Adsense

Ahad, 15 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Konsert Rhythm Of the Soul Menampilkan OPICK

Posted: 15 Apr 2012 06:12 PM PDT

KONSERT RHYTHM OF THE SOUL – DI BAWAH LANGIT-MU (ROS)

JEMPUTAN KE KONSERT RHYTHM OF THE SOUL – DI BAWAH LANGIT-MU (ROS)

Musleem Records & ILuvIslam Radio akan menganjurkan sebuah konsert yang julung-julung kali diadakan di Malaysia yang menggabungkan Opick dari Indonesia yang digandingkan bersama pengalun-pengalun Zikir terkenal dari Malaysia dalam sebuah konsert khas yang diberi nama 'Rhythm Of the Soul'.

Rhythm Of the Sou

Program : Konsert 'Rhythm of the Soul' : Di Bawah LangitMu
Tarikh : 20 April 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam – 11.30 malam
Tempat : Dewan Muktamar, Pusat Islam KL
Anjuran : Musleem Media & Iluvislam R adio
Feature : Opick (Tombo Ati, Indonesia)
Jemputan Khas : Ustaz Amal, Ustaz Zulkarnain, Ustaz Munif, Ustaz Hazamin dan Hafiz Hamidun

"Rhythm Of the Soul" atau dalam bahasa Melayu bermaksud Irama Jiwa, adalah tema diketengahkan kerana ummat Islam haruslah memperbanyak zikir dan tasbih dan ini nyata seperti tercatat dalam Surah al-Israa, ayat 44, maksudnya, "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah.

Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha pengampun". Dalam Al Quran surah Ar-Ra'd ayat ke 28 pula dicatatkan, "Ketahuilah dengan 'dzikirullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Opick

15 April 2012 – Gambar Opick ketika sesi bertemu peminat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Konsert ini antara lainnya bertujuan untuk menyatukan ummah di dalam sebuah majlis/konsert seumpamanya tanpa mengira berbeza latarbelakang. Selain itu, konsert ini buat pertama kalinya di Malaysia, yang mengasingkan penonton lelaki dan perempuan. Semoga majlis zikir dan ilmu seperti ini akan menambah keberkatan sekiranya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dijaga, insyaAllah.

PENEMPAHAN TIKET:

Anda mahu membeli dan menempah tiket? Okay, Sila layari: http://konsert-ros.com/?page_id=128

Tentatif Konsert 20 APRIL 2012

7.45 pm Ketibaan tetamu
8.00 pm Ketibaan media
8.15 pm Ketibaan VIP & artis-artis jemputan
8.30 pm Konsert Rhythm Of the Soul
10.45 pm Tamat Konsert Rhythm Of the Soul (hari pertama)
11.00 pm Sidang Media bersama Opick & pengalun Zikir
11.15 pm Jamuan ringan
11.45 pm Bersurai

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Profile Soul 3
  • Amy Winehouse & Tony Bennett Single Body and Soul
  • Korean Acapella Group Red Soul First Tour In Malaysia
  • Erykah Badu CONCERT Live In KL 2012
  • Konsert Altimet Live Sepang Circuit
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya
  • Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya
  • Profile Kumpulan Coda Artis Baru Siti Nurhaliza Productions
  • Konsert Gambus Tradisional Ke Fusion
  • Natasha Hudson Nikah Dengan Carleed Khaza

    Posted: 15 Apr 2012 06:00 PM PDT

    Natasha Hudson Sah Milik Carleed Khaza

    Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

    Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.

    Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.

    gambar natasha hudson nikah

    "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar.BSemoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat," katanya yang enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.

    Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin. Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

    Sementara itu, beritahu Carleed pula, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

    "Apa yang penting, Natasha menghormati kedua-dua ibu bapa saya disamping sering membantu saya menjaga nenek saya yang uzur. Dia seorang yang sangat istimewa di mata saya.

    "Saya juga amat rapat dengan anak perempuannya, Nessa Helena, dan kami berdoa untuk memiliki anak lagi," ujarnya.

    Tambah Carleed, mereka sedang merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.

    Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

    Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin. – mstar online

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Carleed featuring Natasha Hudson Jika Ku Boleh Ubah Dunia
  • Gambar Natasha Hudson Pakai Rekaan Zery Zamry di ABP2010
  • Movie Date Natasha Hudson Bersama Peminat SEKALI LAGI
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Gambar Wedding Natasha Hudson & Mohd Faiz
  • Jennifer Hudson Red Carpet 2011 Grammy Awards
  • Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?
  • Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010
  • Selamat Datang ke Dunia Blog, Natasha Hudson!