Sensasi |
- Gambar Fazura dan Tengku Mahkota Johor dating di Universal Studio Singapore
- Isu Anak Luar Nikah, Norish Enggan Komen Lanjut
- Comel gila anak Eizlan Yusof,Vee Zara..nak jadi model Cilik
- Anak Rozita Che Wan larikan diri dari rumah kerana merajuk
- Gambar Ayu,Isteri Tomok mengandung 6 bulan
Gambar Fazura dan Tengku Mahkota Johor dating di Universal Studio Singapore Posted: 19 Mar 2012 08:48 AM PDT Happy nyer kapel yang sedang dilamun cinta nie..siapa lagi kalau bukan Fazura yang jelita dan TMJ..Bukan selalu dapat tengok gambar mereka nie dating.. Sensasi harap cepat-cepatlah pasangan nie berkahwin..maklumlah,masalah kewangan sume pun takde..Fazura pun dah berenti jd pelakon.bendaa baik jangan tunggu lama-lama..hehe.. |
Isu Anak Luar Nikah, Norish Enggan Komen Lanjut Posted: 19 Mar 2012 08:21 AM PDT Beberapa bulan dahulu timbul desas-desus yang mendakwa, pelakon teater Terima Kasih Cinta, Norish Karman telah melarikan diri ke Bali, Indonesia kerana melahirkan anak luar nikah. Tetapi, tidak ada sebarang bukti yang dapat mengesahkan perkara itu. Malah, Norish juga tidak pernah tampil mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Program hiburan sensasi, Melodi hari ini akhirnya berjaya mendapatkan komen Norish tentang desas-desus itu. Jelas Norish, dia tidak perlu menjelaskan kedudukan sebenar kerana pendapat orang lain tidak penting kepadanya. " "Saya tidak perlu terangkan apa-apa. Sama ada saya berkahwin, bercerai atau ada anak atau tidak, saya tidak perlu jelaskan. Kenapa cakap saya pergi Bali, kenapa tidak pergi Hawai atau tempat yang lebih jauh? Bagi saya apa yang orang kata tentang saya, ia tidak memberi sebarang makna kepada saya," ujar Norish kepada wartawan Melodi, Mitchelle Wee. Mengulas tentang hak penjagaan anak yang akhirnya berpihak kepadanya, Norish ternyata berasa lega kerana semuanya telah berakhir setelah empat tahun turun-naik mahkamah. "Pengalaman ini memang tidak sepatutnya dilalui oleh anak-anak. Keputusan berpihak kepada saya kerana anak-anak yang mahukan. Peguam dan hakim telah memanggil anak-anak saya dan tanya mereka sendiri . Anak-anak berpihak kepada saya. Saya tak haling kalau pihak di sana (bekas suami) hendak berjumpa anak-anak. Saya tidak mendapat apa-apa dengan perceraian ini. Malah, kadangkala nafkah yang diberikan juga tidak mencukupi. Saya lega dan gembira apabila semuanya telah selesai," ulas Norish lagi. Norish Karman, 35, dan Hashimuddin, 62, berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan dikurniakan tiga cahayamata, Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, 8, dan Putri Hany Amanda, 7. |
Comel gila anak Eizlan Yusof,Vee Zara..nak jadi model Cilik Posted: 19 Mar 2012 08:10 AM PDT Comelnyerr anak Sulung Eizlan Yusof Vee Zara...Wajah pan asian Zara memang membolehkan Zara menceburi bidang seni kat Malaysia nie.. Dah besar esok mesti cun melecun..cepat siapa nak booking anak Eizlan yusof nie awal-awal.. Eizlan Yusof dan isterinya Vee Shanti telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Vee Zara, 4, dan Zaaref Yusof, 2 yang mempunyai minat yang amat berbeza. "Kedua-dua anak saya punya minat dalam bidang yang berbeza. Malah, masing-masing sudah mula menunjukan minatnya sejak dari kecil lagi. "Anak saya yang perempuan iaitu Zara, memang suka bergaya dan dia seorang yang pandai beraksi atau pose apabila di hadapan kamera. "Saya sendiri pun tidak pernah mengajar begitu tetapi dia sendiri yang minat ke arah itu. Disebabkan itu, baru-baru ini dia ada dipanggil untuk menjadi model iklan bayi. "Selain suka beraksi dihadapan kamera, dia juga suka menyanyi. Bayangkan dia boleh menghafal lagu artis kegemarannya iaitu Beyonce dan Miley Cyrus dengan lancar. Kagum dan terkejut juga saya. "Sementara, anak lelaki saya, Zareef yang baru berusia dua