Harian Metro: Rap |
Posted: 16 Apr 2012 06:04 AM PDT USIA pembabitannya dalam lapangan seni lakon masih baru hingga ramai yang belum kenal sepenuhnya wajah dan bakatnya. Hakikatnya, Ana Dahlia juga finalis program realiti Pilih Kasih musim pertama, baru tiga tahun bergelumang dalam sepak terajang industri hiburan. Namun entah mana pangkal cerita, wanita berusia 29 tahun ini mengumumkan perkahwinannya bersama anak teruna chef selebriti popular, Chef Wan iaitu Mohd Nadzri Redzuawan. Belum puas membina empayar lakonan dan menerima sebarang pengiktirafan, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar yakin dengan keputusan hati walaupun sedar akan risiko di depan mata. "Jika asyik memikirkan soal populariti atau kerja, nampaknya sampai bila-bila pun saya tak kahwin. Namun saya percaya rezeki dan ketentuan itu bukanlah kerja kita untuk menentukannya. Kalau betul apa yang saya lakukan ini adalah perkara baik, insya-Allah akan ada saja rezeki yang datang," katanya.
"Saya hanya ingin meraikan rasa sayang yang kami miliki. Riz memang seorang lelaki yang penyayang, memahami dan menerima saya seadanya. Kehadirannya sejak awal kami bercinta, dia melengkapkan jiwa dan sentiasa membuatkan saya tersenyum. Lantas untuk apa lagi saya menunggu sebaik dia melamar, inilah cenderahati paling indah yang pernah saya miliki. "Bohong jika saya tidak rasa gusar pada awalnya kerana karier lakonan baru bermula. Saya memang bekerja keras bagi membantu keluarga dan mencari rezeki. Namun alhamdulillah, gerak hati saya itu benar apabila kami berkahwin, rezeki itu bertambah dan lebih ramai yang meletakkan rasa percaya untuk menawarkan saya berlakon. "Alhamdulillah, setakat ini soal kerja tidak langsung terusik walaupun tanggungjawab dan komitmen saya sudah bertambah. Sesibuk mana sekalipun, saya perlu memastikan makan dan pakai suami cukup. Itu adalah keutamaan saya ketika ini. Namun saya bersyukur kerana Riz seorang suami yang mudah dijaga dan sangat menyokong apa saja yang saya lakukan. "Malah sesuatu yang paling saya gembira adalah ayah mentua, Chef Wan yang cukup penyayang dan menerima saya dengan hati terbuka. Papa sentiasa menyokong apa yang kami lakukan termasuk soal karier lakonan. Malah papa adalah orang yang paling sibuk untuk membantu saya menceburi cabang seni penerbitan pula, sedangkan saya sendiri yang belum cukup sedia. "Alhamdulillah papa dan Riz begitu akrab dengan keluarga saya dan mereka bijak menyesuaikan diri walaupun awalnya itulah yang mencari kerisauan saya. Papa dan Riz begitu rendah diri dan membuatkan setiap kali berkumpul, semua keluarga menjadi riuh rendah. "Apa yang boleh saya simpulkan, perkahwinan ini jelas memberikan saya dimensi berbeza menjadi seorang wanita. Saya bahagia dan terus mencari titik keserasian yang lebih bersama suami," katanya yang mengakui tidak pernah merancang soal anak. Walaupun status suaminya seorang tukang masak profesional yang terkenal juga pemilik sebuah restoran, On The Table, itu bukanlah alasan buatnya untuk mencuri peluang tidak memasak buat suaminya. Jelas Ana, Riz akan menuntut 'air tangan' setiap waktu kelapangan yang kami ada. Tanpa perlu mengingatkan atau menyuruh, tempoh mengenali Riz lebih setahun sebelum berkahwin sudah cukup mengajar Ana akan karakter suaminya. Lantas setiap hari, dramatis yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pramugari AirAsia akan tetap mencari masa menyediakan masakan buat suaminya. "Memang seronok apabila kita mempunyai suami yang pandai memasak. Bayangkan, suami saya seorang chef. Namakan saja, pasti dia mampu menyediakan masakan hanya di dapur kami saja. Namun itu bukanlah yang berlaku dalam hubungan kami kerana sejak awal lagi, Riz memang inginkan masakan saya. "Mujur saya memang minat memasak dan tidak