Sensasi |
- Debaran Fasha menjadi isteri, Fasha sifatkan Jejai seorang yang bijak dan berpengetahuan luas
- Gambar pernikahan Natasha Hudson dan Carleed Khaza
- Sesi temubual bersama Rita: Saya sudah tawar hati dengan suami dan sudah bersedia menjanda semula
Debaran Fasha menjadi isteri, Fasha sifatkan Jejai seorang yang bijak dan berpengetahuan luas Posted: 14 Apr 2012 11:55 PM PDT 27 April bakal menyatukan Fasha dan kekasih hatinya Rizal Ashram ,Jejai..lagi 12 hari,Fasha menghitung hari dan berdebar. "Tuhan akhirnya memakbulkan doa semua yang ingin sangat melihat saya bertemu jodoh dan bahagia di samping Rizal," kata Fasha sebak. "Pelbagai rasa yang sedang saya lalui ketika ini. Saya pasti ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana setiap wanita akan berdepan dengan apa yang saya rasai. "Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang memahami diri ini, malah menerima saya seadanya. Jejai bukan sekadar seorang kekasih tetapi juga sahabat yang sentiasa di sisi setiap kali saya memerlukan," katanya. Fasha berkata, ahli perniagaan itu seorang yang matang, malah sentiasa membentuknya menjadi wanita yang positif dan berani mengambil apa saja cabaran di depan mata. "Mungkin kerana berkongsi minat yang sama terhadap haiwan, jadi perbualan kami tidak pernah bosan malah Jejai sentiasa terbuka untuk berbicara mengenai apa saja topik. "Dia lelaki yang bijak dan berpengetahuan, secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Jejai banyak mengubah hidup saya supaya menjadi lebih objektif," dedah gadis kelahiran Johor Bahru mengenai keistimewaan lelaki itu. Akui Fasha, keinginan untuk mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pernah disuarakan Jejai tahun lalu namun ditolaknya kerana masih belum bersedia. Enggan berselindung, Fasha menjelaskan, ketika itu terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikirannya malah komitmen terhadap karier seni membuatkan dia enggan memperjudikan masa depannya dengan sebuah perkahwinan. "Tetapi Jejai tidak putus asa. Dia cuba melamar lagi pada awal tahun ini dan entah dari mana kuasa itu datang, saya tidak lagi berfikir panjang dan terus bersetuju. "Ketika itu saya dapat merasakan Tuhan melapangkan laluan untuk saya melangkah seluas-luasnya hingga saya bersedia memberikan sepenuh jiwa dan raga kepada seorang lelaki yang paling saya sayangi," katanya. Fasha berkata, majlis pernikahannya yang akan diadakan secara tertutup itu hanya mengundang 300 tetamu terdiri daripada keluarga, sahabat, peminat serta teman media yang akrab dengannya. Ia disusuli dengan dua majlis persandingan yang akan berlangsung pada Mei ini, namun Fasha masih belum bersedia untuk berkongsi segala perincian mengenai acara itu. "Bukan berahsia cuma masa tidak mengizinkan saya untuk berkongsi semua cerita. Saya juga menghormati permintaan keluarga Jejai dan ibu bapa yang enggan perkahwinan ini terlalu digembar-gemburkan. "Jejai sendiri selesa semuanya berjalan secara sederhana. Saya harap semua peminat memahami," katanya menjelaskan tindakannya yang disifatkan sesetengah pihak sebagai strategi untuk memancing perhatian peminat. "Saya terima kenyataan tidak selama-lamanya saya akan berada di atas. Selagi masih belum bergelar isteri, keutamaan saya tetap kepada karier lakonan kerana periuk nasi saya di sini. "Tetapi apabila tiba masanya, fokus saya akan beralih arah dan ketika itu saya mungkin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan pula. "Alhamdulillah hampir sedekad dalam dunia lakonan saya sudah mengecapi beberapa kejayaan namun masih ada lagi yang belum saya capai dalam hidup ini. "Saya ingin mencipta nama sebagai usahawan dan pada masa sama, menjadi isteri dan ibu yang berjaya. Itu doa saya ketika ini dan Insya-Allah, saya berharap niat suci itu direstui Ilahi," katanya. |
Gambar pernikahan Natasha Hudson dan Carleed Khaza Posted: 14 Apr 2012 11:42 PM PDT Tahniah Sensasi ucapkan kepada pasangan pengantin baru yang baru selamat dinikahkan hari ini 15 April 2012.Semoga bahagia ke akhir hayat. Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liyana Hudson, 30, sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad. Turut menyaksikan majlis tersebut ialah keluarga serta saudara mara kedua-dua belah pihak dan pihak media. Natasha menerima lima dulang hantaran seperti sirih junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin. Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Natasha dan yang pertama buat Carleed. |