tahun itu pula belum lagi menunjukkan apa-apa minat selain bertindak aktif dan lasak dengan memanjat pintu pagar dan sebagainya. "Saya tidak terkejut jika Zareef bakal menceburi bidang pertahanan seperti tentera atau sebagainya," katanya yang geli hati apabila teringat gelagat anak-anaknya. Meskipun memberi kebebasan kepada kedua-dua anaknya untuk menceburi apa jua bidang, namun dalam masa yang sama Eizlan tetap akan memastikan anaknya-anaknya diberi pengetahuan serta ilmu agama yang kuat. "Jika betul Zara suka akan bidang seni dan modeling, saya akan menyokongya. Lagipun ibunya adalah orang yang selalu membawanya untuk pergi uji bakat. "Cuma terus-terang, saya tidak menggalakkan untuk mereka menceburi bidang tersebut. "Namun saya tetap memberi kelonggaran kepada bidang yang mereka minati asalkan mereka cukup pegangan agama. "Disebabkan itu, saya akan mendaftarkan anak-anak saya ke sekolah swasta Islam seawal usia lima tahun nanti," luahnya lagi. |
Anak Rozita Che Wan larikan diri dari rumah kerana merajuk Posted: 19 Mar 2012 07:50 AM PDT Pagi tadi semasa di opis,sensasi ada terbaca berita yang anak RCW hilang..tergempar lah jugak kan,maklumlah kebelakangan nie byk berita yang mengejutkan sering kedengaran lebih lagi tentang anak-anak hilang dan ditemui mati..Sedih sadis dan memang kecewa sensasi dgn manusia kejam zaman skrg.. Nasib baik anak RCW dah ditemui..merajuk rupanya.. Sabtu lalu kecoh di laman Twitter apabila anak kedua pelakon jelita, Rozita Che Wan, dikatakan telah melarikan diri dari rumahnya yang terletak di kawasan USJ 11, Subang Jaya. Aniq Erza, 14, dipercayai keluar rumah pada jam 5.00 petang Sabtu lalu untuk memotong rambut tetapi tidak pulang-pulang ke rumah sehingga malam. Bimbang dengan keselamatan anaknya itu, Rozita telah membuat laporan polis setelah usaha mencari anaknya dengan sendiri menemui kegagalan. Hari ini, Rozita mengesahkan anaknya itu telah pun ditemui pada jam 1.00 pagi, 18 Mac lalu. "Aniq telah ditemui di rumah salah seorang rakannya setelah dimaklumkan oleh rakan-rakan anak sulung saya, Ammar Effendy. Saya rasa sangat bersyukur dan lega setelah semuanya selesai. Sebaik mengetahui anak saya tidak pulang-pulang ke rumah, saya memang panik sebab bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadapnya. Mujurlah semuanya selamat," ujar Rozita yang dihubungi melalui panggilan telefon sebentar tadi. Ditanya mengapa Aniq bertindak demikian, Rozita mengakui yang dia sebenarnya tidak pasti. Namun percaya anaknya itu merajuk dengannya. "Aniq ini seorang anak yang manja. Dia mudah merajuk kalau ditegur. Lebih-lebih lagi kalau saya banding-bandingkan dia dengan abangnya. Mungkin sebab itu dia terasa hati dan merajuk. Saya pun susah hendak jelaskan sebab yang sebenar. Maklumlah, ini adalah masalah keluarga. Apa yang boleh saya katakan, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan peka dengan perasaan anak-anak," ulas Rozita Che Wan lagi. Ini bukan kali pertama Rozita Che Wan berhadapan masalah dalam membesarkan anak-anak. Sebelum ini, anak sulungnya, Ammar Effendy, 16 dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang. Ekoran insiden itu, Rozita telah mengambil keputusan menukar persekolahan anaknya itu ke sebuah sekolah di Subang Jaya yang lebih dekat dengan rumah mereka. Aniq juga bersekolah di sekolah yang sama. |
Gambar Ayu,Isteri Tomok mengandung 6 bulan Posted: 19 Mar 2012 07:45 AM PDT Wife tomok nie walaupun sudah berusia 32 masih nampak muda remaja dan comel.. kadang-kadang sensasi nampak ada iras Wawa zainal. Kini Ayu mengandung 6 bulan selepas mendirikan rumahtangga dengan Tomok bulan oktober tahun lepas. Ayu nampak chubby sikit masa mengandung,maklumlah nak kene makan makanan berkhasiat untuk baby dalam perut..ehe |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |