Adsense

Jumaat, 30 Mac 2012

borak kosong

borak kosong


Wanita telanjang selamatkan diri daripada kebakaran

Posted: 30 Mar 2012 09:45 PM PDT


fashingnet.com- Seorang wanita mengenakan seluar dalam merah muda saja berusaha untuk menyelamatkan diri apartmentnya di tingkat tujuh ketika  terbakar, di Harbin, Provinsi Heilongjiang. Dia turun ke jendela tingkat enam, memecahkan kaca dan cuba masuk ke apartment itu..

Wanita itu dikatakan memiliki masalah mental dan tertekan kerana dibuang oleh kekasihnya.

Dia menikah tahun ini, tetapi setelah suaminya meninggalkannya, perempuan itu bertengkar dengan ibunya dan kemudian sengaja menyalakan api.

Sumber: Jeff Lee





Gambar wanita yang melecur bontotnya akibat cecair misterilebur

Posted: 30 Mar 2012 09:30 PM PDT




A 27-year-old Malaysian woman sustained a burn wound on her buttocks after she sat on a wet seat on board an MRT last Saturday (Mar 24).

The unknown liquid on the seat left her with a 7cm wound. The woman, known only as Ms Law, works as a hairdresser in Tiong Bahru. She had been on her way home to Yishun at the time, and had boarded the northbound train at Raffles Place Station.

sumber : stomp.com.sg

Aksi bergaya lelaki alami krisis identiti

Posted: 30 Mar 2012 09:15 PM PDT



Bergaya habis nenek ni..Lady Gaga pun boleh cair

Posted: 30 Mar 2012 09:00 PM PDT


Ada tak sesiapa yang sanggup bergaya seperti nenek seorang ini..Lady Gaga pun boleh cair ni...

Seorang Ayah Ubah Dirinya Jadi Indian

Posted: 30 Mar 2012 08:45 PM PDT

Mangas Colarada mengajukan permohonan kepada pengadilan tinggi di kotanya untuk diizinkan merubah hidupnya menjadi sebahagian dari suku Indian Apache.
Amat aneh melihatnya hidup sebagai seorang Indian, padahal ia tinggal di Wales.

Mangas kerap kali mengenakan aksesoris India setiap harinya. Perangai peliknya ini turut mengundang kecurigaan kerana dia diketahui memiliki bulu burung helang dan cakar musang yang dianggap dilindungi. 

Lelaki berusia 60 tahun cuba hidup sebagai warga asli Indian di rumahnya yang terletak di pinggiran kota Swansea. 

Ayah dari enam orang anak itu memakai pakaian tradisional Apache, suku asli Amerika dan mengikuti praktik kepercayaan mereka. 

"Saya berpakaian seperti ini sepanjang waktu, bukan hanya pada akhir minggu saja. Saya memakainya kerana saya menyukainya," ujar Mangas, seperti dikutip dari The Sun, Jumaat (30/3/2012). 

"Saya sangat menentang kehidupan moden kerana tidak ada yang peduli tentang orang lain, mereka hanya peduli kepada dirinya sendiri. Gaya hidup penduduk asli AS seharusnya setiap orang memperlakukan orang lain seperti mereka ingin diperlakukan," tambahnya.

Sumber : http://international.okezone.com

Seorang Lelaki Di Bawa Ke Hospital Setelah Digigit Oleh Ular yang Sudah Mat

Posted: 30 Mar 2012 08:30 PM PDT


Kes ular menggigit manusia memang sudah biasa, tapi bagaimana jika ular yang menggigit ternyata sudah mati? Pengalaman langka ini dialami oleh seorang lelaki di Alabama.
Seorang lelaki berusia 41 tahun terpaksa --setelah sebelumnya sempat menolak-- dijemput ambulan ke hospital setelah racun dari seekor ular yang telah mati mulai beraksi di dalam tubuhnya.
Teman mangsa menceritakan bagaimana peristiwa unik ini dapat terjadi:
"Saya melihat ular ini berenang di sepanjang sungai kecil. Saya berlari kearahnya dan memukul ular itu dengan golok, kemudian membawa bangkainya ke atas. Ia (mangsa) memegang kepala ular ini dan memasukan jarinya kesana."
"Ia memasukan jarinya kedalam sana dan tiba-tiba saraf ular itu, saya kira, (beraksi) dan menggigit jarinya."
Mangsa kemudian langsung membuang ular tersebut kembali ke sungai*.

*note: jika kamu pada suatu ketika digigit ular, mahu  ular hidup ataupun yang sudah mati, jangan buang bangkainya agar doktor dapat menganalisa jenis ular yang menggigit. Hal ini dapat membantu doktor untuk segera menemukan anti-venom yang tepat.

Lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Raja Lawak digantung siaran

Posted: 30 Mar 2012 08:15 PM PDT


KUALA LUMPUR - Pencipta dan penulis lirik lagu Bawaku Pergi, Malique mengesahkan bahawa lagu berkenaan sudah digantung siarannya ekoran liriknya yang kontroversi.
Dalam satu kenyataan kepada media semalam, beliau yang mewakili syarikat penerbitan lagu tersebut iaitu Qarma Musiq memaklumkan, penyanyi lagu berkenaan iaitu pelawak Zizan Raja Lawak telah menerima sepucuk surat mengenai perkara itu daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pagi semalam.
"Kami mahu menuntut keadilan dan pertimbangan yang jelas terhadap tindakan untuk menghentikan seketika penyiaran lagu tersebut," katanya.

sumber : kosmo online

Bawah 18 tahun dilarang tonton konsert Lady Gaga di Korea Selatan

Posted: 30 Mar 2012 08:00 PM PDT


SEOUL – Rakyat Korea Selatan berusia di bawah 18 tahun dilarang menonton konsert bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga ekoran ia didapati tidak sesuai untuk peminat remaja, kata pihak penganjur semalam.
Lady Gaga, 26, bakal memulakan konsert jelajah ketiganya, The Born This Way Ball, pada 27 April di Stadium Olimpik di sini.
Pada permulaannya, penonton berusia 12 tahun ke atas dibenarkan menonton konsert Lady Gaga.
Namun, menurut pihak penganjur, Hyundai Card, sebuah badan pengawasan negara itu, Lembaga Penarafan Media Korea meningkatkan had umur penonton.
"Syarikat kami akan menghormati keputusan lembaga pengawas ini dan mengembalikan wang pemegang tiket yang berusia 18 tahun ke bawah," kata seorang pegawai Hyundai Card.
Konsert Lady Gaga di negara berkenaan ditentang beberapa pertubuhan agama Korea Selatan ekoran penyanyi lagu Poker Face itu didakwa menyokong homoseksual selain gaya persembahannya yang dianggap lucah.
"Komuniti Kristian kami perlukan tindakan bersepadu bagi mengelakkan golongan muda daripada dijangkiti penyakit homoseksual dan pornografi (yang dibawa oleh Lady Gaga)," kata Persatuan Perhubungan Gereja Korea dalam satu kenyataan.
Penyanyi berkenaan dijangka mengadakan 110 konsert tahun ini ekoran kejayaan lagu popularnya, Born This Way.
Bintang luar biasa itu yang mempunyai hampir 22 juta pengikut di laman sosial Twitter akan memulakan konsert jelajah dunianya di sini.
Dia kemudiannya akan mengadakan persembahan di Hong Kong, Jepun, Singapura, New Zealand dan Australia.
– AFP
sumber : kosmo online

18 tahun tak ada gaji

Posted: 30 Mar 2012 07:45 PM PDT


HAIL (Arab Saudi): Seorang warga India mendakwa tidak dibayar gaji selama 18 tahun bekerja sebagai penternak biri-biri.
Dia kini menuntut bayaran sebanyak SR85,000 (RM69,000) untuk membolehkannya pulang ke negara asalnya.

Bagaimanapun, majikannya yang ditahan di Balai Polis Amaayer Bin San'a memberitahu akhbar, dia tidak mampu membayar gaji lelaki berkenaan kerana dia sendiri miskin.


"Saya tidak mempunyai punca pendapatan kecuali elaun keselamatan sosial sebanyak SR3,000 daripada kerajaan. Jika saya membayar pekerja itu, saya tidak boleh menyara keluarga saya," kata majikan berusia 72 tahun itu yang tinggal di sebuah kampung di tengah Padang Pasir Al-Nefud.

Lelaki rakyat India itu berkata, dia cuba beberapa kali untuk melarikan diri tetapi gagal kerana terlalu takut mati kerana kehausan di padang pasir yang luas itu. Kawasan kediaman paling dekat terletak 50 kilometer dari ladang ternak majikannya itu.


Dia mengaku tidak pernah melawan atau menyerang majikannya tetapi berulang kali merancang membunuh diri. "Saya minum racun serangga tujuh tahun lalu, tetapi majikan saya menyelamatkan saya," katanya. - SG.



sumber : myMetro

Potong kemaluan bakal perogol

Posted: 30 Mar 2012 07:30 PM PDT


MUMBAI: Seorang wanita India di pinggir bandar Delhi, memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya.
Menurut laporan polis, wanita kematian suami yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bakhtawarpur, mempertahankan dirinya daripada diperkosa. 
Suami mangsa meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dia hidup bersendirian sejak itu. Wanita itu juga jarang keluar rumah.

Seorang anggota polis berkata, mangsa mendakwa, suspek, Jeevat, menyerbu masuk ke dalam rumahnya malam semalam dan cuba merogolnya,



Mangsa melawan dan apabila lelaki itu terjatuh, wanita itu meluru ke dapur dan mengambil pisau sambil menjerit meminta tolong sebelum memotong kemaluan penyerangnya.



Beberapa jiran meluru ke rumah mangsa dan seorang daripada mereka menelefon polis.

Jeevat dikejarkan ke hospital Maharaja Harischandra dan keadaannya disahkan stabil.

Bagaimanapun doktor berkata, mereka tidak dapat menyambung semula kemaluan lelaki itu. - Agensi



sumber : myMetro

Pemandu wanita langgar mati penunggang motosikal

Posted: 30 Mar 2012 07:30 PM PDT


JEDDAH: Seorang wanita semalam mengaku memandu kereta yang melanggar seorang penunggang motosikal, menyebabkan mangsa terbunuh.
Timbalan Pengarah Polis Trafik Jeddah, Brigadier Hamid Al-Raqeeb berkata, wanita itu menyerah diri dan mengaku menyebabkan kematian Muhammad Mansi yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita dilarang memandu di Arab Saudi.


Polis membebaskannya dengan ikat jamin dan akan mula menyiasat kes itu beberapa hari lagi.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit memandu dengan laju sebuah kereta Kia dan melanggar Muhammad. Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter.


Wanita itu bagaimanapun tidak memberhentikan keretanya. Keluarga Muhammad berkata, mereka tidak akan memaafkan wanita berkenaan. - SG



sumber : myMetro

Tanam ganja biaya besar payu dara

Posted: 30 Mar 2012 07:00 PM PDT


BRISTOL: Seorang ibu dua anak, ditangkap selepas menjadikan bilik tidurnya sebagai kebun ganja untuk membiayai pembedahan payu daranya.
Kirsty Hartley, 23, membenarkan pengedar dadah 'membuka' kilang dadah di rumahnya selepas dijanjikan bayaran 8,000 pound (RM39,276) untuk membiayai pembedahan itu.
Kirsty ditahan selepas polis menyerbu rumahnya di Bristol dan menemui 32 pokok ganja ditanam di situ.

Mahkamah di Bristol semalam mendengar pengakuan Kirsty bahawa dia dijanjikan wang oleh pengedar dadah sekiranya dibenarkan menanam pokok ganja yang boleh menghasilkan dadah bernilai RM78,573.



Kirsty yang menyiram pokok ganja itu sekali sekala, turut mengaku menghasilkan ganja.



Pendakwa raya, May Li memberitahu mahkamah: "Dalam soal siasat dengan polis, Kirsty mengaku dijanjikan RM39,276 sekiranya membenarkan pokok ganja ditanam di bilik tidurnya. Pada mulanya dia menolak tetapi akhirnya menerima tawaran itu.

"Katanya dia tidak sukakan tubuhnya dan mahu membesarkan payu dara."

Kirsty pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Dia pernah diberi amaran kerana mabuk dan berkelakuan buruk ketika berusia 16 tahun.

Peguam Kirsty, Dianne Heys berkata, anak guamnya seorang pesalah yang tidak matang dan mengalami kemurungan,

Katanya, Kirsty didesak untuk melakukan kesalahan itu.

Dianne berkata: "Dia menyiram pokok ganja hanya sebanyak dua kali saja dan jelas dia melakukannya kerana terpaksa."

Kirsty dijatuhkan hukuman 18 bulan kerja kemasyarakatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun. - DM



sumber : myMetro

Anggota polis meninggal ketika baca doa

Posted: 30 Mar 2012 06:45 PM PDT


GEORGETOWN: Seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) meninggal dunia akibat sakit jantung ketika membaca doa selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jalan Hatin di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Sarjan Sulaiman Chik, 54, baru selesai mengerjakan solat Jumaat sebelum tiba-tiba mengalami sesak nafas dan terus rebah di dalam masjid.

Mangsa diberikan bantuan kecemasan oleh jemaah, namun disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.


Rakan mangsa, Sarjan Marzuki Abdul Rahman, 53, berkata, arwah baru selesai menjalankan tugas sebagai penyelia ronda dari jam 7 pagi hingga 1 tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Dia yang terkejut dengan kejadian itu berkata, arwah baru pulang dari mengerjakan umrah kira-kira seminggu lalu dan pemergiannya sangat dirasai kerana arwah mudah mesra dan rapat dengan anggota lain.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata jenazah arwah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum dibawa ke Balai Polis Sentral untuk disembahyangkan.



Menurutnya, arwah meninggalkan seorang balu dan enam anak berusia antara 14 hingga 28 tahun.


sumber : myMetro

Didera kekasih gelap ibu

Posted: 30 Mar 2012 06:30 PM PDT


KAJANG: Penderitaan yang ditanggung seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbongkar apabila guru kelasnya hairan dengan kehadirannya ke sekolah hanya tiga hingga empat hari sebulan.
Guru itu juga mengesan beberapa kesan terbakar pada tangan dan kaki apabila kanak-kanak berkenaan dipanggil ke bilik guru.
Sebaik mengesyaki anak muridnya didera, guru berkenaan segera menghubungi ibu saudara dan neneknya untuk dibawa pulang sebelum kanak-kanak malang itu ditahan di hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu didedahkan neneknya yang mendakwa kekasih gelap ibu mangsa disyaki melakukan perbuatan berkenaan.



Menceritakan kembali kejadian malang yang menimpa cucunya, warga emas itu berkata, dia mengetahui penderitaan yang ditanggung anak kecil itu dan pernah berulang kali menasihati lelaki berkenaan, namun tindakannya itu mengundang padah apabila dia dibelasah.



sumber : myMetro

Bayi maut tersedak susu ibu

Posted: 30 Mar 2012 06:15 PM PDT


ALOR GAJAH: "Sejak semalam (kelmarin) Zulaikha asyik menangis seolah-olah tidak mahu berpisah dengan saya. Puas saya memujuknya kerana menyangka dia menangis kerana disuntik, rupanya dia hendak meninggalkan kami," kata Noradila Mohd Nor, 20, ibu bayi malang, Siti Zulaikha, yang mati dipercayai tersedak susu badan di rumahnya di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini, semalam.
Difahamkan Noradila yang masih dalam pantang, terlelap ketika menyusukan bayinya yang baru berusia sebulan.
Apabila terjaga kira-kira jam 6 pagi, dia mendapati mulut Zulaikha berbuih manakala mukanya kebiruan.

Noradila kemudian menyentuh badan anak sulungnya itu yang disangka tidur tetapi tiada tindak balas sebelum memeriksa nadi.



Dia turut mengejutkan suaminya, Norman Bahran, 25.



sumber : myMetro

MMS pelacur Timur Tengah

Posted: 30 Mar 2012 06:00 PM PDT


IPOH: Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.
Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.
Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.

Perkara ini didedahkan beberapa lelaki tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik walaupun perlu mengeluarkan modal besar.



Seorang eksekutif bank yang mahu dikenali sebagai Danny, 30, mendakwa menerima kiriman MMS dipercayai dihantar ke telefon bimbitnya oleh sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur Timur Tengah



sumber : myMetro

Dirasuk 40 kali sehari

Posted: 30 Mar 2012 05:45 PM PDT


KOTA BHARU: "Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah," kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.
Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua. 
Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

"Sejak disihir, apabila ada 'benda' memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.



Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada 'benda' misteri yang akan memasuki tubuhnya.


sumber : myMetro

Abang long dan kak long projek dekat tangga

Posted: 30 Mar 2012 05:30 PM PDT




abang long dan kak long teruk betullah lu orang...

STOMPer Estelle says she caught this couple making out at a stairwell of a block of flats in Toa Payoh.


The STOMPer related the encounter:


"This couple was caught in the act by me , at Toa Payoh Lorong 1 Block 170. I'm a resident there. 


"I was watching television with my family and we saw this abnormal couple walking past our flat, because not many people pass by, and I've no impression of them living here. 


"So I decided to check it out. The man was obviously doing some disgraceful action like fondling with the girl, and after a few minutes, the guy's head went into the girl's dress. 


"It's very inappropriate to do this kind of thing at stairwells, can't they just get a room or something? 


"Although many who live here are old folks, my blocks have a lot of small children, especially the flats near the stairs where they are doing this kind of thing. Shame."


sumber : stomp.com.sg

Lihat aksi lelaki ini

Posted: 30 Mar 2012 05:15 PM PDT










Foto wanita telanjang yang baru sebulan kahwin disebar kerana dendam

Posted: 30 Mar 2012 05:00 PM PDT

Foto seorang wanita dengan pose telanjang tersebar di kalangan warga Mojokerto. Foto telanjang itu jelas membuat gegar, kerana tersebar di jalanan Desa Mojorejo.

Penyebaran foto tersebut diduga dilatarbelakangi dendam antara penyebar dengan wanita yang ada dalam foto.

Tragisnya lagi, di setiap balik lembar foto yang disebarkan, tertera identiti wanita tersebut iaitu bernama AL, usia sekitar 23 tahun, warga Desa Mojorejo. AL sendiri berstatus pengantin baru. Dia baru sebulan melangsungkan pernikahan.

Kepala Desa Mojorejo, Nurindayanti mengakui jika foto wanita telanjang tersebut mirip dengan warganya. Namun dirinya tidak mengetahui pasti foto tersebut asli atau palsu.

"Foto tersebut memang sangat mirip dengan warga sini. Tapi untuk keaslian foto tersebut saya kurang tahu," kata Nurindayanti. kepada detiksurabaya.com di rumahnya.

Foto-foto wanita telanjang tersebut kini diamankan di Mapolsek Jetis. Polis hingga kini masih menyelidiki kes penyebaran foto bugil tersebut. Sejumlah saksi juga masih diperiksa untuk dimintai keterangan.

"Saat ini kita masih memeriksa sejumlah saksi terkait penyebaran foto-foto ini. Penyelidikan sudah kita lakukan," kata Kapolsek Jetis, Kompol Abdul Choliq kepada wartawan di pejabatnya.-Sumber:detik.com

Doktor AS Kata Dapat Ubah Warna Mata Cokelat Menjadi Biru Dengan Laser

Posted: 30 Mar 2012 04:45 PM PDT


Pernah anda berharap untuk mendapatkan seorang anak bermata biru? Dalam waktu dekat anda boleh mendapatkannya, setelah doktor mengungkapkan bahawa ia dapat mengubah warna mata seseorang secara permanen, hanya dalam 20 saat.


Dr Gregg Homer, dari Stroma Medical di California mengatakan teknologi Lumineyes nya menggunakan laser yang diset ke frekuensi tertentu untuk mengubah mata cokelat menjadi biru.

Energi laser menghilangkan pigmen cokelat, atau melanin, dari lapisan atas iris, dan warna mata biru muncul selama dua sampai tiga minggu berikutnya.


Dr Gregg Homer dari Stroma Medical di California, mengatakan bahwa prosedur tersebut akan tersedia dalam waktu 18 bulan.

Ini akan memberikan alternatif bagi mereka yang ingin mempunyai mata berwarana biru tanpa menggunakan kontak lens kosmetik. Namun prosedur yang telah dikembangkan Dr Homer lebih dari 10 tahun ini tidak dapat diubah kerana jaringan cokelat pada mata tidak dapat di regenerasi.

Stroma Medical telah memulai ujian terbatas pada manusia, tetapi masih memerlukan biaya lagi untuk menyelesaikan uji klinikal. Dan jika semuanya berjalan sesuaidengan rancangan, Dr Homer mengatakan prosedur tersebut dapat tersedia di luar AS dalam waktu 18 bulan dan di dalam AS dalam waktu tiga tahun, dengan biaya operasi sekitar 40 juta.

Homer mengatakan kepada KTLA Morning News bahawa ribuan klien telah menghubunginya melalui email untuk mengekspresikan minat mereka.

CEO Stroma Medis, Doug Daniels, mengakui bahawa ia tidak yakin tentang konsep tersebut saat Homer pertama kali menceritakan hal itu kepadanya.

"Terus terang saya sangat skeptis, tapi aku belajar bahawa dulunya semua idea-idea besar awalnya jadi bahan penghujatan," katanya.

Warna mata diwariskan, namun mata cokelat yang dominan di seluruh dunia. Pigmen mata biru tidak benar-benar ada di alam. Sebaliknya, orang dengan mata biru memiliki pigmen coklat, yang dikenal sebagai melamin di belakang iris mereka, tetapi memiliki konsentrasi melanin yang rendah pada iris depan mereka.

Pada tahun 2008, ilmuwan dari University of Copenhagen, menemukan bahawa semua orang dengan mata biru itu keturunan dari nenek moyang tunggal dengan mutasi mata biru yang tinggal enam sampai sepuluh ribu tahun lalu.

Sumber : dailymail

Gila..Perusahaan China Dilaporkan Telah Membuat Pil Penambah Stamina Dari Mayat Bayi

Posted: 30 Mar 2012 04:30 PM PDT


Sebuah laporan dari pasukan acara dokumenter di Korea menguatkan kebenaran dari rumor mengerikan mengenai adanya perusahaan China yang menjual pil penambah stamina yang terbuat dari mayat bayi.

Pasukan tersebut cuba mencari kebenaran dari rumor yang sedang berkembang itu. Mereka lalu menemukan sebuah hospital yang menjual mayat bayi ke perusahaan ubat-ubatan. Mayat-mayat tersebut kebanyakan berasal dari pengguguran dan bayi yang meninggal ketika dilahirkan. Mereka menemukan bahawa hospital itu memerintahkan pegawainya untuk segera menghubungi perusahaan ubat-ubatan tersebut apabila mereka memiliki mayat bayi yang baru.


Pasukan tersebut juga berhasil mengetahui proses mengerikan bagaimana merubah mayat bayi itu menjadi ubat-ubatan. Pertama, mayat bayi disimpan ke dalam peti sejuk biasa, lalu apabila tiba waktunya untuk digunakan, mereka memindahkan mayat itu ke dalam sebuah alat pengering bernama medical drying microwave. Apabila sudah kering, mereka menumbuknya hingga halus dan memasukan serbuknya kedalam pil kapsul.

Menurut pasukan itu, mereka membayar cukup mahal untuk mendapatkan pil tersebut, dan ketika mereka menganalisanya, ditemukan bahawa isinya 99.7 peratus berasal dari tubuh manusia. Mereka juga menemukan bahagian-bahagian tubuh dari hasil penumbukan yang kurang halus seperti rambut dan kuku.

Film dokumenteri ini akan ditayangkan pada stesen TV SBS Korea Selatan pada hari ini 6 Ogos.



sumber: geekosystem

Cewek seksi buat hati tak karuan

Posted: 30 Mar 2012 04:15 PM PDT

Aik..siap sorokkan muka lagi...
mesti cun gila ...Jom kita lihat...


v



v



v




v




v




amacam cun tak....


Pengacara kuiz tak dapat menahan gelak kerana nama pemain ski Jerman

Posted: 30 Mar 2012 04:00 PM PDT


Pengacara kuiz The Chase di channel itv1 Inggris, Bradley Walsh, tak dapat menahan ketawa setelah mendengar nama pemain ski Jerman, Fanny Chmelar, dalam salah satu sesi pertanyaan dari kuiz tersebut. Kerana di Inggris, Fanny adalah bahasa slang yang bererti organ intim wanita.-idbite.com




sumber: tumblr

Aksi gaduh pembantu kedai dengan pencuri

Posted: 30 Mar 2012 11:00 AM PDT