauh. Teknologi telah menjadi semacam gangguan keintiman," jelas para peneliti dari Doritos |
Selamatkan anjing terlupa nak selamatkan cucu Posted: 13 May 2012 04:00 PM PDT Seorang nenek Mandy Hands 45 tahun dapat menyelamatkan anjing kesayangannya tetapi terlupa untuk menyelamatkan cucunya yang sedang tidur dalm kejadian kebakaran. Nasib cucunya Curtis 11 tahun dapat diselamatkan oleh pihak bomba. |
Aksi polis menumpaskan penculik Posted: 13 May 2012 11:00 AM PDT |
Posted: 13 May 2012 10:30 AM PDT Wajah bayi yang berusia 14 bulan ini dilihat seperti memakai topeng. Keadaannya seperti bayi ini mempunyai 2 muka, dan muka ini tertampal pada muka yang asal.Cuba teliti gambarnya. Menurut ibu kepada bayi istimewa ini,Yi Xilian tiada apa yang aneh ketika mengandungkan Kangkang dan kandungannya juga normal ketika itu. Selepas Yi Xilian melahirkan Kangkang, doktor tidak membenarkan untuk melihat Kangkang. Namun, Yi Xilian merayu kepada suami untuk melihat wajah anaknya.Dia terkejut dan menangis ketika melihat keadaan bayinya. Doktor beranggapan mungkin berlakunya jangkitan ketika perkembangan embrio ketika mengandung atau kesan ubat-ubatan yang diambil ketika Yi Xilian mengandung.Namun, tiada sebab yang jelas yang dapat dibuat oleh doktor. Kos untuk melakukan pembedahan kepada Kangkang dianggarkan 80 – 100 ribu US Dollar. Pembedahan ini dilakukan untuk menyamakan 2 bahagian wajah Kangkang dan tulang muka dan doktor tidak berani memberikan jaminan tentang hasil pembedahan .(LINK) |
Kaya gila lantainya dibuat daripada wang Posted: 13 May 2012 10:15 AM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |