Adsense

Jumaat, 30 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Fahrin main ragbi di England

Posted:

Fahrin main ragbi di England

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIFF

KIRA-KIRA 20 kali saya melakukan senam wajah (menguap) dan hampir terjatuh dalam longkang gara-gara mengantuk ketika menonton perlawanan ragbi di Padang Perindu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru.

Sudahlah tidak faham dengan undang-undang permainan yang berasal dari England itu, inikan pula untuk mengetahui siapa yang bergelar juara bagi permainan yang bermula pada pukul 5.15 petang itu.

Bagaimanapun, saya terpaksa menahan diri hingga permainan berakhir demi untuk menemu bual Fahrin Ahmad, yang mana saya tahu adalah seorang pelakon yang sibuk dengan penggambaran.

Setelah diberitahu oleh Fahrin, barulah saya tahu rupa-rupanya pasukannya, UiTM X-Lions, seri 10 - 10 dengan pasukan lawan, Storms RC.

Fahrin yang memakai jersi nombor 16, petang itu beraksi sebagai flanker, bertindak sebagai unit belakang sebuah pasukan yang perlu menghalang pihak musuh daripada menembusi gawang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Karaoke tempat lepas tekanan

Posted:

Karaoke tempat lepas tekanan

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar IRWAN MAJID


NORHIDAYAH BUJANG...Penyampai radio Klasik Nasional.


SETELAH mengharungi pelbagai kerenah dan juga cabaran ketika bekerja, tidak dinafikan setiap individu mempunyai cara tersendiri bagi melepaskan tekanan.

Bagi penyampai radio Klasik Nasional ini, karaoke adalah tempat utama yang menjadi pilihannya untuk berhibur selepas penat bekerja.

Mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang nyanyian, empunya nama Norhidayah Bujang, 30, tidak segan silu membawa S3 bagi menunjukkan kebolehannya dalam seni suara itu.

Setelah mendengar kelunakan suara penyampai radio yang mesra disapa Nor ini, ternyata kebolehannya menyanyi tidak dapat disangkal lagi.

"Saya sebenarnya minat menyanyi dari kecil lagi. Ketika berusia 13 tahun, saya telah menyertai kumpulan The Royalist, sebuah band Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak, memandangkan ayah saya merupakan anggota polis.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.