Sesi temubual bersama Rita: Saya sudah tawar hati dengan suami dan sudah bersedia menjanda semula Posted: 14 Apr 2012 11:28 PM PDT Pergelutan rumah tangga Rita dan Aidil Zafuan bermula pada Oktober tahun lalu apabila pemain bola sepak tersebut membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap Rayyan dan permohonan kembali taat terhadap Rita Rudaini di Seremban. Tanggal 10 Januari lepas, Rita dikejutkan dengan SMS daripada Aidil Zafuan yang keluar meninggalkan rumah semasa dia berada di kampungnya di Arau, Perlis. Bersama media yang berkerumun mahu tahu status perkahwinannya pada Rabu lalu, Rita mengakui, dia sudah menerima dokumen permohonan perceraian yang difailkan Aidil. Ketika ini, pasangan tersebut menunggu tarikh perbicaraan. Tidak cukup dengan sidang media semasa majlis hari lahirnya, Rita dihubungi untuk membuat beberapa penjelasan. Kenapa masalah kalian boleh sampai ke tahap ini? RITA RUDAINI: Saya tidak tahulah, masalah rumah tangga kami ialah masalah keluarga Aidil sendiri. Saya tahu dia masih muda, tapi tua atau muda, yang penting minda. Sejak mula kahwin sampai sekarang, saya yang sara diri sendiri. Bukannya saya tak boleh dibawa berbincang tapi kalau dia berkeras dengan saya, saya juga boleh berkeras dengan dia. Bagaimana hubungan Rita dengan suami sebenarnya? Saya sudah tawar hati dengan dia. Saya perlukan seseorang yang tegas untuk melindungi saya dan anak tetapi itu tidak berlaku. Walaupun berdepan dengan pelbagai masalah sekalipun saya mahu lelaki (suami) matang dan tegas untuk selesaikannya dan jangan lari daripada masalah. Buat masa ini saya memang sangat berkecil hati dengan tindakan dia. Saya tidak sanggup tengok orang buat macam ini kepada anak-anak saya. Bagaimanakah keadaan rumah tangga Rita sepanjang empat tahun bersamanya? Bahagia itu ada, cuma boleh dikira dengan jari. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya. Saya bertahan sebab saya mahukan yang terbaik untuk hidup kami semua. Tetapi saya reda kalau ini ialah takdirnya. Saya tidak menyesal. Sudah beberapa kali kami hampir bercerai, tetapi kami baik kembali kerana mahukan yang terbaik. Jika perceraian terus berlaku, hak penjagaan anak pula macam mana? Saya akan mempertahankan anak-anak saya habis-habisan. Walau susah sekalipun anak-anak akan tetap bersama saya dan Allah sahaja yang boleh pisahkan kami. Selepas ini saya akan utamakan anak-anak dan besarkan mereka dengan sempurna. Dia pernah tinggalkan saya dan anak-anak tanpa satu sen pun dan sekarang dia nak rebut hak anak. Kalau dia berani, rebutlah! Bagaimana hubungan anak- anak dengan bapa mereka? Anak yang paling kecil masih tak tahu apa-apa. Tetapi anak sulung memang rapat dengan saya. Jadi dia tak tanya langsung tentang ayah dia selepas empat bulan tak berjumpa. Sepanjang empat bulan dia keluar dari rumah, dia bukannya tinggal di rumah keluarga sahaja, dia ada rumah di Kuala Lumpur. Dua minggu sekali dia akan datang tengok anak-anak dan SMS saya tanyakan anak sedang buat apa. Ada masa saya balas, ada masanya saya tak balas. Saya bukannya tinggal di India sampai dia boleh tak datang jumpa saya. Jika bapa mereka mahu berjumpa macam mana? Dua minggu lepas dia datang nak jumpa Rayyan, 10 minit dia pujuk Rayyan supaya datang kepadanya tapi Rayyan sembunyi belakang saya tak nak jumpa dia. Sudah bersedia menjanda sekali lagi? Sejak hari pertama berkahwin saya sudah bersedia. Apatah lagi rumah tangga sering tidak aman sejak berkahwin walaupun saya sering berusaha menjernihkan keadaan. Selama ini anda yang banyak memberikan kenyataan, kenapa? Ada Aidil beri nafkah? Demi Allah saya tak tipu dan saya berani bersumpah. Masa dia tinggalkan rumah, satu sen atau sekotak susu pun dia tidak beri kepada anak-anak. Lepas tiga bulan tinggalkan rumah, barulah dia bagi RM1,500, cukup ke duit sebanyak itu untuk perbelanjaan dua orang anak. Dia mungkin boleh menipu masyarakat tetapi dia tidak boleh menipu diri sendiri dan paling penting tidak boleh menipu Allah. Jika RM1,500 itu yang didakwa sebagai tidak mengabaikan nafkah, bagaimana dengan nafkah untuk tiga bulan sebelum itu? |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |