Adsense

Khamis, 19 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Dato’ Siti Nurhaliza Cover Girl Majalah E&F Edisi 6

Posted: 19 Apr 2012 10:20 PM PDT

Buah tangan si editor, Faizal Harun sekali lagi mengamit mata kami apabila penghibur No.1 tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dipertontonkan dalam gaya elegan & authentic untuk majalah online E&F edisi ke-6.

Antara topik menarik yang Dato' Siti Nurhaliza kongsikan bersama pembaca ialah kisah beliau dikejar peminat sehingga tercabut rambut palsunya selepas membuat persembahan di Johor Bahru. Selain itu, beliau turut berkongsi 15 fakta kenangan pahit manis sepanjang 17 tahun bergelar anak seni di muka surat 11.

Paling menarik, Dato' Siti Nurhaliza merancang untuk mengadakan konsert sekiranya mendapat tajaan pada tahun ini.

Apa lagi kisahnya? Dapatkan kisah lanjut mengenai Dato' Siti Nurhaliza hanya di E&F edisi ke-6, sekarang!

Foto: Kereta Mewah Milik Aaron Aziz & Zizan, GTR & Evo 10 Versi M7!

Posted: 19 Apr 2012 09:54 PM PDT

Untung nasib badan bila rezeki melimpah-ruah masuk. Siapa lagi yang tak kenal Zizan dan Aaron Aziz? Kedua-dua selebriti ini telah merangkul anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) baru-baru ini yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting.

Namun bukan itu yang mahu OHBULAN! bincangkan disini. Sebenarnya OHBULAN! 'jealous' tengok kereta milik Zizan dan Aaron Aziz. Apa tidaknya, seorang pakai Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 dan seorang lagi pakai M7 JAPAN GTR R600, M7 Dragon Edition. Hamboi, ini baru betul KL Gangster!

Zizan ada Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 dan Aaron Aziz pula ada M7 JAPAN GTR R600, M7 Dragon Edition siap Diyana Halik duduk sebelah. Zed Zaidi? Hadooo? Oops, kami cuma bergurau. Jom tengok kereta milik 2 orang selebriti ini!