Adsense

Isnin, 26 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Skim baru bakal cetuskan lambakan?

Posted:

Skim baru bakal cetuskan lambakan?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


Syurga Cinta antara filem tempatan yang pernah menarik perhatian para penonton.


BIDANG perfileman di negara ini boleh dikategorikan sebagai sebuah industri seperti bidang-bidang lain yang menjana kepada pertubuhan ekonomi negara.

Perkembangan itu dapat dilihat berdasarkan penerbitan dan jumlah kutipan tiket filem-filem tempatan sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Sebagai contoh, 20 tahun yang lalu tidak sampai 10 filem tempatan diterbitkan dalam setahun. Kini setiap tahun tidak kurang 50 filem tempatan diterbitkan dengan kutipan tiketnya juga berlipat kali ganda.

Filem Sembilu 2 terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. pernah mengaut kutipan tiket RM6.1 juta pada 1995. Ia merupakan kutipan tiket tertinggi buat filem Melayu pada era tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

KPKK cambah penerbitan filem

Posted:

KPKK cambah penerbitan filem

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


RAIS Yatim (tiga dari kanan) menyerahkan Dana CGI kepada lima penerbit yang layak menerima geran yang diperuntukkan melalui KPKK itu pada Siri Pembentangan Industri - Transformasi Dunia Filem Tempatan di Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.


KEMENTERIAN Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui agensinya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) paling banyak membantu mencambahkan bidang perfileman di negara ini.

Setakat ini pelbagai bantuan berbentuk dana, geran, latihan mahupun peralatan penggambaran filem telah disediakan oleh kementerian yang diterajui oleh menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menerusi perbadanan tersebut.

Antaranya dana daripada Skim Pinjaman Filem Cereka berjumlah RM50 juta, Dana Industri Kreatif sebanyak RM200 juta dan yang terbaru Geran Industri Kreatif RM120 juta yang beliau umumkan dua minggu lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.