kekok berada di dapur. Lantas setiap hari jika ada kelapangan, saya akan sediakan masakan untuknya terutama waktu makan malam yang mana ruang untuk kami berdua berkongsi cerita. Itu lebih manis dan memberikan saya kepuasan sendiri setiap kali memasak dirasa oleh tukang masak profesional. "Setakat ini, Riz ada juga mengajar saya beberapa jenis masakan namun apa yang paling saya gemari adalah teknik penyediaan makanan serta hiasan dalam juadah yang sememangnya kepakaran Riz. Itulah ilmu yang sedang dia turunkan kepada saya ketika ini," selorohnya. Menyentuh soal lakonan pula, anak kedua daripada enam beradik yang sebelum ini pernah muncul dalam drama Bonda, Delima, Salam Terakhir dan Arjuna mengakui sedang sibuk dengan penggambaran Metro Skuad tayangan TV2 selain drama lakonannya bersama Liyana Jasmay menerusi 3 Janji sedang hangat ditayangkan kini dalam slot Lestary, TV3. Malah jelas Ana, dia mengharapkan drama terbaru lakonannya, Bukan Untukmu terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd akan meninggalkan impak buat peminat. Berlakon di samping Memey Shuhaiza dan Ako Mustapa, drama 15 episod sentuhan pengarah Along Kamaruddin ini disifatkan paling mencabar buatnya yang bermain emosi bagi menghidupkan watak antagonis yang penuh misteri. "Bagai sirih pulang ke gagang, saya begitu seronok apabila mendapat panggilan daripada Suhan Movies kerana di sinilah saya mula menjejakkan kaki dalam lapangan seni ini. Abang Rosyam Nor juga pemilik Suhan Movies yang memilih saya dan memimpin hingga ke peringkat ini. "Pastinya ia meninggalkan satu kenangan istimewa buat saya selain plot cerita Bukan Untukmu ini sememangnya berbeza dan menarik," katanya mengenai drama yang ditayangkan di TV9 setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam. |
SOSEH SOSEH: Cuba jual rakan sendiri? Posted: 16 Apr 2012 05:47 AM PDT KALAU dengar cerita artis 'dijual' kepada golongan VIP atau saja diumpan menjadi penyeri kepada orang-orang kaya, SS memang tidak terkejut kerana itulah budaya yang diamalkan sesetengah selebriti di Malaysia semata-mata ingin hidup mewah. Tapi lain dengan cerita yang disampaikan seorang kawan SS ini mengenai aktres terkenal yang sanggup 'menjual' seorang lagi pelakon muda kepada VIP. Mungkin dia akan diberikan habuan sampai begitu bersungguh-sungguh ingin memperkenalkan pelakon muda ini kepada seorang ahli perniagaan.
Kebetulan kawan SS berada di belakang pentas sebuah program secara langsung kerana tugasnya memastikan semua artis keluar masuk mengikut jadual. Maklumlah program secara langsung, pasti ramai kru produksi yang duduk di belakang pentas. Di belakang pentas itu, kelihatan seorang pelakon muda yang sedang menunggu gilirannya naik pentas. Tiba-tiba muncul seorang pelakon popular mendekati pelakon muda ini dan terus duduk bersebelahan.
Kawan SS kata, dia terkejut apabila mendengar si aktres memujuk agar pelakon muda bertemu VIP yang ingin sekali mengenalinya. Bukan main lagi gelagat si pelakon tadi memujuk tanpa menghiraukan orang sekeliling yang turut
Tapi kata kawan SS, dia memuji sikap pelakon muda itu yang menolak dengan cara baik dan memberikan pelbagai alasan kerana tidak mahu terjebak. Maklumlah si pelakon itu sudah pun berpunya. Walaupun buah hatinya tidak sekaya mana,
SS tidak pasti pula sama ada orang kaya itu muda atau tua, cuma yang pastinya kawan SS terdengar yang kononnya VIP itu memang teringin sangat nak berkenalan dengan pelakon muda tadi. SS tidaklah rasa pelik sangat dengan senario begitu, cuma rasa kelakar pula mengenangkan si aktres begitu bersungguh-sungguh ingin 'menjual' bintang muda itu padahal diri sendiri pun banyak masalah rumah tangga. SS: Berlakon watak 'mak ayam' luar dan dalam filem. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |