Adsense

Selasa, 17 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Bila Qi jadi buaya darat

Posted: 17 Apr 2012 06:23 PM PDT



BARISAN pelakon drama bersiri Friday I'm In Love bergambar selepas tamat majlis pelancaran drama tersebut di Restoran Ecoba. baru-baru ini.



PELAKON dan pengacara yang namanya kini sedang melonjak naik, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali sering bertukar pasangan pada setiap minggu. Namun yang peliknya, Qi akan jatuh cinta pada setiap kali menjelang hari Jumaat dengan gadis yang berbeza. Hubungan tersebut bagaimanapun hanya boleh bertahan sehingga hari Khamis minggu berikutnya.
Namun Qi tidak pernah kecewa dan putus asa demi mencari cinta sejati dan berharap suatu hari dia pasti akan menemui seorang wanita yang benar-benar boleh bertahan dan membalas cintanya itu.
Bagaimanapun itu bukan situasi yang dialami dalam dunia realiti Qi. Sebaliknya, ia adalah situasi bagi watak Awang yang dilakonkan oleh Qi dalam drama terbaharu 13 episod berjudul Friday I'm In Love yang bakal ditayangkan di slot Aurora, TV9 bermula pada 19 April ini, setiap Khamis pukul 8.30 malam.
Selain Qi, antara pelakon yang terlibat dalam drama itu termasuklah Nabila Daly, Nelydia Senrose, Zoey Rahman, Ryzal Jaafar dan Aiman Hakim Redza.
Bercerita tentang wataknya, Qi yang ditemui pada sidang akhbar drama tersebut di Restoran Ecoba, Damansara Perdana, Selangor menyatakan Awang bukan seorang buaya darat walaupun dia kerap bertukar kekasih dan jatuh cinta.
"Sebenarnya Awang merupakan seorang yang kelam-kabut, lurus dan bersahaja serta tidak pernah takut untuk bercinta dan kecewa. Walaupun ada sahaja masalah yang timbul dengan cintanya sehingga perlu menukar teman wanita pada setiap minggu, namun dia tidak pernah takut.
"Dia hanya mahu mencari cinta sejatinya dan pada dasarnya juga, dia bukan seorang buaya darat, tapi keadaan yang memaksa dia menjadi begitu," jelas Qi.


MEMEGANG watak Awang, Qi akan jatuh cinta pada setiap minggu dengan wanita yang berbeza-beza.



Cerita Qi, ini merupakan drama kedua lakonannya selepas Blogger Boy dan selepas dia berehat selama tiga tahun daripada dunia lakonan. Tiga tahun itu digunakan untuk memberi komitmen sepenuhnya dan fokus terhadap bidang pengacaraan.
Tambah kekasih Yuna ini lagi, sebab utama dia kembali aktif berlakon kerana dia berasa sudah tiba masanya untuk memberi fokus terhadap bidang lakonan pada tahun ini. Namun, dia mengaku masih baharu dan banyak lagi yang perlu dipelajari untuk menjadi pelakon yang baik.
"Saya berasa selesa bekerja dengan produksi ini dan pengarah Faizul Abdul Rashid. Sejujurnya, ini merupakan kali pertama saya benar-benar cuba berlakon. Ini kerana pengarah memberi kami kelonggaran untuk meluahkan idea masing-masing. Saya sangat seronok dan tidak pernah mendapat pengalaman sebegini.
"Jadi untuk tahun ini, saya mahu serius dan fokus terhadap bidang lakonan. Saya juga ingin memilih watak yang bersesuaian dengan saya dan tidak mahu mengambil semua tawaran berlakon yang diberikan," ujar Qi yang sedang mempertimbangkan tawaran untuk tampil di layar perak kelak.
Tidak ingin terlalu bercerita mengenai perincian filem yang bakal diterimanya, Qi bagaimanapun memberi sedikit maklumat. Katanya, jika dia bersetuju untuk terbabit dalam filem tersebut, dia bakal memegang watak sebagai seorang bapa yang sanggup berkorban demi anaknya.

----

Qalisha Ray Takut Haiwan Liar

Posted: 17 Apr 2012 06:16 PM PDT


Qalisha Ray.
PENYANYI baru, Noor Qalisha Ahmad atau nama komersialnya, Qalisha Ray yang pernah diberi jolokan bintang Hollywood, Kim Kardashian tidak mahu dibayangi oleh selebriti terkenal itu.
Bagaimanapun Qalisha, 21, tetap menghargai pandangan peminat yang melihatnya mempunyai persamaan rupa paras bintang tersebut.
Menurut penyanyi lagu Satu Januari ini, dia lebih senang jika dikenali dengan bakatnya dalam bidang nyanyian.
Mari kita baca kisah peribadi menarik mengenai penyanyi baru ini.
1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Kesihatan agar sihat selalu untuk promosi album.
2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Rasulullah S.A.W., ibu dan ayah
3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Haiwan liar.
4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Friendly.
5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Hipokrit.
6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Dijemput untuk mengadakan persembahan untuk golongan diraja.
7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Tidak pernah.
8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Tidak pasti.
9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Mengacara.
10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR? Syukur dengan pemberian Allah.
11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Merealisasikan impian memiliki album sendiri.
12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Jika impian saya tidak tercapai.
13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Menyanyi.
14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Memahami dan jujur.
15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.
16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: Shah Rukh Khan.
17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Suara dan bakat serta pengalaman.
18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Reach as far as you can and God will help you reach the rest of the way.

----

Imej Caca Marba, Najwa Latif Pinta Kakak Tidak Dipersalahkan

Posted: 17 Apr 2012 06:07 PM PDT

Najwa Latif 
PETALING JAYA: Penyanyi remaja Najwa Latif menegaskan imej dan fesyennya yang dikatakan caca-marba dan tidak bersesuaian dengan faktor usia bukan ditentukan oleh kakaknya, Syafikah Latif.
Sebaliknya, penyanyi berusia 17 tahun ini memberitahu setiap penampilannya pada acara-acara hiburan dan persembahan pentas ditentukan menerusi perbincangan banyak pihak.
"Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.
"Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini," katanya .
Terbaru, penyanyi lagu Kosong itu sekali lagi dikecam segelintir pihak ekoran busana rekaan Wan Huzairil yang diperagakannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2011) pada 8 April lalu tidak sepadan dengan usia remajanya.
Difahamkan juga, kakak Najwa menjadi punca kecelaruan pada fesyen dan penampilannya selama ini.
Najwa mengakui masih banyak kelemahan pada penampilannya itu dan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.
"Saya masih baru dan tercari-cari fesyen yang bersesuaian dan sepadan. Namun, saya tidak berkecil hati walaupun segelintir pihak masih mempertikaikan imej saya.
"Insya-Allah apabila saya aktif semula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya akan tampil dengan kelainan," kongsinya.
Dalam pada itu, Najwa berkata dia kini mula berehat panjang bagi menumpukan persiapan untuk menghadapi SPM pada hujung tahun ini.
"Saya berehat daripada komitmen nyanyian buat masa ini. Terlalu banyak subjek yang perlu saya tumpukan terutamanya subjek-subjek Tingkatan Empat yang sudah saya lupa.
"Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan di ABPBH baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir sehingga saya selesai SPM," katanya.

----

Sharifah Aleya Mahu Bergelar Penyanyi

Posted: 17 Apr 2012 06:05 PM PDT

Sharifah Aleya.  
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya atau Aleya mahu mencuba bidang baru apabila menaruh keinginan untuk bergelar penyanyi.
Aleya berkata, perasaan itu terdorong kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang muzik sejak sekian lama.
"Saya terlalu mencintai muzik dan suka menyanyi sejak dahulu lagi tetapi takut untuk menunjukkan bakat yang ada kerana saya merasakan penyanyi yang sedia ada lebih hebat daripada saya.
"Namun, sejak kebelakangan ini, sedikit demi sedikit saya mula memberanikan diri untuk beraksi di depan khalayak. Walaupun rasa gugup, tetapi rasa takut itu tidaklah seperti dahulu," katanya.
Bagaimanapun, tambah Aleya, dia tidak merancang untuk merakamkan sebarang single lagu kerana menganggap belum sampai masanya lagi.
Cuma kakak kepada Sharifah Amani ini ingin memulakan bakatnya dalam bidang nyanyian dengan melakukan pelbagai persembahan pentas sebelum benar-benar yakin untuk merakamkan lagu sendiri.
"Saya mengasah bakat nyanyian saya dengan menyanyi sebagai untuk lepas geram sahaja. Maklumlah, dah lama saya mengimpikan perasaan ini cuma belum ada keyakinan.
"Oleh itu saya sekadar memenuhi jemputan nyanyian sekiranya ada, tetapi belum merancang untuk muncul dengan sebuah single lagu. Tengoklah macam mana nanti," ujarnya.
Bercerita mengenai kehidupannya sejak bergelar ibu tunggal pada 29 Februari lalu, Aleya bersyukur kerana masih lagi menjalani kehidupan yang normal dan pada masa sama dikelilingi oleh keluarga tersayang di samping anak kembarnya Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf yang berusia tiga tahun.
"Saya gembira kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan. Walaupun perlu mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal, ia tidak membebankan.
"Dengan kesibukan kerja di studio radio, perjalanan kehidupan harian saya masih lagi sama, tiada apa yang beza," katanya.

----

Hidup Azlan (The Typewriter) Berubah Selepas Dapat Anak

Posted: 17 Apr 2012 06:04 PM PDT

Azlan (The Typewriter) anggap kelahiran anak perempuannya seperti magis. 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Azlan & The Typewriter mengakui pengalaman bergelar bapa sejak empat bulan lalu mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.
Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 30, berkata kelahiran anak perempuan sulungnya, Laura Lutfea bagaikan satu keajaiban dalam dirinya.
"Anak ini satu keajaiban bagi saya. Percaya atau tidak, semuanya berlaku secara tanpa disangka.
"Kelahirannya banyak mengubah hidup saya secara peribadi termasuk pemikiran dan sikap sejak empat bulan lalu," katanya.
Azlan ditemui pada pelancaran klip video Idola yang merupakan lagu runut bunyi filem terbaru, Hoore! Hoore!.
Azlan berkata perkara terbaik sejak kelahiran Laura Lutfea apabila dirinya menjadi semakin matang.
"Setiap kali menatap wajahnya ketika tidur fikiran saya akan menerawang memikirkan banyak perkara mengenai masa depannya.
"Apa yang paling penting, saya perlu mengukuhkan kewangan keluarga agar masa depannya lancar dan terjamin," kata Azlan.
Beralih pada perkembangan kerjaya, Azlan memberitahu lirik lagu Idola ciptaan Audi Mok itu ditulis olehnya mengambil inspirasi Allahyarham Datuk Sudirman.
"Lirik lagu itu mengambil masa empat bulan untuk dihasilkan. Penulisannya lebih komersial, tidak boleh terlalu mendalam dan puitis.
"Saya perlu membuat kajian dengan menonton filem lakonannya Kami dan mendengar lagu-lagu Allahyarham bagi mendapatkan ilham," katanya.

----