Adsense

Ahad, 8 April 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Kad Jemputan Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai, Nikah 27 April?

Posted: 08 Apr 2012 07:30 PM PDT

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Walaupun belum disahkan, tapi hampir pasti bahawa gambar yang menunjukkan kad jemputan kahwin ini merupakan kad jemputan perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai kerana pada kad jemputan tersebut jelas tertulis nama mereka berdua. Nampak kan?

Pada kad jemputan itu juga, walaupun kurang jelas, tapi kami nampak tercatat tarikh 27 April 2012. Mungkinkah ini sudah cukup mengesahkan bahawa Fasha Sandha dan Jejai akan melangsungkan pernikahan pada 27 April ini? Sama-sama kita nantikan'nya.

+Foto: Media Hiburan

Related Posts with Thumbnails

Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH 2011

Posted: 08 Apr 2012 09:59 AM PDT

Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH 2011

Nampaknya jangkaan awal kami mengatakan bahawa Bintang Paling Popular ABPBH 2011 akan dimenangi sekali lagi oleh Shahiezy Sam untuk tahun ke-2 berturut-turut nyata meleset apabila nama Aaron Aziz diumumkan sebagai penerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2011 dengan jumlah undian sebanyak 87,669 undi. Tahniah Aaron Aziz.

Bagi yang tak sempat menyaksikan ABPBH 2011 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 mahupun live streaming sebentar tadi, kat bawah ni kami senaraikan keputusan penuh bagi setiap kategori. Puas hati atau tidak, terima sajalah ia dengan hati yang terbuka:-

01) Artis Duo/Berkumpulan Popular: Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

02) Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As'ari

03) Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shila

04) Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

05) Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

06) Artis Komedi Lelaki Popular: Johan (Raja Lawak)

07) Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias

08) Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan Razak

09) Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

10) Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

11) Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

12) Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz

13) Penyanyi Wanita Popular: Yuna

14) Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz

15) Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin

Anugerah khas:-

1) Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid

2) Anugerah Sri Perak: Dato' Siti Nurhaliza

Related Posts with Thumbnails