Adsense

Isnin, 19 Mac 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Rumah Banglo Mawi Dan Ekin bernilai 2 juta!

Posted: 19 Mar 2012 09:43 AM PDT

Siapa tak kenal Mawi jangan jadi warga Malaysia. Ini lah mahligai Mawi dan Ekin dengan gabungan dua artis ini, terhasil lah rumah tersebut ;) . Seperti yang telah dimaklumkan, Mawi kini telah berstatus seorang ayah, baru baru ini pasangan tersebut telah di kurniakan anak perempuan yang sungguh cute miut.





Bilik yang menjadi saksi mereka berdua bersenam

Jom lihat gambar rumah mawi kini telah bernilai 2 juta betul ker? Kedudukan rumah tersebut di bangi.









Tahniah Mawi dan Ekin walaupun sejak akhir nie tenggelam populariti Mawi, tapi selepas kelahiran cahaya mata, nama artis ini kembali disebut sebut semula. Mungkin rezeki anak nie.

Langgar Lari Bekas Pelumba Le Tua, Rafizi Hamdan Maut

Posted: 19 Mar 2012 09:00 AM PDT


Malang tidak berbau, beginilah detik yang dilalui oleh Bekas pelumba kelab Le Tua, Rafizi Hamdan telah terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang D, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.



Abang ipar Rafizi, Akmal Abu Hanif berkata, keluarganya terkejut setelah menerima berita kemalangan yang dimaklumkan oleh salah seorang rakan arwah.

"Tidak sangka aktiviti hujung minggu arwah beriadah bersama rakannya bertukar tragedi," katanya.

Katanya, arwah telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun dan baru menerima cahaya mata kedua.

Rafizi juga merupakan penaja kelab basikal Le Tua yang popular dalam penyertaan kejohanan Le Tour de Langkawi sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian setelah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga yang kemudian melarikan diri.

"Pemandu itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran milik kereta dia tertanggal di lokasi, kami berjaya mengenal pasti kenderaan itu," katanya.

Amiruddin berkata, kejadian berlaku di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, polis akan melakukan siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

"Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan polis," kata beliau.

Ini mengikut sumber, maklumat berkenaan kenderaan Proton Saga dengan no flat WCK 2290 serta pemiliknya:-
No Pendaftaran Kereta: WCK 2290
Model: Proton Saga 1.5
Warna: Kelabu
Pemilik: Yahya Arif
Alamat: Lot 333, Batu 7 1/2, Ulu Kelang, Ampang, Selangor

Diharapkan mereka ini dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman berat.

Keputusan SPM 2011 boleh disemak melalui my SMS 15888

Posted: 18 Mar 2012 07:30 PM PDT

Pelajar - pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun 2011 pastinya berdebar -debar menanti keputusan SPM yang akan diumumkan pada Rabu, 21/3/2012. Semakan keputusan SPM boleh dibuat terus melalui sekolah masing-masing ataupun melalui perkhidmatan semakan online dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan anda semestinya wajib pergi ke sekolah dahulu untuk megambil keputusan SPM, dah canggih sekarang.






Cara Menyemak Keputusan SPM dengan mySMS


Bagi calon yang ingin menyemak keputusan SPM secara online, sila ikut langkah-langkah di bawah:

Taip SPM [No. Kad Pengenalan] [NoAngkaGiliran] dan hantar SMS ke 15888

atau

Contoh:

1). SPM 741138125961 BH009B18
2). Hantar ke nombor 15888


Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Akhir kata tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Tanamkan semangat jati diri yang tinggi untuk terus berjaya.

Rumah Contoh Banglo Berkembar Lawak

Posted: 18 Mar 2012 06:02 PM PDT

Ini memang lawak gila beb, sebuah papan tanda yang sepatutnya di letakkan berjauhan dari rumah pondok lama terbengkalai ini, telah menimbulkan tanda tanya pada pembeli - pembeli yang ingin melihat rumah contoh banglo berkembar. Adakah ini yang di maksudkan rumah contoh dari developer rumah tersebut.. yang tak tahan tu HAK MILIK KEKAL TU BEB!

Ini merupakan kesilapan yang jarang jarang berlaku apabila developer meletakkan sign board rumah contoh ditempat yang salah. Name developer tersebut telah dipadan dan diblurkan untuk kebaikkan semua pihak...